Airport KKIA Belum Siap, Parking Kena Bayar.
July 1, 2008 by irwan idris
Sabah sedang menuju projek koridor dan salah satu projek tersebut sudah tentu melibatkan penaikkan taraf Airport Kota Kinabalu. Projek penaik taraf Airport tersebut masih dijalankan dan belum nampak tanda tanda airport ini akan siap dalam masa terdekat. Namun, apa yang paling menyakitkan hati penduduk Sabah yang perlu berurusan dengan Malaysia Airlines di KKIA ini, tempat letak kereta yang terletak hampir 200 meter dari lapangan terbang ini beroperasi seperti pusat membeli belah yang sudah beroperasi dengan baik dan layak menerima pembayaran. Tiada kata mampu menggambarkan selain dari gambar gambar yang terbaru diambil iaitu pada 23 June 2008.
macam best kan? belum siap tu… jgn berangan!
baru naik taraf suda kena bayar, hmmm… boring!
tolak la barang kamu dari kereta… kasian.
masi lagi pakai airport lama. tu yang didepan tu. Jauh kan? huhu…
ambik tiket! jgn nda ambik!
bukan setakat diluar belum siap. Kerusi dalam kaunter MAS pun macam tiada bajet untuk dibaiki. Pakai selotep jak.
kepada yang haus.. tolong jangan dekat dengan mesin bodoh ni. Terletak sebelah pintu M.A.S. Telan duit. Warning!!! Tet Tet Tet!!!
sudah la jauh… naik tangga bergerak pulak. Tapi… tak boleh bawa troli. Mmg best!
IRWAN IDRIS
Posted in Sabah | Tagged Airport, Anwar ibrahim, Keadilan, KK, pembangunan, PKR, Sabah | No Comments Yet
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.