Skip to content

Perut Ibarat Tong Sampah?

October 24, 2011

Majoriti kegemukan disebabkan oleh pola makan yang salah, apa yang kita makan cenderung memenuhi apa yang kita inginkan, cita rasa / selera, bukan apa yang tubuh kita perlukan seperti nutrisi dan gizi, akibatnya yang masuk dalam tubuh kita kebanyakan adalah zat pewarna, pengawet , lemak, kolesterol, perasa dll. Zat-zat tersebut. majoriti diperbuat dari bahan kimia sintetik yang tidak dapat dicerna dengan sempurna oleh tubuh kita sehingga sisa-sisa makanan tersebut mengendap dalam tubuh kita dan menjadi racun yang menebar ancaman dengan pelbagai penyakit pada diri kita.

Orang dengan perut gendut rawan terkena sindrom metabolik, gejala yang membawa kepada timbulnya penyakit jantung koroner dan diabetes melitus.
Tumpukan lemak di perut lebih BERBAHAYA kerana saiz selnya lebih besar, (Andi Wijaya, Ketua Program Kajian Biomedik Universiti Hasanudin, Shah Alam).
Fakta menunjukkan bahawa orang yang bekelebihan berat badan terus meningkat dari tahun ke tahun.

Sejak tahun 1998 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan bahawa OBESITI sebagai satu epidemik global dan masalah kesihatan yang serius.
Berdasarkan penelitian terkini Himpunan Kajian Obesiti Indonesia (HISOBI) pada tahun 2004, peringkat obesiti laki-laki dan perempuan hampir sama tinggi, iaitu dari 6.751 responden di sembilan bandar besar di Indonesia, angka kejadian obesiti pada lelaki mencapai 48,5% sementara pada wanita 40 , 4%, bahkan sekarang boleh lebih tinggi, menurut Gatut Semiardji pakar endokrinologi dari FKUI / RSCM, dalam sebuah seminar di Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Menurut Gatut, obesiti adalah pengumpulan lemak berlebihan pada rangkaian adiposit (sel lemak). Menurutnya hal ini akibat dari pemakanan yang tidak baik, gaya hidup kurang gerak dan faktor keturunan (genetik).
Hasil kajian Xavier Jouven, yang meneliti 7.000 polis Perancis yang meninggal pada tahun 1967-1984 akibat serangan jantung. Hasilnya menunjukkan bahawa lelaki berperut buncit berkemungkinan meninggal lebih cepat.
Dari kajian tersebut terungkap bahawa orang yang mempunyai indeks massa tubuh yang besar (di atas 23) tidak berisiko mati muda kecuali mempunyai lingkar pinggang besar, “Jadi hati-hati buat pemilik perut gendut” kata Gatut Semiardji

Psikologi orang gemuk

October 17, 2011

image

Ketika saya menulis artikel ini, saya sedang sarapan pagi di restoran Anak Mami yang terletak di jalan Bundusan, Penampang Sabah.

Saya menulis bukan untuk ditujukan kepada mereka yang gemuk. Orang gemuk yang saya maksudkan didalam artikel ini adalah saya sendiri. Berat badan saya sebelum ini adalah 78kg. Sejak sebulan lalu, saya telah berjaya membuang 10kg dan sekarang berat badan saya adalah 68kg.

Sebelum menurunkan berat badan, pelbagai usaha telah saya lakukan. Losyen mujarab, pil, teh, dan pelbagai produk melangsing saya beli untuk tujuan peribadi. Hampir semua usaha itu saya lakukan secara diam diam. Saya menyedari berat badan saya adalah suatu perkara yang menjadi masalah saya sendiri. Tidak mungkin ada manusia lain yang benar benar mahu membantu manusia lain untuk turun berat badan. Inilah psikologi saya dengan berat badan yang berlebihan. Dan psikologi ini saya sedari dirasakan oleh hampir semua yang berat badan.

Ramadhan tahun ini benar benar rahmat dan barakah buat diri saya. Saya serahkan segala usaha dan langkah kaki saya kepada Tuhan pencipta alam maya dan diri sy. Saya terdetik untuk mengambil rancangan turun  berat badan dengan Herbalife. Dalam masa 5 hari, saya merasakan satu keajaiban yg berlaku dalam diri saya sendiri.

Nikmatnya badan ringan terasa sangat membahagiakan. Syukur yang tidak terhingga sehingga saat saya menulis artikel ini kepada Allah. Saya menyedari, benarlah makanan Halal sahaja tidak memadai. Benarlah kata kata Allah didalam AlQuran yang sering mengandingkan perkataan Halal dan Baik tentang makanan. Selama ini, saya hanya makan makanan yang halal namun belum tentu baik dari segi nutrisi, vitamin. mineral serta zat yang ada untuk tubuh yang dianugerahkan oleh tuhan.

Setelah sebulan dengan sarapan dan makan malam yang baik. Fikiran saya lebih baik dan lebih tumpuan dengan apa yang sepatutnya saya lakukan.

Saya akan bersama dengan Herbalife untuk misi kebaikan makanan buat seisi keluarga demi hati dan minda yang baik buat seluruh manusia. Tanpa mengambil kira kepercayaan yang berbeza. Makanan yang baik akan melahirkan generasi minda sihat yang mahu merendahkan hati untuk kebaikan seluruh manusia yang hidup diatas bumi tuhan.

Syukur pada Allah. Terima kasih kepada nabi Muhammad saw yang memberi lampu perjalanan mencari jalan yang baik.

Terima kasih buat seluruh pejuang herbalife yang benar benar mahu membina bumi yang lebih selamat untuk dihuni oleh manusia.

I love Herbalife.

Valid Candle Technique

September 19, 2011

Valid Candle Technique adalah teknik yang saya namakan sendiri hasil dari pengamatan pasaran dan pengalaman menatap chart MT4. Teknik yang memberi peluang anda mengenalpasti entry yang sesuai ketika berada didalam kondisi ranging, trending atau sideway.

Kekuatan teknik ini adalah anda dapat mengenalpasti bila untuk entry, exit dan secara otomatik anda tahu pasaran sedang ranging atau sedang trending.

Teknik ini akan menjadikan anda seorang yang kenal peluang yang ada atau tidak.

Pasti ada yang bertanya, ada indi ke yg digunakan?

Ya. Saya mengutamakan penggunaan Bolinger Bands. Namun keutamaan teknik ini adalah CandleStick. Teknik ini sesuai untuk semua orang, semua timeframe, dan sesuai untuk mereka yang berangan angan ingin berhenti kerja dan memberi tumpuan pada Forex Trading. Walau bagaimana pun, teknik ini harus dikuasai sepenuhnya melalui Demo akaun dan pengguna teknik ini harus tahu didalam diri samada anda sudah menguasai teknik ini atau tidak.

Take Profit dan Stoploss secara otomatik akan anda temui didalam menggunakan teknik ini.

Kepada student saya, anda boleh hubungi saya secar dan saya akan luangkan masa secara percuma di mana pun kita boleh ketemu untuk mentelaah teknik ini.

Kepada mereka yang ingin tahu teknik ini, saya mengenakan YURAN RM6000.00 untuk 1 on 1 coaching serta unlimited support.

Saya tidak menerima student yang sangat newbie atau masih mentah dan baru hari ini mengetahui tentang FOREX. Saya hanya menerima mereka yang tahu tentang FOREX tetapi masih gagal menguasai Emosi serta teknik yang sepatutnya digunakan dalam semua kondisi pasaran.

Saya akan menjawab pertanyaan anda melalui email. Untuk mengetahui lebih lanjut, tulis komen dibahagian bawah berserta email anda. Komen anda tidak akan dipaparkan.

* saya tidak menawarkan group class untuk teknik ini.

5kg hilang dalam masa 5 hari!

September 6, 2011

Kali ni aku mau menulis tentang pengalaman peribadi ku tentang menurunkan berat badan.

Ha Ha Ha Ha.

Bulan ramadhan yang lalu adalah peluang menurunkan berat badan. Tetapi setakat MAHU menurunkan berat badan bukanlah semudah meletakkan impian.

Aku sendiri mengalami berat badan yang terdetik dihati mahu mencari solusi mengurangkan berat badan. Macam macam usaha dibuat tapi, akhirnya aku pergi ke kedai yang bertanda HERBALIFE di asiacity. Seorang lelaki berbangsa NEPAL menyapa aku dan berkata, “Saya tahu kamu mau turunkan berat badan kan?”

Aku senyum saja dan dipendekkan cerita dia menerangkan kepada aku yang aku mempunyai masalah berat badan berlebihan dan lemak yang tidak diingini didalam badan yang boleh menyebabkan kencing manis. Selain dari itu, badan aku sudah berusia 45 tahun walaupun usia ku baru mencecah 30.

Masalah toksin dalam badan dan pemakanan yang tidak tertaur menjadikan aku terdedah kepada penyakit.

Aku akur dengan saranan yang diberikan dan aku mengambil produk yang disarankan dan aku ikut semua arahan. Dalam 5 hari, aku terkejut bera aku turun 5 KG.

Ha Ha Ha…. Syukur lah. Huhuhu…. sedang meneruskan gaya pemakanan yang sihat dan baik utk jasad yang diberikan tuhan untuk dijaga. Taubat suda makan makanan yang tidak berkhasiat.

tuan atau Tuhan?

August 22, 2011

BIBLE John 13:13 adalah punca penulisan ini bermula.

Beberapa bulan yang lalu, seorang pemberi komen memberi bukti bahawa Jesus mengakui dirinya Tuhan didalam Bible dengan memberi ayat ini kepada saya. Saya tidak mahu melatah bahawa saya terlepas pandang pengakuan yang dibuat oleh Jesus. Ayat tersebut sememangnya pengakuan Jesus sebagai TUHAN.

Persoalannya…

Pada masa ayat itu diberikan kepada saya, ia dalam bahasa Inggeris dan ayat tersebut menggunakan perkataan Lord. Naluri sebagai manusia biasa saya lahir secara langsung apabila bukti diberikan kepada saya dan saya mahu menganalisis bukti tersebut dengan minda sihat saya tanpa prasangka. Ya, Jesus adalah Nabi Isa alahissalam. Sebab itu saya mahu menganalisa jawapan itu.

Apabila saya meneliti, keraguan bahasa yang lahir bagi penulisan Lord dan lord mempunyai makna yang berbeza dari segi penulisan. Namun tiada perbezaan dari segi sebutan bagi perkataan tersebut. Kedua duanya disebut LORD. Ini lah uniknya bahasa inggeris. Dan saya yakin bagi mereka yang hidup dizaman ini, sangat tahu kenapa apabila anda mengeluarkan cek untuk pengeluaran wang. Terdapat bahagian yang tertulis RINGGIT yang bertujuan untuk mengelakkan kesilapan penulisan dari segi angka dan nilai yang dimaksudkan oleh pengeluar cek.

Kenapa? Tiada seorang manusia pun yang akan mempertikaikan keperluan penulisan dan angka. Jelas dan nyata, kerana ia berkait dengan wang dan hampir semua orang akan berbicara soal wang. Bezanya hanya sikit atau banyak. Namun, kalau soal iman, ramai memilih untuk menganggap ia hal peribadi yang tiada kaitan dengan orang lain. Dan saya sekali lagi menjadi sasaran sebagai sibuk hal agama orang lain. :)

Saya memutuskan untuk bertemu dengan seorang yang dikenali sebagai seorang yang warak dikalangan penganut kristian di Lahad Datu, saya tidak mahu menyebut namanya untuk tujuan privasi dan mengaibkan sesiapa. Namun ini adalah catatan peribadi saya tentang perbincangan saya dengannya mengenai Bible John 13:13.

Kebetulan beliau berbangsa CINA. Saya mengatakan kepada beliau, “Adakah ayat didalam perjanjian baru iaitu John 13:13 membuktikan bahawa Jesus mengakui dirinya Tuhan?”

Dia melihat mata saya dan seakan tidak percaya pada saya bahawa saya bertanya kepada beliau dalam keadaan saya memakai baju melayu yang baru selesai solat jumaat dan pertemuan itu bertujuan untuk soalan tersebut.

Kelihatan diwajahnya yang dia kurang percaya bahawa saya membawa 3 Kitab Bible untuk pertemuan itu. Diatas meja saya letakkan Bible Bible milik saya.

“Wah… you pun ada Bible?” katanya ringkas.

“Orang melayu tidak mahu baca Bible. Kenapa you baca?” dia memulakan perbualan.

“Saya bukan melayu. Saya cuma bercakap bahasa Melayu.” jawab saya ringkas.

“Maksud saya, orang Islam.”katanya.

“Orang Islam tidak semestinya Melayu, Orang Melayu belum tentu Islam.” saya tegaskan. Agar dia dapat melihat cara saya melihat situasi. “Sama juga dengan you, bukan semua orang CINA itu budhha. Betulkan?” tambah saya.

“Ya. Ini semua kebesaran tuhan. Yang penting adalah tuhan. Bukan agama itu.” katanya ringkas.

“Baik, boleh saudara terangkan pada saya maksud ayat John 13:13? Barangkali ada perkara yang tidak beres dengan pemahaman saya. Saya mohon penjelasan dari orang yang menganut Kristian. Saya cuba dapatkan jawapan dari penulis komen saya di internet, tapi malangnya dia sangat emosi sehingga keluar topik dan sehingga hari ini, saya tiada jawapan yang saya cari.”tanya saya pada dia agar dia dapat memberi tumpuan pada tujuan pertemuan itu.

“Saya buka dulu Bible saya.” dia membelek Bible yang dipegangnya didalam Bahasa Cina.

Selepas dia merenung beberapa saat ke Bible yang ditangannya, dia melihat ke mata saya dan berkata. “Ya, jesus ada mengakui dirinya Tuhan.”

Seterusnya dia membaca ayat John 13:13 didalam bahasa cina kepada saya.

Saya bertanya, “perkataan yang mana satu yang disebut tuhan? Dan adakah anda yakin penulisan itu benar?”

“Sudah tentu saya yakin ia benar. Saya faham kenapa you tidak percaya, kerana you orang Islam. Sudah tentu you tidak akan percaya.” katanya ringkas.

“Tidak adil sekiranya anda mengatakan begitu. Hanya kerana saya orang Islam, anda kata saya tidak percaya.” bantah saya lembut.

“Mestilah you tidak percaya, ajaran Islam mengajar you tidak percaya Bible kan.” jawabnya pada saya.

“Hmmmm…. itu lebih tidak adil. Anda mengatakan Ajaran Islam mengajar saya tidak percaya Bible? Dari mana you dapat maklumat?” saya membantah beliau.

“Ajaran Islam mengajar saya untuk menerima yang benar. Dan kebenaran itu perlu dicari. Tanpa perlu ada prejudis terhadap keyakinan sesetengah kelompok masyarakat. Saya tidak berada disini untuk mencari masalah dengan penganut Kristian, saya cuma mahu jawapan.” terang saya perlahan kepada beliau.

“Saya yakin anda tahu bahawa tuhan anda yang anda sebut Jesus itu, tidak bertutur dalam bahasa yang anda sebutkan tadi. Mustahil juga John itu ada nama Tiong Hua atau Mandarin atau Hokkien atau Hakka. Lebih mustahil lagi yang Jesus itu dieja dengan bahasa cina. Sedangkan beliau cuma seorang berbangsa Yahudi dan bertutur dalam bahasa Hebrew. Dan sehingga hari ini, tiada seorang pun dari penganut Kristian yang bersungguh sungguh untuk memhami apa yang benar benar disampaikan oleh Jesus.”

Dia tergamam dengan penyataan saya. “Pertama you kena tahu, dan didalam Bible terdapat banyak perkara yang perlu dipelajari. Saya juga masih belajar, tetapi saya cuma mau nasihatkan you. Jangan terlalu mengambil berat soal agama. Yang penting dalam urusan kita seharian adalah tuhan. Tuhan tidak akan mengecewakan you walau apa pun kepercayaan you. Saya sebagai Kristian, sememangnya sudah meyakini Jesus adalah Tuhan.” dia cuba menutup perbincangan petang itu.

“Adakah Kristian untuk semua manusia?” tambah saya.

“Ya, sudah tentu. Jesus mengajar kan kita agar mengasihi semua makhluk. Kerana itu lah Kristian adalah agama sejagat.” jawabnya.

“Baiklah, kalau Kristian agama sejagat. Apa solusi yang boleh diberikan kepada saya seorang yang mempunyai persoalan dalam bentuk Bahasa untuk memahami Kristian.” soal saya lagi.

“You bukan soal bahasa sebenarnya. You adalah persoalan iman. You harus beriman untuk memahami persoalan ini.” tekan beliau agar saya terima perbualan petang itu agak mengejutkan beliau.

“Maksudnya, saya harus beriman dulu untuk faham Kristian?” beliau menggangguk mendengar jawapan saya.

“Saya tidak setuju. Itu ibarat membayar dulu harga barangan yang dijual tanpa mengetahui apakah barang yang dibeli.” saya menjawab dengan memberikan contoh.

“Adakah anda mahu membeli barang yang anda tidak tahu dan membayar nya terlebih dahulu?” soal saya ringkas.

“Jesus sememangnya tuhan, kenapa anda mahu mengatakan beliau tidak bertutur dalam bahasa cina. John 13:13 sudah menyatakan begitu. Itu adalah jawapan dari mulut Jesus sendiri.” katanya meyakinkan saya.

“Dengan mendengar jawapan yang anda berikan ini, saya yakin anda tidak pernah membaca Bible Bahasa Inggeris, Bahasa Indonesia dan juga Bible Red Letter Edition yang saya miliki ini.” sambil saya menunjukkan Bible Bible milik saya diatas meja.

“John 13:13 perkataan Tuhan digunakan didalam Bahasa Indonesia. Didalam Bahasa Inggeris ia tertulis Lord. Sekiranya saya membacakan penulisan tersebut kepada orang yang tidak teliti, dia tidak akan pernah tahu samada saya menyebut Lord atau lord. Kedua duanya mempunyai bunyi sebutan yang sama. Perbezaannya adalah huruf yang digunakan. Tetapi didalam Bahasa Indonesia, bahasa tersebut digunakan adalah Tuhan.

Mana satu yang benar? Tuhan atau Tuan? Saya percaya anda dan saya tahu perbezaan Tuhan dan Tuan?” terang saya panjang lebar.

Saya dapat melihat wajahnya yang kemerah merahan. Saya tahu dia tiada jawapan bagi apa yang saya katakan. Namun dia berusaha juga untuk mengakhiri perbualan tersebut yang memberi kebaikan bagi kepercayaan beliau.

“Kalau kita sudah diajar oleh guru kita tentang agama, kita akan cuba untuk menaikkan apa yang kita percaya. Ini lah yang disebut sebagai kepercayaan kepada agama. Kita harus menghormati kepercayaan orang lain.” katanya.

“Saya setuju. Saya harus serahkan kepada Tuhan yang empunya diri saya dan kamu untuk membuat keputusan.” saya cuba mengurangkan tekanan yang beliau terima dari persoalan yang saya bawakan. Saya yakin, pertemuan ini adalah pertama kali baginya dan perbincangan sebegini juga adalah kali pertama bagi beliau.

“Saya minta maaf kalau anda tersinggung. Saya cuma mencari jawapan. Semoga kita dapat bertemu lagi dimasa akan datang.” Saya akhiri perbualan tersebut dan bersalaman dengan beliau. Dan beliau berlalu pergi dengan senyuman kepada saya.

Amalan Ibadah Islam dan Kristian

August 14, 2011

Seorang pemberi komen ada meminta agar saya menulis perbandingan antara ibadah Kristian dan Islam. Pada peringkat awal, saya tidak mahu menulis tentang perbandingan tersebut kerana ia hanya mengundang rasa skeptikal kerana membanding amalan ibadah yang menjadi kerukunan bagi penganut agama Kristian.

Saya merasa keperluan perbandingan amalan ibadah ini menjadi perlu apabila kerja kerja Kristianisasi sedang bergiat cergas didalam dan diluar negara. Ini dibuktikan lagi apabila saya menonton J Channel (siaran TV yang tiada di Malaysia), iklan yang mengajak pendakwah pendakwah Kristian serta ummat Kristian utk memberi tumpuan pada umat Islam dan menyebut dalam iklan tersebut bahawa 80% umat Islam didunia tidak pernah mendengar Injil Jesus atau disebut didalam iklan tersebut Gospel of Jesus. Saya tersenyum sendiri apabila membaca perkataan Gospel of Jesus didalam kaca TV.

Baru saya tahu yang mereka sudah ada Gospel of Jesus. Namun sehingga hari ini, tiada pula di buat pengumuman rasmi bahawa Gospel of Jesus sudah ada. Maka terlupus lah Gospel berdasarkan Luke, Mark, John & Matthew. Bagaimana mungkin Gospel berdasarkan 4 orang penulis gospel yang terdapat didalam Bible terlupus, didalam Kristian keempat empat mereka adalah RASUL dan bukan sekadar penulis. Saya tidak mahu menulis tentang 4 penulis Injil itu disini, kerana kalau saya menulis tentang itu saya yakin ia akan menjadi satu topik lain yang akan berjela jela panjangnya.

Sebagai seorang ISLAM. Saya memahami perkataan ibadah datangnya dari AL-Quran. Perkataan yang pertama dan merangkumi semua jawapan kepada perbuatan seorang manusia dan yakin dengan ajaran ISLAM bahawa semua perbuatan itu adalah ibadah. Kerana didalam ISLAM, tiada satu perkara pun yang tidak dilakukan kerana Allah. Semuanya dimulakan kerana Allah. Itu jelas. Perkataan itu adalah dari ayat Al-Quran .

“ Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku, Aku tidak mengendaki rizki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak mengendaki supaya mereka memberi makan pada-Ku, Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pemberi rizki Yang mempunyai kekuatan Lagi Maha Sangat Kuat” (Adz Dzariat:56-58)

Apa itu ibadah? Ibadah itu adalah satu bentuk amalan yang akan merangkumi amalan hati dan perbuatan yang harus seiring dalam perlaksanaannya. Kerana itulah didalam amalan ibadah ISLAM terdapat satu syarat sah ibadah iaitu NIAT. Tidak sah amalan itu tanpa NIAT.

Ibadah tertinggi didalam ISLAM adalah SOLAT. Tiada yang lebih tinggi selain SOLAT. Bertudung, menutup aurat, bersedekah, berbuat baik pada jiran, membina masjid, berkahwin, berdakwah, azan, menhajak orang lain ke masjid adalah amalan ibadah yang termasuk dalam ibadah namun tidak sama darjatnya dengan ketinggian SOLAT. Kerana itu, seorang muslim yang meninggalkan SOLAT dengan sengaja harus menilai semula AKIDAHnya. Ini kerana amalan SOLAT adalah keistimewaan seorang yang mengakui Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Melaksanakan SOLAT adalah sebuah kelebihan.

Bagaimana pula seorang Kristian itu mengakui kerasulan 4 penulis Injil? anda tidak akan menemui jawapannya didalam BIBLE. Dan sekiranya anda seorang yang suka mengkaji agama, saya yakin anda akan terima apa yang saya katakan disini. Tiada tuntutan didalam BIBLE itu untuk anda percaya dan membuktikan kepercayaan anda terhadap 4 rasul itu. Malah, rasul rasul lain yang disebut didalam perjanjian baru juga tiada kitab mereka yang wajib diimani.

Perkataan Wajib juga saya tahu dari hukum hakam Islam yang menyusun rangka amalan darjat Ibadah didalam ISLAM.

Seperti yang saya katakan tadi, ibadah SOLAT adalah IBADAH tertinggi. Bagaimana pula dengan amalan ibadah tertinggi didalam Kristian? Anda tidak akan menemukan jawapannya. Dan besar kemungkinan tiada jawapan. Ini adalah kerana tiada darjat sedemikian didalam Kristian. Kalau ada pun, mereka menyebutnya sembahyang. Sembahyang yang disebut bukanlah SOLAT. Sembahyang adalah DOA yang dilaungkan setiap hari ahad didalam gereja.

Bagaimana mereka berdoa? Bacaan doa mereka sangat indah dan menyentuh jiwa seorang manusia yang rindukan tuhan. Namun, seperti yang saya sebutkan tadi ibadah Kristian tidak berdasarkan ajaran BIBLE. Doa doa yang digunakan didalam amalan juga di tulis dan tidak dipeti dari BIBLE. Berbeza dengan ISLAM, nabi Muhammad mengajarkan kita untuk mengerjakan SOLAT sebagaimana baginda melaksanakan SOLAT. Agama Kristian pula? Saya tiada jawapan bagi amalan sembahyang yang mereka lakukan. Saya yakin pemberi komen yang cintakan Kristian akan mempertahankan keyakinannya didalam ruangan ini. Saya harus nyatakan, saya tidak membenci Kristian. Namun ini adalah penulisan pemikiran yang mencari asal usul ibadah yang dilakukan agar membina IMAN yang akan menjadi asas pembinaan diri sebagai manusia ciptaan ALLAH.

Jika dilihat pada siaran TV yang saya tonton iaitu J Channel, tagline bagi channel tersebut ialah more than J expected. Ia memberi gambaran kepada saya bahawa siaran TV tersebut adalah melangkaui harapan Jesus. Melangkaui semua yang Jesus jangkakan. Dan sekali gus ia memberi gambaran kepada saya bahawa mereka melakukan segala galanya kerana Jesus dan mereka mahu lebih dari segala harapan Jesus. Sudah tentu mereka mahu segala gala yang hebat dan baik bagi Jesus yang mereka cintai. Inilah kelebihan Kristian, mereka bebas melakukan segala galanya atas nama kebaikan. Mereka boleh bernyanyi dan menangis didalam amalan iabadah di gereja asalkan ia atas nama Jesus. Selagi ia dilihat baik bagi penganutnya, maka ia baik bagi agama mereka.

Berbeza dengan ISLAM. Amalan ibadah itu terhad kepada apa yang diajarkan oleh nabi Muhammad s.a.w. Tidak boleh lebih dan tidak boleh kurang. Sekiranya amalan yang baik dan diniatkan kerana Allah, maka ia ada ganjaran disisi Allah. Sekiranya seorang ISLAM melakukan SOLAT maghrib 5 rakaat kerana merasa senang untuk berbuat ibadah kepada ALLAH, secara otomatik amalannya tertolak meskipun ia nampak baik disisi manusia. Alasannya adalah kerana ia terkeluar dari ISLAM. Ini lah kelebihannya. Didalam ISLAM tiada lebih dan tiada kurang. Semua amalan harus bersandarkan apa yang sudah diajarkan. Disinilah datangnya sebab kenapa untuk menjadi seorang ISLAM, perkara pertama anda harus mengangkat DUA KALIMAH SYAHADAH. Pengakuan kepada Allah itu tuhan yang Esa dan nabi Muhammad s.a.w itu adalah utusannya. Bayangkanlah, jika anda seorang manager bank. Hanya kerana anda sedang merasa segar dan lapang, tidak bermaksud anda boleh kerja lebih masa sehingga larut malam? Meskipun anda tidak ada niat jahat. Namun, anda tidak boleh melakukan perkara tersebut. Saya yakin anda tahu sebabnya.

Berbalik kepada amalan Ibadah Kristian. Bila kah anda pernah membaca didalam Bible yang JESUS menyanyi kepada BAPA? Atau rasul rasul yang disebut didalam NEW TESTAMENT itu menyanyi memohon kepada Jesus? Anda tidak akan menemuinya. Jadi? Dari mana datangnya amalan menyanyi didalam gereja? Saya harap ada jawapan dari komentator agar kami penganut ISLAM faham tentnag amalan ibadah anda.

Didalam ISLAM, hierarki itu sangat penting dan ia selari dengan kehidupan seharian. Kerana itulah ISLAM itu bukan sebuah amalan IBADAH ritual sahaja sebagaimana yang digambarkan oleh pemerintah Malaysia yang juga ISLAM. Islam adalah sebuah cara hidup. Didalam ISLAM, hierarki ibadah di susun mengikut hukum Wajib, Sunat, Harus, Makruh dan Haram. Inilah tunggak amalan Ibadah ISLAM.

Seterusnya, Didalam ISLAM telah menetapkan perbezaan antara DOSA dan PAHALA. Semua amalan ibadah itu ada ganjarannya dan setiap perbuatan yang DOSA itu ada balasannya. Disinilah keseimbangan yang akan dinilaikan bersesuaian dengan kehidupan manusia itu sendiri yang sentiasa dalam membuat pilihan dalam menjalani kehidupan. Bukan sekadar memilih agama, namun memilih untuk melakukan perkara yang perlu diutamakan pada hari hari yang dilalui.

Berbeza dengan Kristian, semua ummat Kristian tahu dan beriman bahawa Jesus mati ditiang SALIB untuk tujuan penyelamatan manusia terhadap dosa Warisan. Dengan itu, semua DOSA sudah terampun dan secara otomatik mereka yang ingin ke syurga tidak perlu memikirkan tentang apa yang BOLEH dan TIDAK. Semua sudah selamat.

Persoalannya, jika sudah selamat. Apalah gunanya berbuat baik? Bukankah akan ke syurga? Kalau pun berbuat DOSA dan akan ke neraka. Bukankah ia secara langsung menghalang anda menerima konsep penyaliban Jesus yang bertujuan menyelamatkan anda? Ini lah titik pemikiran yang harus dilihat. Bahawa Iman Kristian yang tidak bersandarkan BIBLE menjadikan seorang manusia itu keliru tentang hala tuju agama besar ini.

Meskipun demikian, rasa selamat Ummat Nabi Muhammad s.a.w pada zaman ini adalah bukti bahawa benarlah mereka sedang dilanda cintakan dunia dan sangat takut mati.

Saya menulis untuk mengajak pembaca berfikir. Segala kelemahan dalam penulisan ini adalah kelemahan saya dan saya mohon maaf sekiranya ada yang tersinggung. Sekiranya silap, betulkan saya. Kalau ada kebenaran, itulah kebesaran Allah.

Hukum Melukis dan Menggambar dalam Islam

August 13, 2011

Saya nak tanya saudara Muslim/Muslimah dalam forum ini. Adakah seorang muslim boleh mengambil gambar atau video, atau melukis/mengukir? Kerani tempat saya bekerja pernah memberitahu bahawa org Islam tidak boleh melukis/mengukir mengikut ciptaan Allah kerana di hari Kiamat imej tersebut akan hidup dan menyeksa manusia yg mencipta imej tersebut. Betul kah?
Saya tanya ni sebab nak kepastian dan ingin tahu lebih lagi berkenaan Islam.

Advan

Sempena di bulan Ramadhan, bulan yang mulia bagi beragama Islam. Kesempatan bulan ini saya sempat membaca beberapa buku dan kitab yang berkaitan dengan agama. Sebuah buku yang pernah saya baca dan saya ulangai pembacaan adalah buku yang ditulis oleh ulamak tersohor Syekh Yusuf Qardhawi (Klik untuk mengetahui Yusuf_al-Qaradawi) bertajuk ‘Halal Dan Haram Dalam Islam’. Dalam bab yang paling menarik saya berkongsi bersama ialah berkaitan hukum melukis dan mengukir. Bab ini ada kaitan dengan bidang orang yang terlibat dengan seni visual seperti saya.

Dalam buku tersebut meriwayatkan oleh Muslim, Sabda Nabi berbunyi, “Sesungguhnya orang yang paling berat siksaannya nanti di hari khiamat ialah orang-orang yang menggambar”.

Apabila baca sahaja maksud hadis tersebut berdebar hati kita…. Namun dalam rumusan Syekh Yusuf Qardhawi seterusnya menyatakan, Imam Thabari berkata: “Yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah orang-orang yang membuat gambar sesuatu yang akan disembah selain dari Allah, sedangkan pelukis tersebut mengetahui dan sengaja. Pelukis itu Kufur. Menurut Yusuf Qardhawi, sekiranya tidak sengaja atau tidak dari golongan demikian, ianya adalah berdosa.

Dalam Islam apabila menentukan sesuatu hal yang tidak dapat dirungkaikan dalam keadaan semasa, apatah lagi apabila selepas kewafatan Rasullulah saw maka segala hukum-hakam akan ditentukan berlandaskan Al Quran, Hadis, Qias dan Ulamak. Dalam kupasan kitab Yusuf Qardhawi, beliau banyak mengambil Hadis-hadis menjadi sandaran hukum melukis dan mengambar. Beliau menyatakan hukum yang nyata Haram ialah melukis Gambar Tuhan, para Nabi, Malaikat. Sedangkan melukis gambar tokoh-tokoh seperti Raja dan pemimpin tahap tidak haram, namun masih berdosa kerana gambar itu dalam bentuk bernyawa dan boleh dijadikan bahan kekaguman orang ramai. Tetapi sekiranya pelukis melukis orang yang khafir, zalim dan fasik maka hukumnya adalam haram.

Dalam huraian Yusuf Qardhwi, beliau menyatakan melukis gambar-gambar makluk tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, suasana laut, gunung, matahari dan bulan maka ianya tidak bertentangan dengan Islam dan tidak berdosa.

Beberapa hadis sahih diperkuatkan oleh Yusuf Qardhawi berkaitan gambar-gambar antaranya;
“Dari Bisir bin Said dari Zaid bin Khilid dari Abu Talhah sahabat Nabi, bahawa Rasullulah saw bersabda bermaksud’ Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada gambar”. Diperkuatkan kenyataan lain antaranya yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Aisyah: ” Saya membunyai tabir padanya ada gambar burung, sedang setiap orang yang masuk akan menghadapnya (akan melihatnya), kemudian Nabi berkata kepadaku: Pindahkanlah ini, kerana setiap saya masuk dan melihatnya maka saya ingat dunia”,. Kenyataan ini bermaksud Rasulullah saw tidak suka gambar yang terpapar pada langsir tersebut. Namun beliau tidak pula menyuruh membuang gambar itu.

Gambar yang terlarang menurut Yusuf Qardhawi ialah, “Bahawa gambar yang dilarang itu hanyalah yang ada bayangannya, adapun yang tidak ada bayangannya tidak mengapa” merujuk kitab Syarah Muslim. Paling ketara ialah membuat karya-karya 3 Dimensi (berjisim) dengan tema berkaitan benda yang bernyawa (hidup) seperti arca figuratif.

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah dalam salah satu riyawat Bukhari dan Muslim berbunyi, “Sesungguhnya Aisyah membeli bantal yang ada gambar-gambar, maka setelah Nabi melihatnya ia berdiri di depan pintu, tidak mahu masuk. Setelah Aisyah melihat ada tanda kemarahan di wajah Nabi, maka Aisyah bertanya: Apakah saya harus bertaubat kepada Allah dan RasulNya; apa salah saya? Jawab Nabi: Mengapa bantal itu begitu macam? Jawab Aisyah: Saya beli bantal ini untuk engkau pakai duduk dan dipakai bantal. Maka jawab Rasulullah pula: Yang membuat gambar-gambar ini nanti akan disiksa, dan akan dikatakan kepada meraka: Hidupkanlah apa yang kamu buat itu. Lantas Nabi melanjutkan permbicaraanyaNya: Sesungguhnya rumah yang ada gambar tidak akan dimasuki malaikat. Dan Imam Muslim menambah lagi dalam satu riwayat Aisyah menyatakan: Kemudian bantal itu saya jadikan dua biji untuk bersandar, dimana Nabi biasa bersandar dengan dua sandaran tersebut di rumah. Yakni Aisyah membelah bantal tersebut dan dipakai untuk dua sandaran”.

Kesimpulan, Yusuf Qardhawi merumuskan dengan menyatakan: … kemungkinan yang nampak pada hadis-hadis yang berkenaan dengan masalah gambar dan pelukisnya, iaiatu bahawa Rasulullah saw memperkeras persoalan ini apa masa pertama dari kerasulnyanya, di mana waktu itu kaum muslimin baru saja meninggalkan syirik dan menyambah berhala serta mengagung-agungkan patung. Tetapi setelah aqidah tauhid itu mendalam ke dalam jiwa dan akar-akarnya telah menusuk dalam hati dan fikiran, maka beliau memberi perkenan dalam hal gambar yang tidak berjasad, yang hanya sekadar ukiran dan lukisan. Yusuf Qardhawi memberi hujah, kalau Rasulullah swa tidak suka pada langsir tentu beliau mengharamkan terus, namun tidak begitu.

saya petik jawapan ini dari laman ini : http://senivisual2.blogspot.com/2009/08/hukum-melukis-dan-menggambar-dalam.html

Rahsia Candlestick

July 29, 2011

Satu jangka masa yang agak panjang saya tidak kemaskini penulisan blog saya. Saya sengaja mendiamkan diri kerana memberi tumpuan pada aktiviti harian seperti diskusi tertutup Comparative Religion, juga minat saya yang mendalam terhadap Urusniaga Forex.

Kepada pedagang tukaran matawang online yang menggelarkan diri mereka Forex Trader, mereka sudah tentu memahami apa yang dimaksudkan dengan candlestick pattern. Namun sekiranya anda google ‘Rahsia Candlestick Pattern’ anda tidak akan menemui maklumat tersebut.

Sepanjang tahun saya menjalankan coaching disekitar daerah Kota Kinabalu. Saya memberi tumpuan pada basic teknikal analisis serta sentimen dan fundamental yang menjadi tunggak Analisis Pasaran.

Hakikat yang menjadikan semua analisis ini berlaku adalah candlestick yang dipengaruhi oleh pergerakan harga semasa dan membentuk Candlestick.

Candlestick Pattern bukan lagi rahsia namun Rahsia disebalik Pattern itu, masih belum terbongkar.

Saya secara tidak sengaja disaat menerangkan basic trading forex pada peserta saya. Syukur pada kebesaran Allah dengan ilham yang diberikan. Saya membingkar rahsia Candlestick ini tanpa sengaja. Semoga dengan penemuan ini akan memberi lebih keyakinan dalam trading sehari hari.

Saya berhasrat untuk menerbitkan buku Rahsia Candlestick ini dalam bentuk cetakan dan kepada peserta yang belum pernah bersua muka dengan saya. Saya harap anda hubungi saya untuk coaching FOREX disekitar Kota Kinabalu dan Rahsia Candlestick ini akan saya dedahkan kepada anda.

Selamat Trading.

BERSIH 2.0! Support the demand!

July 8, 2011
baju bersih

1. Clean the electoral roll The electoral roll is marred with irregularities such as deceased persons and multiple persons registered under a single address or non-existent addresses. The electoral roll must be revised and updated to wipe out these ‘phantom voters’. The rakyat have a right to an electoral roll that is an accurate reflection of the voting population. In the longer term, BERSIH 2.0 also calls for the EC to implement an automated voter registration system upon eligibility to reduce irregularities.

2. Reform postal ballot The current postal ballot system must be reformed to ensure that all citizens of Malaysia are able to exercise their right to vote. Postal ballot should not only be open for all Malaysian citizens living abroad, but also for those within the country who cannot be physically present in their voting constituency on polling day. Police, military and civil servants too must vote normally like other voters if not on duty on polling day. The postal ballot system must be transparent. Party agents should be allowed to monitor the entire process of postal voting.

3. Use of indelible ink Indelible ink must be used in all elections. It is a simple, affordable and effective solution in preventing voter fraud. In 2007, the EC decided to implement the use of indelible ink. However, in the final days leading up to the 12th General Elections, the EC decided to withdraw the use of indelible ink citing legal reasons and rumours of sabotage. BERSIH 2.0 demands for indelible ink to be used for all the upcoming elections. Failure to do so will lead to the inevitable conclusion that there is an intention to allow voter fraud.

4. Minimum 21 days campaign period The EC should stipulate a campaign period of not less than 21 days. A longer campaign period would allow voters more time to gather information and deliberate on their choices. It will also allow candidates more time to disseminate information to rural areas. The first national elections in 1955 under the British Colonial Government had a campaign period of 42 days but the campaign period for 12th GE in 2008 was a mere 8 days.

5. Free and fair access to media It is no secret that the Malaysian mainstream media fails to practice proportionate, fair and objective reporting for political parties of all divide. BERSIH 2.0 calls on the EC to press for all media agencies, especially state-funded media agencies such as Radio and Television Malaysia (RTM) and Bernama to allocate proportionate and objective coverage for all potlical parties.

6. Strengthen public institutions Public institutions must act independently and impartially in upholding the rule of law and democracy. Public institutions such as the Judiciary, Attorney-General, Malaysian Anti-Corruption Agency (MACC), Police and the EC must be reformed to act independently, uphold laws and protect human rights. In particular, the EC must perform its constitutional duty to act independently and impartially so as to enjoy public confidence. The EC cannot continue to claim that they have no power to act, as the law provides for sufficient powers to institute a credible electoral system.

7. Stop corruption Corruption is a disease that has infected every aspect of Malaysian life. BERSIH 2.0 and the rakyat demand for an end to all forms of corruption. Current efforts to eradicate corruption are mere tokens to appease public grouses. We demand that serious action is taken against ALL allegations of corruption, including vote buying.

8. Stop dirty politics Malaysians are tired of dirty politics that has been the main feature of the Malaysian political arena. We demand for all political parties and politicians to put an end to gutter politics. As citizens and voters, we are not interested in gutter politics; we are interested in policies that affect the nation.

source : http://bersih.org/

p/s : kalau tuntutan ini dipenuhi. Semua YB YB UMNO dan BN di Semenanjung hanya boleh bertanding di Sabah saja. Sebab disini confirm menang. HaHaHa
sebabnya, masih byk kawasan DUN dan Parlimen yang luas luas. Boleh dipecahkan lagi kawasan menjadi 5 – 6 DUN. Boleh tambah byk Ahli Dewan Undangan Negeri yang bodoh bodoh disini. Yang boleh jadi manager kawasan saja. Tak perlu buat apa apa. Yang penting MENANG. HaHaHaHa

Tgk ni video lagi bagus.

Tuhan menjadi Manusia

May 25, 2011
698dove

Bicara soal tuhan dan manusia adalah bukti wujudnya tuhan.

Apabila tuhan dicari, manusia akan berusaha untuk mencarinya dimana pun sudut agar KEBENARAN ditemui.

Kenapa tuhan itu dicari manusia, kerana manusia tahu yang tuhan itu wujud. Apabila saya menulis tuhan disini, saya merujuk kepada pencipta alam maya ini dan juga pencipta degupan jantung saya serta yang mengawal cahaya yang masuk kedalam mata saya sehingga saya mampu melihat segala isi dunia melalui aturannya. Tidak mungkin saya ada didunia ini secara tiba tiba. Begitulah juga dengan manusia yang lain.

Seorang komentar tegar yang beriya iya mahu saya mengotakan janji saya dan begitu bersungguh sungguh mahu saya MURTAD, berkata begini

Saya paham. . kamu tidak boleh menerima konsep manusia menjadi Tuhan. . betul tak ??
Tapi anda sangat silap tentang iman Kristian. .

Dan saya memberitahu anda, iman Kristian bukan seperti itu. . . bukan manusia yg menjadi Tuhan. . tetapi Tuhan yang menjadi manusia

Aku Budak Tawau

Aneh kan?

Saya juga manusia seperti si penulis, disaat membezakan iman seseorang yang lain dan dirinya.

Dia bercakap bagi pihak tuhan bahawa “Tuhan menjadi Manusia.”

Ditambah dengan penafiannya lagi bahawa BUKAN MANUSIA MENJADI TUHAN.

Ini adalah sesuatu yang sangat bagus. Sebuah penjelasan yang sangat BAGUS. Kenapa?

Kerana pembaca boleh membaca dengan jelas bahawa iman mereka itu adalah Tuhan menjadi Manusia.

Si pemberi komen ada memberi huraian dan rujukan tentang Tuhan menjadi Manusia, tetapi dengan jelas sekali tiada satu hujah pun mengangkat imannya yang TUHAN menjadi manusia.

Tiada sesiapa dipaksa untuk menelan informasi ini, namun kalau Tuhan sudah menjadi manusia, disaat Tuhan itu manusia, siapa pula yang tahu sebelum ini dia Tuhan?

Sudah tentu perkara ini berlaku lebih awal sebelum manusia tuhan itu wujud. Demikianlah, pencarian mudah yang dipersulitkan kerana daya kefahaman yang telah ditanam didalam diri. Kebenaran hanya milik mereka. Namun mereka sendiri melupakan asal usul pembukuan Kitab Suci yang disusun oleh Manusia yang diragui status hubungan mereka dengan utusan Tuhan.

Ibarat sebuah parti politik di Malaysia yang mempunyai slogan Dulu Kini Selamanya.

Sekiranya tidak mencari kebenaran, bagaimana bisa kita menemui tuhan?

Saya berharap tuhan melindungi saya dari kejahatan penulisan saya.

p/s : tiada beza tuhan dan Tuhan yang saya tulis didalam artikel ini.

Kursus FOREX di Kota Kinabalu

May 13, 2011

Kursus ini akan dijalankan sepenuhnya oleh saya dan sepanjang 2 hari para peserta akan diberi peluang mengenali siapa Kishore M yang empunya teknik dan pelajari bagaimana untuk mendapatkan kursus penuh beliau secara online. Sepanjang 2 hari, para peserta akan diberi pendedahan terhadapa teknik Pips Maximizer dan akan mengadakan LIVE TRADE TUTORIAL menggunakan teknik tersebut.

Hubungi saya untuk tempahan tempat.

Salam Trading.

2011 Matahari sudah terbit dari barat

January 2, 2011

Agak lama saya tidak menulis diblog saya, dan saya mohon maaf kepada subscribers saya yang mungkin ternanti nanti penulisan terbaru saya.

Musim cuti sekolah adalah musim yg sangat sibuk bagi saya, tumpuan diberi kepada pembikinan video perkahwinan yang mendapat tempat dan saya menjalankan perniagaan tersebut dengan 2 orang rakan yang juga meminati bidang videografi. utk melihat hasil karya saya bersama team saya, sila jenguk http://www.youtube.com/SabahWeddingHD

2011 sudah menjelma, dan ia menjadi sebuah permulaan bagi semua orang dan ada juga yang menjadi titik akhir bagi mereka. 2011 menjadikan saya untuk lebih komit dengan kesilapan yang saya lakukan sebelum ini, dan saya berazam untuk tidak mengulanginya dan saya mengharap kekuatan dari sang pencipta untuk memberi saya NUR dalam perjalanan kembara kehidupan ini.

Saya ada bertanya kepada seorang kawan, tentang Matahari Terbit dari barat. Jawapan yg saya terima adalah yang terbaik sehingga memberikan saya ruang masa untuk menulis pada hari ini. Kata kata seseorang boleh diterjemahkan dalam 2 bentuk. Kita boleh menterjemahkan ia dalam bentuk yang terang dan kita juga boleh mengandaikan ia adalah metafora.

Tidak bermakna tafsiran peribadi boleh dijadikan untuk tafsiran umum, ia sekadar sebuah pemahaman peribadi untuk memahami betapa benarnya ramalan yang telah disampaikan oleh seorang nabi junjungan ummah Muhammad S.A.W.

Bila menyebut matahari, ramai memikirkan matahari fizikal yang menerangi bumi dan menjadikan masa yang dilalui sebagai siang. Tanpa matahari, masyarakat melalui proses malam.

Kalau dari sudut metafora, matahari dilihat sebagai permulaan bagi hari yang baru. Matahari adalah simbol permulaan.

Kalau dilihat dari sudut metafora, sudah berpuluh tahun matahari terbit dari barat. Sistem pendidikan yang diiktiraf adalah sistem yang digunakan dari barat.

Sistem ekonomi hari ini, hanya sistem dari barat sahaja yang diguna pakai.

Sistem kehakiman, sistem pertahanan, sistem kemasyarakatan, hampir keseluruhan sistem yang diguna pakai pada hari ini adalah sistem yang lahir dari barat.

Setiap manusia memulakan harinya dengan sistem yang datang dari barat.

Pada ketika matahari sudah terbit dari barat, IMAN tiada guna lagi.

Pada zaman ini, sesiapa sahaja yang membuat keputusan dengan sandaran iman, hanya akan mendapat kepuasan diri sendiri dan keputusan sandaran iman itu hanya dinikmati bagi orang beriman. Ia tidak bermanfaat kepada sistem yang diguna pakai pada hari ini.

Sebagai contoh, orang orang yang sudah terperangkap dengan sistem masyarakat yang suka melihat kemasyhuran, keputusan yang dibuat adalah sandaran nafsu, iman tiada guna lagi.

Dalam membuat apa pun jua, mereka akan menilai baik dan buruk tanpa perlu melihat dimana kedudukan iman.

Iman hanya berguna kepada mereka yang mahu mencari jalan menuju tuhan, iman hanya berguna bagi mereka yang mahu melihat sang pencipta.

Inilah permulaan yang baru bagi saya dan menyedari bahawa mentari sudah terbit dari barat dan sesungguhnya iman tiada berguna lagi dizaman ini.

benarlah semua ramalan mu junjungan ummah Muhammad S.A.W.

Selawat buatmu.

Wang Kertas yang tidak bernilai

November 11, 2010

Pada hari ini, semua orang menggunakan wang kertas utk membeli itu dan ini. Sebuah hakikat yang sudah dilupakan dan sebuah fitrah yang menjadi teras ekonomi individu dan masyarakat secara umum.

Saya ingin menulis dengan panjang lebar cerita Wang Kertas, namun buat masa ini saya mulakan dengan video dan artikel dari ilmuan yang selayaknya dijadikan panduan dalam menilai sistem perbankan yang sudah diguna pakai oleh manusia seluruhnya dizaman ini.

Untuk artikel penjelasan terbaik, boleh download disini.

http://ribh.files.wordpress.com/2009/02/dinarbook.pdf

“Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di NERAKA,”jelas seorang manusia yang mempertikaikan hukum aurat dan mencabar ALLAH SWT

October 31, 2010

Assalamualaikkum & Salam Peringatan,

Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah,Mesir.Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?” Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

(artikel diatas bukan ditulis oleh Irwan Idris)

Video Perkahwinan

October 11, 2010

VIDEO editing sangat hampir dengan diri saya dan kepada mereka yang bakal berkahwin atau bertunang dan ingin kan saat saat indah anda dirakamkan dalam bentuk video seperti yang saya paparkan disini, anda boleh hubungi no telefon yang tertera di dalam video dibawah.

Selamat pengantin baru.

IRWANIDRIS.COM

September 30, 2010

Hidup sebagai trader, hanya trader saja yang tahu.

Orang sering bicara FOREX lubuk kekayaan. FOREX adalah tempat mencari wang terpantas. Semua falsafah tentang FOREX kedengaran indah bagi mereka yang tidak pernah tahu apa itu FOREX.

Sepanjang saya mendalami apa itu FOREX, saya dapati ramai trader trader FOREX di internet yang berada di FORUM dan pelbagai laman web yang ada di internet ini, mempelajari ilmu mt4 dan urusniaga FOREX daripada pembacaan dan juga video youtube yang memaparkan apa itu FOREX.

Hakikat ilmu adalah seperti itu, terus dicari walau dimana pun ia berada. Saya juga masih belajar dan terus belajar darimasa ke semasa.

Pembelajaran terbaik di dalam urusniaga FOREX adalah kegagalan. Ini adalah cikgu terbaik kepada semua trader Malaysia yang saya pernah temui, termasuk saya sendiri.

Ramai yang trading menggunakan warna. (Kalau lah trading itu semudah warna warna biru dan merah.) Sering mencapai target mereka untuk jangka masa pendek. Tetapi sering kecundang apabila warna warna itu mengecewakan mereka.

Saya ingin membawa rakan rakan FOREX trader yang masih belum menemui jalan kluar bagi memperbaiki mutu trading mereka. Saya tidak mengajak anda untuk mendapat 1000% sebulan. Saya sekadar mencari rakan dan teman trading yang bersungguh sungguh mahu memperbaiki diri dan keputusan trading.

Dengan itu, saya membangunkan laman web rasmi saya di http://www.irwanidris.com

Saya harap anda dapat melayari laman web saya dan semoga kita sama sama maju.

Maksud Triniti

August 31, 2010

Beribu ribu hits saya terima dan saya tidak menafikan bahawa blog saya sudah memecahkan tembok perpisahan antara ISLAM dan KRISTIAN.

Kalau anda sudah pernah menonton film Kingdom Of Heaven, di dalam film tersebut digambarkan bahawa didalam Kristian terdapat konflik dalaman yang juga dialami oleh orang Islam.

Namun, yang waras tetap waras dan yang punya akal sering mengutamakan KEBAIKAN kerana diatas kebaikan disitulah disandarkan bahawa segala kebaikan itu datangnya dari TUHAN.

Salahuddin Al Ayubi yang sentiasa berpegang pada kata menjadi simbol kedamaian diantara 2 agama besar di Jerusalem dan sehingga kini nama itu tetap HEBAT dimata dan ingatan mereka yang tahu sejarah pendudukan Kota Jerusalem.

Saya mengambil ruang yang sedikit ini memberi peluang kepada seorang pengunjung yang mahu menjelaskan apa itu TRINITI.

Meskipun demikian, saya menghormati penerangannya namun saya nyatakan disini. Kepercayaan itu hanya untuk anda dan tuhan sangat memahami perasaan saya bahawa yang saya dambakan adalah penjelasan yang terang dengan fakta yang kukuh serta diterima akal, sekiranya tuhan tidak tahu keinginan saya untuk memahami agamanya, maka sangat sangat tepat bahawa dia bukan TUHAN.

Dibawah adalah posting yang dihantar kepada saya tentang maksud TRINITI.

MAKSUDNYA TRITUNGGAL

Pengenalan

Lambat-laun sesiapa sahaja yang terdedah kepada agama Kristian akan berdepan dengan perkataan ini: Triniti. Ini adalah satu perkataan yang sering kali di salah-fahami, disalah-sampaikan dan disalah-pakai. Untuk ramai orang, ianya batu sandungan yang menghalang mereka memeluk agama Kristian. Kepada yang lain ianya ajaran sesat mana kala untuk yang lain ianya satu kebodohan. Untuk mendapat idea yang betul tentang apakah sebenarnya intipati akidah ini, seseorang itu perlu kembali kepada kuasa mutlak akidah ini, iaitu Alkitab. Adalah dari sini saya akan berusaha

menyampaikan satu asas Alkitabiah untuk kepercayaan ini
menunjukkan apa maksudnya dan
implikasinya atas mesej agama Kristian dan orang Kristian secara individu.
Sebelum saya lakukan ini, saya ingin memberi beberapa pendapat dan definisi akidah ini supaya kita memiliki satu pandangan yang luas akan hal ini.

Definisi

Perkataan ‘Triniti’ membawa maksud satu Tuhan tetapi yang mengandungi tiga peribadi yang berbeza, bukan dalam sifat atau ‘bahan ilahi’ tetapi dalam jawatan dan perhubungan. Allah satu walaupun tiga. Ryrie menulis: Hanya ada satu Tuhan, tetapi di dalam kesatuan Allah ada tiga peribadi yang kekal dan sama, sama dalam kandungan tetapi berbeza dalam saraan hidup. Ketiga peribadi ini dalam Alkitab diperkenalkan sebagai Bapa, Anak dan Roh Kudus. Jadi, ada tiga peribadi dalam Allah dan ketiga ini adalah Allah yang sama dalam kandungan, kuasa dan kemuliaan. Adalah perlu dinyatakan di sini bahawa perkataan ‘Triniti’ tidak ada di dalam Alkitab walaupun konsep Allah dalam kesatuan-tiga sangat jelas tampak. Perkataan ‘Triniti’ ialah satu istilah falsafah Yunani yang dipakai untuk Allah seperti mana yang didedahkan dalam Alkitab. Ianya bukan satu istilah yang dipakai Isa Al-Masih mahupun rasul-rasulnya.

Akidah ini sangat kompleks dan membingungkan-minda tetapi tidak boleh ditolak oleh sesiapa yang mengkaji Alkitab dengan serius. Apabila ini dilakukan maka akan jelas bahawa Alkitab mengajar bahawa adanya satu Tuhan, dan bahawa adanya tiga peribadi, setiap satu adalah Allah. Jadi akidah Triniti ini membuat tiga pengesahan:

hanya ada satu Allah
Bapa, Anak dan Roh Kudus setiap satu adalah Allah
Bapa, Anak dan Roh Kudus adalah tiga peribadi berbeza.
Saya percaya bahawa dari beberapa definisi ini, minda kita sukar untuk menangkap maksudnya; sesungguhnya ia satu misteri. Kita perlu sedar bahawa konsep ini melebihi keupayaan kuasa pemahaman manusia (dari segi mempunyai fahaman yang penuh) dan tidak ada persamaan yang sempurna di dunia ini. Konsep Triniti bukannya tiga tuhan yang bekerjasama atau satu Tuhan yang menampakkan diriNya dalam tiga modus yang berbeza. Seterusnya, perlu kita tahu bahawa Alkitab tidak berusaha menerangkan misteri ini; ia hanya mengisytiharkannya!

Tidak seorang pun dapat menafikan betapa mulianya rahsia kepercayaan kita: Isa Al-Masih menampakkan diri dengan rupa manusia, dan dinyatakan benar oleh Roh Allah, serta dilihat oleh para malaikat. Dia diisytiharkan antara bangsa-bangsa, dan Dia dipercayai di seluruh dunia, dan telah diangkat ke syurga. (1 Timotius 3:16)

Allah Alkitab ialah Dia yang selalu didedahkan sebagai satu triniti. Marilah kita ke sana untuk memerhatikan kebenaran ini bahawa Allah satu dan Allah tiga.

Triniti dalam Alkitab

Adalah dianggap kita percaya akan kewujudan Allah dan kesempurnaan Alkitab apabila kita memeriksa Firman Allah untuk memerhatikan penyampaian akidah ini. Penyelidikan ini adalah untuk menyesuaikan logik kita kepada kepastian Alkitab dan untuk melihat serta bertindak sesuai dengan penemuan kita. Alkitab mempersembahkan dengan jelas fakta-faktanya dan terpulanglah dengan minda manusia untuk berusaha memahaminya (walaupun ini satu perkara yang sukar untuk difahami). Kita akan sekarang melihat empat fakta yang dinyatakan oleh Alkitab; empat fakta yang menjadi tiang-tiang utama akidah ini. Kita juga akan memberi perhatian kepada beberapa contoh dalam Alkitab di mana fakta-fakta ini dinyatakan bersama.

Fakta Pertama: ALLAH ITU ESA

Perjanjian Lama dengan tegas menyatakan bahawa Allah itu esa dan tidak ada Allah lain yang benar. Walaupun dikelilingi bangsa-bangsa yang percaya dalam banyak tuhan, orang Israel berdiri teguh mengisytiharkan kewujudan Allah yang esa. Setiap orang Yahudi memulakan doanya dengan melafazkan Ulangan 6:4, yang berbunyi: Dengarlah, hai orang Israel: TUHAN itu Allah kita, TUHAN itu esa! Orang Yahudi menyembah Allah yang esa dan kebenaran ini nampak dalam ayat-ayat lain Alkitab: Ulangan 4:35, Yesaya 44:6 dan Mazmur 86:10. Hanya ada satu Allah dan iman orang Yahudi serta ajaran Perjanjian Lama bersandar atas kebenaran ini.

Begitu juga dalam Perjanjian Baru. Apabila menjawab satu pertanyaan mengenai perintah manakah yang paling utama, Isa Al-Masih memulakan jawapannya dengan berkata, “Inilah perintah yang paling utama, ‘Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Dialah Tuhan Yang Esa.” (Markus 12:29). Rasul Paulus meneruskan idea ini, bahawa Allah itu esa dalam jawapannya kepada jemaat Kristian di bandaraya Korintus. Dia menulis: Kita juga tahu bahawa Allah hanya satu; tidak ada yang lain. Sekalipun banyak yang disebut dewa dan tuhan, baik yang di syurga mahupun yang di bumi, tetapi bagi kita Allah hanya satu (1 Korintus 8:4-6). Yakobus dalam suratnya pula membuat kenyataan menarik ini: Kamu percaya bahawa Allah hanya satu. Bagus! Roh-roh jahat pun percaya akan hal itu dan gementar kerana takut (Yakobus 2:19).

Jadi jelas Alkitab menyatakan Allah itu esa.

Fakta Kedua: BAPA ITU ALLAH

Nabi Yesaya dalam Yesaya 63:16 berkata bahawa Bapa itu Allah: Engkaulah Bapa kami. Nenek moyang kami Abraham dan Yakub tidak mengenal kami, tetapi Engkaulah Bapa kami, ya TUHAN! Engkaulah Penyelamat kami sejak dahulu kala. Allah dipanggil Bapa kerana Dialah yang menciptakan kita semua. Allah yang menciptakan kita dipanggil Bapa: Bukankah kita semua mempunyai bapa yang sama? Bukankah kita semua diciptakan oleh Allah yang sama? (Maleakhi 2:10). Kadangkala ada yang berkata Perjanjian Lama tidak mengenal Allah sebagai Bapa. Ini tidak benar. Ayat-ayat yang baru sahaja dibaca membuktikan ini.

Idea Allah sebagai Bapa ditemukan dalam Perjanjian Lama dan adalah lebih ketara dalam Perjanjian Baru khususnya dalam ajaran-ajaran dan doa-doa Isa Al-Masih. Doa yang Isa Al-Masih memperkenalkan kepada murid-muridnya bermula dengan kata-kata ini: “Ya Bapa, Engkaulah Allah yang Esa. Semoga Engkau disembah dan dihormati. Engkaulah Raja kami. Semoga Engkau memerintah di bumi”. (Lukas 11:2). Rumah sembahyang Allah dipanggil “rumah Bapaku” oleh Isa Al-Masih (Lukas 2:49). Dalam Yohanes 8:42, Isa Al-Masih dengan jelas menyatakan Allah ialah Bapa: “Seandainya Allah benar-benar Bapa kamu, tentu kamu akan mengasihi Aku, kerana Aku datang daripada Allah.” Terdapat banyak lagi ayat-ayat dalam Alkitab yang memperakui peribadi yang dipanggil Bapa sebagai Allah. Keilahian Bapa biasanya tidak diperdebatkan. Tetapi bagaimana dengan Isa Al-Masih?

Fakta Ketiga: ANAK ITU ALLAH

Walaupun ini satu fakta yang sentiasa diperdebatkan dengan hangat, ianya jelas dinyatakan dalam Alkitab: Isa Al-Masih sepenuhnya ilahi. Isa Al-Masih seringkali mengelar dirinya ‘Anak Allah’ dan kerana itu orang Yahudi berusaha membunuhnya, kerana dia menyamakan dirinya dengan Allah. Contohnya dalam Yohanes 5:18 ada tertulis: Kata-kata-Nya ini membuat para penguasa Yahudi semakin bertekad untuk membunuh Dia. Bukan sahaja Dia telah melanggar hukum Sabat, tetapi Dia berkata bahawa Allah itu Bapa-Nya. Hal ini bererti Dia menyamakan diri dengan Allah. Apabila Yohanes dan Yakobus dipanggil “Anak-anak Guruh” dalam Markus 3:17, Isa Al-Masih tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa sama ada ibu atau bapa mereka itu guruh, tetapi bahawa sifat dan tindakan mereka seperti guruh. Apabila Isa Al-Masih dipanggil ‘Anak Allah’ ianya TIDAK bermaksud Allah Bapa telah bersetubuh dengan Maryam, yang telah melahirkan Isa Al-Masih. Apa yang dimaksudkan dengan frasa ini ialah bahawa Isa Al-Masih
memiliki sifat dan bertindak seperti Allah. Tidak ada manusia yang boleh memiliki sifat-sifat Allah apalagi melakukan kerja-kerja yang khusus bagi Allah kecuali jika dia adalah Allah; dan itulah identiti sebenar Isa Al-Masih!

Dalam penggunaan orang Yahudi, frasa ‘Anak Allah’ bermaksud sesuatu yang mempunyai kesamaan tahap dan identiti dengan Allah. Jadi, apabila Isa Al-Masih berkata dia ‘Anak Allah’, mereka yang mendengarnya faham maksud penyataannya: dia mengaitkan dirinya dengan Allah dan menyamakan dirinya dengan Allah. Dakwaannya itu disokong dengan berbagai cara: autoritinya, sifatnya, perhubungannya dengan Allah, kekekalannya (Yohanes 8:57-58) dan kuasanya atas maut dan neraka (Matius 12:38-40).

Sesiapa yang membaca Perjanjian Baru dengan minda terbuka akan mencapai satu kesimpulan yang jelas: penulis-penulis Perjanjian Baru mengisytiharkan Isa Al-Masih sebagai Allah dalam bentuk manusia.

Fakta Empat: ROH KUDUS ITU ALLAH

Apabila dua ahli gereja di Yerusalem berbohong kepada Roh Kudus, Rasul Petrus mengingatkan mereka bahawa mereka telah berbohong kepada Allah: Oleh itu Petrus berkata kepadanya, “Ananias, mengapa kamu membiarkan Iblis menguasai hatimu, sehingga kamu berdusta terhadap Roh Allah . . . Kamu tidak berdusta terhadap manusia, tetapi terhadap Allah!” (Kisah Rasul-Rasul 5:3-4). Ini ialah satu daripada kisah paling jelas di mana Roh Kudus dipanggil Allah dan hukuman yang dikenakan atas Ananias (hukuman maut) adalah hukuman yang biasa untuk dosa terhadap Allah. Roh Kudus BUKAN satu kuasa atau pengaruh tetapi satu peribadi yang boleh dilukai dan juga yang membawa kasih, sukacita dan damai. Dia memiliki personaliti dan diperkenalkan sebagai satu peribadi. Yesus memperkenalkan dia sebagai satu peribadi dan menyamakannya dengan Allah bapa dalam doanya: Aku akan mengutus Penolong yang berasal daripada Bapa kepada kamu. Dia Roh yang akan menunjukkan apa yang benar tentang Allah (Yohanes 15:26).

Jadi, kita sekarang telah sampai kepada satu dilema. Bagaimana Allah boleh SATU tetapi Dia Bapa, Anak dan Roh Kudus? Apakah penjelasan yang paling sesuai untuk menjelaskan empat fakta ini tanpa membingungkan atau menyesatkan seseorang yang ingin memahami kenyataan Alkitab tentang diri Allah? Sememangnya ia satu misteri walaupun ada banyak contoh dilema ini dalam Alkitab. Seterusnya kita akan memberi perhatian kepada beberapa contoh Allah Triniti dalam Alkitab.

Contoh-Contoh Triniti

Penglibatan Triniti dalam penciptaan dunia
Allah Bapa
Dalam masa enam hari Aku, TUHAN, telah menciptakan bumi, langit, laut, dan semua yang ada di dalam segalanya itu, tetapi pada hari ketujuh Aku berehat. (Keluaran 20:11)

Allah Anak
Allah menjadikan segala sesuatu melalui Dia (Isa Al-Masih). Tiada sesuatu pun di semesta alam ini yang dijadikan tanpa Dia. (Yohanes 1:3)

Allah Roh Kudus
Roh Allah telah menciptakan aku, dan nafas Yang Maha Kuasa memberi hidup kepadaku. (Ayub 33:4)

Penglibatan Triniti dalam pembaptisan Isa Al-Masih dalam air
Setelah Isa dibaptis, Dia keluar dari air sungai itu. Tiba-tiba langit terbuka dan Isa nampak Roh Allah turun seperti burung merpati ke atas-Nya. Kemudian terdengar suara Allah berfirman, “Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku.” (Matius 3:16,17)

Terdengar suara Allah Bapa.
Isa dipanggil oleh Allah “Anak-Ku”.
Roh Allah turun ke atas Isa Al-Masih.
Triniti dalam formula baptisan air
Baptislah mereka dengan menyebut nama

Bapa
Anak, dan
Roh Allah (Matius 28:19)

Triniti dalam contoh yang diberi Rasul Paulus dalam Efesus 4
Roh Kudus
Hanya ada satu tubuh dan satu Roh . . . (ayat 4)

Anak (perkataan ‘Tuhan’ atau ‘Lord’ sering dipakai untuk Isa Al-Masih)
Hanya ada satu Tuhan, satu iman, satu baptisan . . . (ayat 5)

Allah Bapa
. . . dan satu Allah, Bapa semua orang. Dialah Tuhan semua orang, yang bekerja melalui orang, dan tinggal di dalam semua orang. (ayat 6)

Triniti dalam doa pemberkatan
Tuhan Yesus Kristus memberkati kamu,
Allah mengasihi kamu, dan
Roh Allah menyertai kamu semua. (2 Korintus 13:13)
Ini hanya beberapa contoh di mana ketiga-tiga peribadi Allah dilihat bersama, setaraf dan sama-kekal (Kisah Para Rasul 2:33). Contoh-contoh kewujudan Allah yang bersifat esa tetapi tiga yang banyak dalam Alkitab menjadikan akidah ini satu akidah utama iman Kristian. Setakat ini kita sudah melihat bahawa Allah esa dan adalah tiga peribadi. Ketiga peribadi ini bukan tiga Allah yang berasingan mahupun satu Tuhan yang menyatakan (atau menjelma) diriNya dalam tiga rupa atau oknum. Yang pasti, ada perbezaan di antara ketiga peribadi Allah khususnya dalam perhubungan dan kerja mereka. Seringkali para Muslimin dan muslimat telah membuat salah tanggapan bahawa umat Kristian itu menyembah ‘tiga Tuhan’ iaitu “Tri-theisma” dan ini adalah jauh sekali dari hakikatnya yang sebenar! Umat Kristian mempunyai pegangan yang teguh kepada KEESAAN ILAHI sepertimana yang telah diajar oleh Hazrat ‘Isa serta hawarii dan pengikut2-Nya sendiri.

Perbezaan Dalam Triniti

Walaupun setiap peribadi Allah itu berbeza mereka masih bersatu. Perkataan ‘peribadi’ dalam konteks Triniti membawa maksud walaupun setiap peribadi ini sedar-kendiri dan arah-kendiri, mereka tidak berfungsi bersendirian atau bertentangan dengan satu sama lain. Ada tiga peribadi yang berbeza dengan identiti tersendiri dalam sifat-sifat dan tugas-tugas mereka. Alkitab mengakui adanya perbezaan yang jelas antara ketiga peribadi Allah ini. Seorang guru Kristian, Kevin Conner, menyatakannya begini:

Anak menyedari Allah sebagai peribadi yang berbeza darinya (Yohanes 5:32,37)
Bapa dan Anak dibezakan sebagai Yang Memberi dan Yang Diberi (Yohanes 1:14-18, 3:16)
Anak sedar bahawa Dia dihantar oleh Bapa dan bahawa Roh Kudus akan dihantar dari Bapa melalui Anak (Yohanes 10:36, 14:16f, 15:26)
Maka ada satu kemajmukan tugas di mana ketiga-tiga peribadi mempunyai tugas yang berbeza tetapi bekerjasama dalam kesatuan, setiap satu bergantung kepada yang lain.

Ada juga satu tahap penundukan: Bapa dahulu, Anak kedua dan Roh ketiga. Bapa bekerja melalui Anak oleh Roh. Sifat-sifat ini tidak berubah dan menjadi tanda-tanda jelas perbezaan peribadi-peribadi dalam Allah. Bapa selalu dipaparkan sebagai penyebab segala sesuatu (Kejadian 1:1), yang memulakan proses keselamatan (Yohanes 3:16) dan yang mengutus (Yohanes 1:10-12). Anak dilihat sebagai Firman yang kekal (Yohanes 1:1-3), anak Allah yang tunggal (Kolose 1:19, 2:9) dan wahyu Allah yang nampak dalam bentuk manusia (Ibrani 1:3). Roh Kudus ialah yang keluar dari Bapa melalui Anak (Yohanes 15:26), Dia yang menginsafkan manusia akan dosa mereka (Yohanes 16:8-11) dan yang bersaksi bahawa kita ialah anak-anak Allah (Roma 8:15-16).

Sebagai kesimpulan, marilah kita membaca apa yang ditulis Dr. Dale pada kurun kesembilan belas: “Dari kekekalan hingga kekekalan Allah ialah Bapa, Anak dan Roh Kudus. Bapa ialah Allah tetapi bukan tanpa Anak atau Roh Kudus. Anak ialah Allah tetapi bukan tanpa Bapa atau Roh Kudus. Roh Kudus ialah Allah tetapi bukan tanpa Bapa atau Anak. Hanya ada satu Allah tetapi di dalam Allah ada tiga peribadi. Mereka bukan tiga Allah, tetapi di dalam kehidupan dan kewujudan Allah, ada tiga pusat kesedaran, kehendak dan aktiviti, dan mereka ini kita kenal sebagai Bapa, Anak dan Roh Kudus.”

Ilustrasi-ilustrasi Triniti

Maka adalah jelas bahawa Triniti itu satu fakta jelas dalam Alkitab. Tetapi seperti yang dinyatakan diawal tulisan ini, ianya satu misteri dan satu kebodohan kepada ramai orang. Maka dalam berkomunikasi banyak ilustrasi telah dihasilkan untuk membantu minda manusia yang terhad untuk memahami kebenaran ini (walaupun ianya tidak berjaya dilakukan sepenuhnya). Perlu saya katakan di sini bahawa banyak daripada ilustrasi yang telah diberi adalah salah dan telah membantu mengeruhkan fahaman orang tentang akidah ini. Berikut adalah beberapa contoh yang lebih logik dan boleh membantu pemahaman.

Perkataan-perkataan untuk Allah yang esa
Kali pertama nama Allah disebut dalam Alkitab (Kejadian 1:1) perkataan Ibrani ‘Elohim” ialah perkataan yang dipakai. Perkataan ini bermaksud Allah tetapi dengan erti kemajmukan dalam kesatuan.
Perkataan Ibrani untuk perkataan ‘esa’ pula, yang dipakai untuk menyatakan Allah itu satu dalam Alkitab, bukanlah perkataan ‘yachead’ yang bermaksud ‘angka satu’ tetapi ‘echad’ yang bermaksud ‘satu sebatian atau kesatuan terkumpul yang terdiri dari lebih satu peribadi.” Satu contoh biasa penggunaan perkataan ini ialah dalam Kejadian 2:24 di mana dikatakan pasangan yang sudah berkahwin telah menjadi satu (echad). Pengertian yang sama juga boleh ditemui dalam Perjanjian Baru di mana perkataan ‘heis’ digunakan dan bukan ‘monos’. ‘Heis’ bermaksud “satu metafora untuk menyatakan kesatuan dan kerukunan.” Jelaslah bahawa dari perkataan-perkataan yang dipilih, konsep satu kesatuan lebih disukai daripada angka satu.
Dalam Kejadian 1:26 kemajmukan Allah dinyatakan apabila dicatat: Sekarang Kita akan mencipta manusia yang akan menjadi seperti Kita dan menyerupai Kita . . . Penggunaan perkataan ‘Kita’ di sini membawa maksud majmuk (seperti dalam Bahasa Arab, perkataan Ibrani untuk ‘kita’ bermaksud tiga atau lebih). Ketiga-tiga peribadi Allah terlibat dalam penciptaan manusia. Perlu saya nyatakan di sini bahawa di dalam Al-Quran pun, penggunaan perkataan majmuk ketika Allah bercakap sering dipakai. Contohnya dalam Surah Maryam 19:67 di mana ada tertulis: Tiadakah manusia ingat, bahawa Kami telah menjadikannya dahulu, sedang dia belum ada suatupun.
Contoh-contoh dari Alkitab
Ada beberapa contoh menarik dalam Alkitab yang boleh dipakai untuk menjelaskan konsep Triniti. Walaupun begitu, harus saya nyatakan bahawa kebanyakan contoh berikut agak lemah dan kurang tepat:

Bahtera Nabi Nuh. Bahtera itu mempunyai tiga tingkat walaupun hanya satu bahtera. Ini boleh dipakai untuk mewakili ke tiga peribadi Allah dari segi identiti mereka.
Semak yang terbakar dihadapan Nabi Musa. Suara yang kedengaran mewakili Allah Bapa (Keluaran 3:4-6), semak yang terbakar mewakili Anak, Akar dan Cabang (Yesaya 11:1-2) dan api mewakili Roh Kudus.
Contoh-contoh dari alam semulajadi
Dari sejarah, banyak ilustrasi dari alam semulajadi yang telah dipakai untuk menerangkan konsep Triniti. Dalam setiap kes di bawah, kita dapat lihat tiga aspek yang jelas, tetapi setiap darinya lengkap dan menyumbang kepada satu unit (satu kesatuan yang sempurna). Sekali lagi perlu saya nyatakan bahawa kebanyakan contoh berikut agak lemah dan kurang tepat:

Daun ‘shamrock’ atau ‘clover’ yang mempunyai tiga bahagian pada satu daun.
Cahaya dan tiga komponennya: kimia, cahaya dan haba
Air dalam tiga keadaan: gas, cecair dan pepejal
Komposisi air: Islam memandang Allah sebagaimana orang biasa memandang satu titik air – hanya satu gumpalan cecair. Orang Kristian memandang Allah sebagaimana seorang saintis melihat satu titik air –sebagai persekutuan tiga molekul (2 hidrogen dan satu oksigen). Satu titik air tetapi tiga molekul yang bersatu. Seorang saintis yang mengetahui ini tidak pernah terfikir ada tiga air seperti mana orang Kristian tidak pernah terfikir ada tiga Allah!
Segitiga – satu tetapi mempunyai tiga sudut
Satu lelaki tetapi tiga identiti: bapa, anak dan suami
Satu perempuan tetapi tiga identiti: isteri, ibu dan anak perempuan
Alam semesta terdiri dari ruangan, benda dan masa
Masa dalam tiga komponen: masa lalu, masa sekarang dan masa akan datang
Komposisi manusia
Bagi saya ini ialah contoh yang paling dekat kepada konsep Triniti dan sesuai dijadikan ilustrasi bagi komposisi Allah yang tritunggal.

Manusia ialah makhluk majmuk yang mengandungi tiga komponen yang berbeza tetapi saling berkait: tubuh, jiwa dan roh. Dalam 1 Tesalonika 5:23 kita dapat membaca: Semoga Allah menjaga roh, jiwa dan tubuh kamu, sehingga tidak cacat cela pada masa Tuhan kita Isa Al-Masih datang kembali. Manusia adalah satu triniti sama seperti Allah. Ini tidak menghairan kerana Allah dengan sengaja telah memilih untuk menciptakan manusia dalam imejNya – komposisi manusia adalah satu penyataan komposisi Allah kerana manusia telah diciptakan mengikut gambaran Allah. Dari buku Kejadian, yang menjelaskan penciptaan manusia, ada tercatat: Demikianlah Allah menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diriNya sendiri. Dia menciptakan mereka lelaki dan perempuan (Kejadian 1:27).

Akhirnya, perlu saya akui bahawa semua contoh-contoh ini hanya satu bayangan yang malap, dan bersama elemen-elemen rohani yang lain, memberi satu gambaran kepada kita bahawa, jika diterokai dengan mendalam, apa yang dimaksudkan dengan Triniti. Triniti sememangnya satu misteri dan tidak ada ilustrasi yang tepat dan sempurna. Kita hanya mempunyai kenyataan-kenyataan yang hebat dan bermisteri dari Alkitab. Walaupun begitu, ilustrasi-ilustrasi ini ada gunanya tetapi pemahaman serta penerimaan kita akan akidah Triniti tidak bergantung atasnya. Allah lebih baik menyampaikan apa yang telah dinyatakan oleh Alkitab dan membenarkan manusia yang beriman kepada Allah membuat pilihan menerima dan mempercayainya.

Nilai Akidah Ini

Ada bahayanya akidah ini dianggap satu beban yang perlu ditanggung kerana ianya telah dinyatakan dalam Alkitab. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana akidah Triniti adalah satu hal yang penting dan perlu untuk fahaman kita tentang Allah serta implikasinya kepada Kekristianan keseluruhannya.

Pertama, ini ialah keadaan Allah yang paling masuk akal sejak kekekalan lampau. Jika Allah bukan satu triniti maka adalah sukar untuk melihat bagaimana Allah dengan tiba-tiba mencipta alam semesta dan manusia (satu subjek peribadi) tanpa satu objek peribadi yang wujud sejak kekekalan. Dengan penciptaan manusia dalam imej Allah yang tritunggal, maka masalah ini telah diselesaikan kerana ianya mengimbaskan bagaimana keadaan Allah sejak dari kekekalan dengan sifat-sifat peribadi seperti kasih, persekutuan dan tujuan.

Kedua, ini adalah satu-satunya cara untuk menjelaskan kerja penyelamatan manusia oleh Allah melalui Isa Al-Masih dalam Yohanes 3:16.

Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan AnakNya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.

Adalah sukar untuk dibayangkan bagaimana Allah boleh mengosongkan diriNya dan datang sebagai manusia di bumi serta mati tetapi pada masa yang sama merupakan Allah yang sentiasa ada dan memerintah di syurga. Akidah Triniti memberi satu penjelasan alternatif:

Allah (Bapa) sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan AnakNya (peribadi kedua dalam Triniti) yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya (melalui penginsafan dan bantuan Roh Kudus, peribadi ketiga Triniti, Yohanes 16:8, Efesus 2:8) kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.

Ketiga, Triniti memberi satu contoh praktikal bagaimana perintah mengasihi satu sama lain (1 Yohanes 3:1) dilaksanakan datu satu persekutuan. Kasih antara Bapa, Anak dan Roh Kudus serta kesatuan mereka dalam tujuan menjadi satu peringatan yang tetap kepada panggilan Allah kepada kita untuk saling mengasihi. Triniti merupakan asas utama semua persekutuan dalam dunia ini.

Keempat, Allah yang tritunggal juga bermaksud Allah boleh berkomunikasi. Allah bukan Allah yang bisu. Sejak kekekalan telah ada komunikasi antara peribadi-peribadi Allah. Jika Allah ialah satu persekutuan dengan diriNya, maka Dia boleh membenarkan persekutuan itu keluar kepada ciptaan-ciptaanNya dan Dia sendiri boleh berkomunikasi dengan mereka.

Kelima, adanya Triniti bermaksud adanya kemajmukan dan variasi dalam alam semesta ini. Ada kepelbagaian dalam Allah dan ciptaanNya menampilkan kepelbagaian Penciptanya. Tidak ada dua pokok atau manusia yang sama – Allah bekerja dalam ciptaanNya untuk memastikan tanda kepelbagaianNya dalam satu unit tetap nampak. Tidak ada kesamaan yang membosankan atau satu skala kesamaan pola yang besar dalam ciptaan Allah kerana alam semesta mencerminkan Pencipta mereka yang bersifat triniti.

Keenam, Triniti menjelaskan bagaimana Allah boleh tinggal di dalam kita. Allah bukan hanya satu kuasa atau pengaruh tetapi satu Peribadi hidup yang diam dalam kita tetapi pada masa yang sama di sekeliling kita dan memerintah di syurga. Inilah hidup yang sejati – mengetahui bahawa Allah diam di dalam kita.

Allah sebagai Triniti memberi kepada kita contoh terbaik kesatuan dan persekutuan yang perlu ada dalam gereja dan keluarga. Ianya juga menjelaskan usaha keselamatan manusia oleh Allah khasnya inkarnasi Isa Al-Masih dan pendiaman Roh Kudus dalam orang percaya.

Kesimpulan

Anda mungkin berkata, “Jawapan anda tidak masuk akal, tidak logik, tidak waras.” Inilah satu daripada luahan hati ramai orang yang berusaha memahami akidah Triniti. Ini sudah dijangkakan dan sememangnya benar! Banyak yang tertera dalam Alkitab tentang Allah dan tindak-tandukNya tidak masuk akal. Alkitab memberi sebabnya:

TUHAN berfirman, “Fikiran-Ku bukan seperti fikiran kamu, dan jalan-Ku bukan seperti jalan kamu. Setinggi langit dari bumi setinggi itulah jalan-Ku daripada jalanmu, dan fikiran-Ku daripada fikiranmu” (Yesaya 55:8-9)

Akidah Triniti dan akidah-akidah Kristian yang lain banyak kali tidak dapat difahami sepenuhnya oleh akal budi manusia. Sesungguhnya minda manusia (selogik dan sebijaknya) sangat kecil, rendah dan terhad – usahanya untuk memahami minda Allah serta memproses maklumat-maklumat mengenai Allah yang maha kuasa akan sentiasa mencapai kebuntuan.

Mana-mana wahyu yang mengaku sumbernya adalah Allah tetapi isi maklumatnya sangat logik dan senang diterima akal minda manusia tidak sememangnya dari Allah tetapi kemungkinan besar dari satu minda yang setaraf dengan manusia, tidak lebih tinggi, setinggi langit dari bumi.

Fikiran Allah dan penyataannya kepada manusia akan selalu menghadapi risiko sukar difahami, seperti mana seorang profesor matematik cuba menerangkan teori matematik kepada seorang pelajar darjah satu. Minda kanak-kanak itu tidak dapat menangkap segalanya dan kanak-kanak itu adalah bodoh untuk menolak kenyataan profesor matematik itu atas sebab mindanya tidak dapat memahami penyataan profesor itu; atas alasan tidak logik, tidak masuk akalnya yang dangkal. Tindakan yang lebih bijak ialah mengakui kedangkalan minda yang terhad, mengakui hikmat profesor itu dan dengan sabar cuba mempelajari dan memahami kenyataan-kenyataannya.

Begitu jugalah tindakan yang sewajarnya bagi setiap insan yang berusaha menyelidiki konsep Triniti yang terkandung dalam Alkitab. Usaha ini sememangnya memerlukan kesabaran dan kerendahan hati untuk diterima. Marilah kita berusaha mengenal Allah dan penyataanNya, yang tidak seperti fikiran dan jalan kita.

Kita boleh pelajari banyak hal dari akidah ini – ia adalah model untuk manusia sejagat, gereja sedunia dan rumahtangga tempatan. Akidah ini membuat kita kagum dengan kebesaran, misteri dan kehebatan Allah. Banyak akidah-akidah Kristian yang lain sama ada bergantung kepada akidah ini atau dilahirkan darinya.

Tugas kita bukan untuk menciptakan kebenaran atau mengubah kebenaran supaya ianya senang diterima. Tugas kita adalah untuk bergantung kepada kebenaran-kebenaran Allah yang telah dinyatakan. Akidah Triniti ini akan mengganggu susunan logik yang teratur dalam minda kita, tetapi kenyataannya ialah bahawa ianya diajar dalam Alkitab. Janganlah kita mengubahsuai Alkitab tetapi dengan iman menerima kebenaran-kebenarannya termasuk kenyataan bahawa Allah yang esa ialah Allah Triniti.

Gambar2 Pencemaran Masjid di Dunia – termasuk Syeikh Azhar

August 30, 2010
Ketika dunia Islam lain bergerak pantas menggamit umat manusia kepada Islam tetapi pemerintah UMNO masih lagi bagai katak didalam gelas kaca. Mereka melihat perkembangan drastik orang memeluk Islam khususnya di Eropah dan Amerika hatta menjangkau 200% tetapi di Malaysia, Islam di ISAkan oleh UMNO. Terkongkong dalam selaput yang dicipta oleh UMNO sendiri. Sudahlah perkembangan Islam lambat bahkan ramai pula orang melayu yang murtad. Ini disebabkan sikap dan cara berpolitik UMNO yang tidak menguntungkan Islam tetapi hanya sekadar keuntungan sementara yang ingin diraih oleh UMNO-BN. Sentiasa mengapi-apikan perbalahan agama dan kaum demi meraih politik murahan.
Ketika Majlis fatwa telah mengeluarkan hukum berkait keharusan bukan Islam mengunjungi masjid sebagaimana yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta’abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

Dan memang itu pun yang dilakukan oleh umat Islam diluar Malaysia yang merupakan amalan yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah Saw dan para sahabat. Masjid merupakan pusat pemerintahan, pusat pentadbiran, pusat kehakiman, tempat ibadah, tempat pertemuan duta-duta asing yang ingin menemui Rasulullah Saw maupun khalifah selepas baginda.

Kita lihat gambar-gambar dibawah bagaimana menggambarkan perkembangan dakwah yang pesat terhadap mereka yang bukan Islam yang menjadikan masjid sebagai pusat maklumat dan penyebaran Islam dinegara selain Negara kita. Bagi UMNO semua ini adalah pencemaran terhadap kesucian masjid dan penghinaan terhadap Islam.
1. Masjid Lakemba di Sydney yang merupakan antara tertua dan terbesar. Mereka mengundang bukan Islam serta memberi penjelasan berkait kekeliruan tentang Islam. Mereka sentiasa mengadakan hari terbuka yang member banyak manfaat dakwah. Sheikh Yahya Safi, sebagai imam yang merupakan kelahiran lubnan menyebut ianya memberi ruang untuk berdialog serta menolak salah-faham terhadap Islam. Bahkan ramai yang terbuka hati dan mendapat hidayah dan memeluk agama Islam

2. Lebih 2,000 masjid di Jerman telah mengadakan Hari khusus pada hari Rabu dan terbuka kepada umum termasuk bukan Islam untuk mengunjungi masjid, melihat ibadah umat Islam dan bertanyakan tentang Islam.

3. 3 May 2010, pihak Masjid Makkah di United Kingdom telah mengadakan pameran Islam secara tahunan dan dikunjungi oleh rombongan setiausaha kerajaan Alan Johnson. Mereka sempat melawat dan megadakan dialog dan perbincangan didalam masjid tersebut.

4. Sempena Ramadhan The Golden Mosque Lower Sheriff Street, Rochdale telah mengadakan hari terbuka dengan mengundang orang ramai termasuk bukan Islam untuk berbuka puasa dan mendapat taklimat tentang islam didalam masjid yang dikendalikan oleh imam selaku pengerusi masjid iaitu Tahir Mahmood.

5. Pusat Islam London .Terletak di Regent Park yang sibuk dengan orang-ramai khususnya hari jumaat yang menampung 10,000 jamaah. Para pelawat akan diberi penerangan oleh Pegawai Perhubungan Awam pusat Islam tersebut iaitu Omar Saddique. Beliau memberi penjelasan tentang Islam dan setiap persoalan yang diutarakan oleh para pelawat didalam masjid tersebut.

6. Di Durban, Masjid dan selaku Pusat Islam yang pernah diasas dan dikelolakan oleh Syeikh Ahmad Deedat iaitu IPCI, seorang pendakwah tersohor telah menyediakan hari lawatan khusus kepada non muslim sebagai Mosque Tours dan memberi penjelasan tentang ibadah dan penerangan tentang islam dan perbandingan agama. Khususnya amalan para nabi yang ditinggalkan oleh Yahudi dan nasrani tetapi diamalkan oleh umat Islam seperti membuat kasut sebelum masuk ke tempat suci (masjid), berwudhu dengan membersih diri, kiblat, cara iabadah dengan sujud dan ruku’ yang merupakan amalan para nabi semenjak bani Israel lagi. Ramai yang tertarik dan akhirnya memeluk Islam disitu.

7. Lihat bagaimana Obama sendiri yang menziarahi masjid turut membuka kasut beliau untuk masuk ke ruang solat. Bahkan Pope sebagai ketua agama Kristian Khatolik juga masuk ke masjid dalam lawatannya ke negara Arab. Kalau berlaku di Malaysia nescaya berlakulah kiamat.

8. Masjid al-Azhar sendiri membenarkan pelawat bukan Islam memasuki ruang dalaman masjid termasuklah Putera Charles dan Lady Diana dengan ditemani oleh Syeikh Azhar ketika itu iaitu Syeikh Tantawi. Kalau kat Malaysia mungkin Majlis Agama menghambat mereka kot?.

Bahkan banyak masjid-masjid lain diseluruh dunia menganjurkannya. Termasuk di Malaysia sendiri kecuali apabila timbulnya isu YB DAP dari parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan kejadian masuk ke Surau Huda di Kajang. Beliau telah mendapat keizinan drp pihak pengurusan surau utk memasuki ruang solat bagi menyampaikan bantuan kpd surau tersebut dan bukannya member tazkirah tetapi sekadar ucapan sempena pemberian bantuan kepada surau tersebut. Beliau juga turut berbuka puasa bersamaah muslimat disitu. Ia telah dipolitikkan oleh UMNO-BN sebagai mencemari tempat suci Islam.

Apakah hukumnya yang sebenar?
Hukum bukan Islam masuk MASJIDIL HARAM

Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki masjidil haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat al-Quran:-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu kotor, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini.. (At-Taubat : 28)
Berdasarkan dua ayat ini, majoriti ulama dari kalangan mazhab maliki dan Syafie melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, namun demikian dibenarkan bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu.
Satu lagi adalah :-
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقْرَبُواْ الصَّلاَةَ وَأَنتُمْ سُكَارَى حَتَّىَ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ
Ertinya : “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu salat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja.” ( 4:43 )
Imam Abu Hanifah pula menyatakan non-muslim dibenarkan untuk memasuki masjidil haram sekadar lalu, namun tidak dibenarkan untuknya duduk dan menetap di sana (sebagaimana sebahagian umat Islam); ini kerana beliau berpandangan, ‘kotor’ yang disebut di dalam ayat itu hanyalah membawa maksud kekotoran syirik yang melibatkan hati bukannya kekotoran fizikal. Lebih dari itu, Ibn Hajar menyatakan mazhab Hanafi membenarkan bukan Islam memasuki masjid tanpa syarat.
Imam Ahmad Hanbal pula menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah seperti pembinaan dan maintainance. Beliau mengambil dalil iaitu penduduk Taif dibenarkan oleh nabi s.a.w untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam.

Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, nabi menyebut kepada sahabat
“Biarkan mereka (untuk menyelesaikan sembahyang mereka)”
Selain itu, Imam Al-Bukhari juga ada membawakan sebuah hadis yang menyebut bagaimana seorang bukan Islam bernama Thamamah ibn Athal, diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditangkap atas kesalahan tertentu),
بعث رسول اللَّهِ خَيْلًا قِبَلَ نَجْدٍ فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ من بَنِي حَنِيفَةَ يُقَالُ له ثُمَامَةُ بن أُثَالٍ فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ من سَوَارِي الْمَسْجِدِ
Ertinya : Rasulullah s.a.w menghantar seorang berkuda di arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah ( sedang mengintip) yang bernama Thumamah Bin Uthal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Selepas tiga hari, akhirnya setelah dia melihat bagaimana umat islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya yang sentiasa bertanya keadaannya, dia akhirnya memeluk Islam kerana tertawan melihat keindahan kehidupan dan ibadah umat Islam.

HUKUM MASUK MASJID SELAIN MASJIDIL HARAM

Imam Ibn Hajar Al-‘Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap MELARANG bukan Islam memasuki masjid manakala Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi membenarkan bukan Islam untuk memasuki masjid-masjid lain dengan syarat-syarat tertentu. Beliau juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah tersebut.
Imam Nawawi menghuraikan :
Melihat kepada hadis ini, harus hukumnya mengikat tawanan dan menahannya serta harus juga seorang yang bukan Islam untuk memasuki masjid. Mazhab Syafie : menyatakan keharusannya dengan syarat terdapat keizinan dari umat Islam sama ada kafir itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya. (Syarah Sohih Muslim, 12/87)

Imam Al-Mawardi As-Syafie membawakan pula teks kata-kata Imam Syafie dalam hal ini iaitu :-

ولا بأس أن يبيت المشرك في كل مسجد إلا المسجد الحرام
Ertinya : Tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram. ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)

Permasalahannya hanya satu kerana si pelaku bukan UMNO. Kalau UMNO dia menjadi halal semata. Ketika orang lain dilarang berceramah didalam masjid tetapi untuk UMNO halal. Ketika orang lain haram mendedahkan aurat dalam masjid tetapi jika UMNO jadi halal. UMNO nampaknya hanya layak menjadi terompah untuk ke jamban masjid sahaja. Inilah sebenarnya punca pencemaran terhadap Islam di Malaysia sebagai wakil penjajah selepas kemerdekaan. Munasabahlah mereka mengambil APCO Zionis sebagai penasihat hanya untuk mengkucar-kacirkan umat Islam di Malaysia. Penaja 1 Malaysia ini sebenarnya pengamal teroris di Malaysia.

artikel oleh : http://ustsaifulbahri.blogspot.com/2010/08/gambar2-pencemaran-masjid-di-dunia.html

Review Film: INCEPTION

August 1, 2010

Inception adalah sebuah film realiti yang dipaparkan dalam bentuk yang sangat nyata dan jelas mengenai kerja kerja doktrin yang dibuat oleh SAITO yang saya anggap sebagai watak SYAITAN & IBLIS yang ada didunia ghaib.

SAITO yang merupakan salah satu watak dalam film ini, pada permulaan cerita merupakan orang yang menguji kemampuan realiti yang diciptakan oleh COB (watak Leonado D Caprio).

Sekiranya anda menonton cerita ini sekadar menonton sebuah cerita hiburan, sesungguhnya anda berada di layer pertama mimpi sebuah dunia yang diciptakan syaitan.

Sekiranya anda menonton film ini sebagai sebuah realiti, saya harap anda teruskan membaca.

Baiklah, tahukah anda yang mimpi mimpi yang diceritakan didalam film ini adalah sebuah hakikat minda bawah sedar yang diketengahkan sebagai tempat membina dunia yang mereka ingini? *(Mereke = DAJJAL = lihat video The Arrivals)

Minda bawah sedar yang diciptakan oleh mereka telah berjaya dibina dengan jayanya didunia realiti hari ini.

Siapa yang mengatakan kepada anda, tanpa memiliki FACEBOOK dizaman ini, anda adalah orang yang ketinggalan zaman? (anda sendiri)

Siapa yang mengatakan kepada anda, memakai tudung itu belum sampai masanya? (anda sendiri)

Siapa yang mengatakan kepada anda, menggunakan telefon bimbit yang lama adalah outdated? *(anda sendiri)

Setiap kali saya mengatakan “anda sendiri” ia adalah hasil dari pemikiran yang telah diciptakan oleh tentera SAITO untuk meyakini bahawa dunia ini adalah realiti yang harus dipercaya.

Kenapa anda harus meyakini dunia anda hari ini?

Dunia ini adalah dibawah telunjuk SAITO dan bala tenteranya.

Sekiranya anda perhatikan dengan baik, watak SAITO dimulakan sebagai seorang yang sangat tua. Bukankah SYAITAN dan IBLIS yang ingkar kepada ALLAH berusia lebih tua dari penciptaan manusia? Berapa usianya? tiada siapa pun yang tahu?

SAITO juga digambarkan didalam film tersebut sebagai orang yang cedera dan harus diselamatkan untuk mencapai impian seorang manusia yang  berada didalam dilema?

Kesimpulan dari kisah SAITO, yang berjanji menyelamatkan COB adalah sebuah pembohongan semata mata yang kesudahannya membiarkan si COB terus berada di dunia mimpi tanpa realiti yang hakikat realiti itu hanya pada minda dan pemikiran mereka yang percaya.

TAHNIAH kepada film inception kerana memaparkan kerja kerja SYAITAN dan TENTERAnya yang boleh difahami dalam masa 2 jam.

Kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah kawan kawanku.

Salam.

FOREX : Money Management

July 25, 2010

Money Management merupakan salah satu perkara yang penting didalam pasaran FOREX. Ramai yang bertanya kepada saya tentang money management didalam FOREX. Antara soalan yang saya terima adalah

- berapa leverage dan berapa equity yang diperlukan.

- berapa besar lot yang boleh dilaburkan utk sesuatu sesi.

Soalan paling maut pernah saya terima adalah, bolehkah dengan RM4,000 dijadikan menjadi RM200,000 dalam masa sebulan. (huhu.. agak agaklah.. boleh kah? Hahaha)

Pengurusan Wang adalah satu ilmu yang harus dipelajari oleh setiap manusia yang hidup di zaman ini. Saya mengakui, sejak zaman sekolah, saya adalah seorang anak yang senang dengan wang. Wang bukan masalah pada saya kerana orang tua saya sentiasa menyediakan keperluan saya. Terima kasih pada ibu bapa saya sekali lagi.

Kalau difikirkan tentang FOREX Money Management, ia adalah sebuah keperluan kehidupan. Ia adalah sebuah imbangan yang harus dititikberatkan dalam apa jua keadaan, bukan sahaja didalam pasaran FOREX.

Saya berkata kepada seorang teman di FB, kalau pendapatan bulanan kita adalah sebanyak RM1000, adakah kita akan berbelanja sebanyak RM1000? Saya yakin kepada individu yang faham, RM1000 itu akan dibelanjakan kepada keperluan dan kehendak yang bersesuaian dengan kepentingan diri dan keluarga. Setiap orang mempunyai corak perbelanjaan masing masing.

Demikianlah dipasaran FOREX. Pengurusan Wang bermula semasa kecil dan ibu bapalah orang yang pertama akan mengajar apa itu pengurusan wang.

FOREX Money Management adalah cabaran terbesar bagi seseorang trader.

Bagi saya, DISIPLIN dan keinginan terhadap keuntungan harus menjadi imbangan didalam diri seorang Trader.

Secara teknikalnya, seseorang Trader harus sentiasa membuat ulangkaji pasaran yang sentiasa berubah ubah.

Kepada rakan rakan TRADER, anda tahu bahawa FOREX adalah lautan wang.

Selamat berlayar!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 46 other followers