Bicara politik di kejauhan ini, Lahad Datu hanyalah sebuah daerah yang jauh dan banyak tertinggal dalam banyak aspek. Melihat kepada keadaan fizikal pertumbuhan pembangunan infrastruktur, sudah menggambarkan betapa daerah ini mungkin tertinggal 20 tahun dari pembangunan di negeri negeri di Semenanjung Malaysia. Begitulah jua dengan pemahaman politik disini.

Aku sering mencabar rakan sebaya malah lebih muda, bawakan aku seorang yang sebaya dengan aku dan pastikan dia pro UMNO. Tolong jelaskan pada aku apa yang UMNO sudah lakukan untuk kebaikan masyarakat serta graduan menganggur di seluruh negeri Sabah. Aku yakin, jawapannya adalah… tiada.
Aku juga bicara tentang politik dengan orang yang jauh lebih dulu mengenal politik dari apa yang aku tahu, hampir kesemua generasi lama menyatakan “zaman mahathir lebih baik.”
Jawapan ini cukup jelas membuktikan kejayaan Dr M selama 22 tahun memerintah Malaysia dan menanam semangat UMNO di dada masyarakat Sabah yang lebih dulu menyelami arena politik Malaysia, khususnya Sabah.

Sebenarnya, bukan ingin berdebat namun sekadar sedikit pelik dengan pemikiran masyarakat Sabah. Kenapa mereka menerima UMNO sedangkan UMNO bukanlah pembela kepentingan masyarakat Sabah dan bukanlah pembela kepentingan politik masyarakat Sabah keseluruhan.
Orang kata, apa ada pada nama. Hakikat yang ada pada nama sangat besar, nyatakan pada aku kenapa 99 nama Allah begitu mulia dan tiada satu dari kesemua nama itu yang menggambarkan bahawa Yang Maha Kuasa itu lemah dan punya kekurangan.
Demikianlah UMNO, dibalik nama ini terdapat nama bangsa yang diperjuangkan iaitu Melayu. Hakikat yang pasti di Sabah, tiada seorang pun di negeri Sabah ini yang berbangsa Bisaya (seperti Dato Lajim Ukin) akan mengaku beliau itu Melayu. Dan tidak seorang pun yang akan menjawab soalan “Apa bangsa kau?” di daerah Beaufort akan menjawab “Melayu!”. Yang ada pasti akan menjawab “Kedayan”, atau “Bisaya”.
Cuba tanyakan orang di Semporna soalan yang sama, atau tanyakan soalan kepada Dt Shafie Apdal yang merupakan anak jati Semporna. Dia juga tidak akan menjawab “Melayu.” Dia pasti menjawab “Bajau bah aku ni!. Bajau Sampolna bah! Naa kau!”
Juga tanyakan kepada orang dari masyarakat Ketua Menteri Sabah (Dato Musa Aman), mereka akan menjawab Pakistan.
Hmmm… dimana akan ditemui Bangsa Melayu di Sabah. Jawapannya… Tiada.
Fakta yang pasti diguna pakai adalah, bajau, bisaya, kadazan, dusun, pakistan, murut, kedayan adalah serumpun. Dan dari satu suku iaitu Melayu. Satu jawapan yang baik (bagi politik). Berbalik kepada persoalan nama, Bajau tidak sama dengan Melayu. Bisaya tidak sama dengan Murut. Kedayan tidak sama dengan Kadazan. Demikian juga semua bangsa yang ada di Sabah tidak sama dengan Melayu.
Oleh itu, UMNO tidak memperjuangkan hak orang Sabah dan Umno sebenarnya tidak diperlukan di Sabah. Kenapa? Sebabnya, mudah. Apa yang UMNO mahu hanyalah kekayaan hasil bumi. UMNO telah merosakkan istilah politik dan pemikiran masyarakat Sabah, namun kepada pakcik saya Dato Lajim Ukin, saya memohon kembalilah kepada perjuangan sebenar demi kepentingan anak watan Sabah, Dato Shapie Apdal, kembali lah, Dato Musa Aman. Semua orang mempunyai kekurangan, kami anak Sabah memaafkan segala kekurangan dahulu, dan kita harus bersama menuju kebenaran dan keadilan demi kepentingan anak Sabah.
Demikian juga kepada Dato Ghapur Salleh, serta Dato Anifah Aman. Apa pun perjuangan yang dicita citakan, ketepikan lah kepentingan peribadi. Kekayaan yang ada di bumi Sabah ini, sudah dijanjikan oleh Allah didalam Al-Quran hanya akan diwarisi oleh hambaNya yang soleh.
Saya mengharap, kita bersama bersihkan hati dan betulkan niat demi kebaikan warga Sabah serta kestabilan politik Malaysia dan Sabah khususnya.
IRWAN IDRIS.


siEn.. selaGi CM nie dak d tukar..
dak akan maju la org saBah..
musanG aman.. turun la kau.. bg la org lain jd cM..
nak cakap memang senang..
bagi la cadngan bakal pemimpin sabah…
En ’saya’ kau ni bagi email pun palsu dan laman web pun tak wujud… komplen banyak.. cadang konon. Penakut!! Aku approve kau ni sebab mau tunjukkan betapa kau adalah contoh penakut yang bertapuk dibelakang keybod dan monitor mu. My blog, my point of view and its frank!
Sudah lama Sabah ketinggalan waima hendak dibandingkan dgn jiran kita pun, Sarawak lebih maju lagi.
Di mana silapnya? Kerajaan negeri saling silih berganti, tapi yang bertukar cuma lahiriah pemimpin, mentaliti lama tetap sama – mentaliti memenuhkan kantung sendiri.
Kita memerlukan leadership yg benar2 tulus utk memajukan sosioekonomi rakyat Sabah, tetapi malangnya ciri itu tidak pernah muncul. Yang dtg semuanya ‘jerung’.
Sabah punya byk hasil bumi, tetapi diselewengkan dan nikmatnya tidak dirasa oleh rakyat Sabah sendiri. Leadership kita sepatutnya memikirkan bagaimana utk menarik pelabur menanam modal di negeri ini agar nanti boleh menyediakan peluang pekerjaan kpd warga setempat. Tp itu tidak berlaku…
Sampai bila pelapis pemimpin kita tidak dpt melihat realiti ini? Setiap kali perubahan menerusi Pilihanraya dibuat, hasilnya tetap sama.
Kita perlukan leadership yg dinamis…bukan yg hanya tahu berkokok di Dewan Rakyat apabila disiarkan di kaca televisyen. Perjuangan memajukan rakyat adalah amanah wakil rakyat…kerana setiap undi rakyat terkandung harapan menggunung…
ASALAMUALKUM WAN , SAYA NI ANAK JATI SABAH …. JANGAN YOU CEPAT MELATAH CUMA NAK JOINT SEKALI … GINI AJALAH … PERTAMA APA YANG YOU KATAKAN MEMANG BETUL … YANG LAIN YOU BOLEH BOH… TETAPI PEMIMPIN KAMI TOLONG JANGAN …. DATUK LAJIM … ORANG BAIK DIA PEMIMPIN YANG BANYAK JASA OK TQ
Tangh — ko tgk gambar jak ka? Hihi… mana ada aku cakap Datuk Lajim orang Jahat. Pakcik ku jua tu… nda aku bilang dia jahat.
baca bah.
bukan senang jadi pemimpin……. sekali silap selamanya silap……sbg pemimpin sebelum terima tnggwab sbg pemimpin kena pasang niat yg berlandaskan paksi2 dlm agama…… hati2 every1….bye
kita telah cuba memahami apa yang saudara ingin lontarkan sekali gus mengaharapkan kehendak yang sauadara harapkan bukan mewakili ramai …
Jika dilihat ianya lebih kepada memenuhi kehendak ketidak puasan hati individu ….
1. Saudara katakan mengapa rakyat sabah menenrima UMNO sedangkan ianya bukan membla rakyat …. Jika kita tanya budak lepasan UPSR pun meka tahu …. Bercakaplah yang benar dan sebenar benarnya …. Sekolah rendah , Sekiolah Menegah IPTS , UMS , Kesihatan , Keselamatan , hattta poletik Negeri ini pun dibantu atas nama UMNO akibat sengkita sesama sendiri … UMNO datang menyatukan perjuangan Orang Melayu disabah …. dan lain lain lagi bukankah asalanya dari perjuangan UMNO ….. yang telah diperjuangkan oleh pemimpin terdahulu dalam UMNO dan BN …. Magapa harus berdusta untuk berkata kata sesuatu yang benar ….
2. Tak siapa dapat mentafsirkan siapakah melayu sebanaranya …. biasaya Di Beaufort .. Kadayan Disipitang …. Baju Di Kotabelud … Baju di semporna … berunai di papar dan Tetapi suku kaum Batak di semanujung juga Melayu …. Pepnan juga melayu …Jadi maksud saudara melayu itu adalah orang semanjung …. jadi siapa melayu sebanar .. Pada hemat saya melayu sebanar adalah yang mahu melihat kebenaran dari perjuangan masa silam nenek moyangnya…..
3. Bertolak kepada sejarah UMNO tidakj pernah merampas harta sesiapa yang menjadikan ianya gah sehinggah hri ini …. mana mungkin UMNO mampu bertahan jika perjunganya salah dan khianat kepada rakyatnya …. Percaya lah sekuat mana pun angin perubahan yang ingin menumbangkan UMNO ia Akan tetap Relevan dimata rakyat .. kerana Allah Sentiasa memberkati perjuangan UMNO yang jujur dan Ikhas …. ini adalah janji Allah … Bila datang Yang Hak Hilang Yang Batil …..
4. Segala usaha dan perancangan telah dicurahkan dan akan terus di ungkayahkan … jadi tak payaklah nak sebok soal penganguran kerana yang mengangu 2 orang tetpi tang memperoleh pekerjaan setiapa harai bulan dan tahun berpuluh puluh orang ….
Salam perjuangan
Anak Kampung, ko cerita apa ooo? itu cerita ko ada baca ka tidak?
KO nda baca ka
“Apa pun perjuangan yang dicita citakan, ketepikan lah kepentingan peribadi. Kekayaan yang ada di bumi Sabah ini, sudah dijanjikan oleh Allah didalam Al-Quran hanya akan diwarisi oleh hambaNya yang soleh.”
Baca la lain kali. Jangn la sembarang mau cerita, ya lah bah. Ebatla kopunya umno tu. Jan la kau risau. Manang la umno dihatimu.
Kwang kwang kwang.
Anak Kampung…
ada sekolah kah? ejaan macam orang gagal darjah dua jak?,bahasa kacau bilau…ini ada penyakit kencing manis ni…emosi gila babi sampai ejaan pun banyak salah.
woi Anak Kampung…buduuuuuuuuuu jangan ko menulis lagi disini tau? muka mu tu macam muka chong su vun saja…puuuuuiiiiiihhh
->reflrected to ANAK KAMPUNG atau sesiapa yang agak kurang faham…
sebenarnya macam ni… kebanyakan dari kita agak keliru bila disebut mengenai MELAYU… sebab kebanyakan dari fakta yang digunapakai dan disampaikan adalah menggunakan frasa MELAYU as a main tagline…
kita harus faham, MELAYU ADALAH MELAYU, dan bangsa² majoriti ataupun minoriti yang lain seperti Bisaya, Kedayan, Bajau, Kadazan dan sebagainya adalah dalam kelompok BUMIPUTERA dan bukannya MELAYU, walau bagaimanapun bangsa Melayu juga adalah dari kaum Bumiputera… Melayu tetap Melayu… Even kaum melayu sarawak di sarawak pun dirujuk sebagai MELAYU walaupun sebenarnya melayu sarawak adalah satu suku BUMIPUTERA yang hanya wujud di sarawak… yang bukan Bumiputera adalah suku Cina, India, Serani, Bangla..
Buka minda dan jangan berfikiran terlalu sempit…
Merujuk kepada anak kampung… tidak dinafikan UMNO telah membawa pembangunan kepada SABAH terutamanya beberapa tahun kebelakangan ini, terutama selepas Dtk Sri Musa Aman menjadi ketua menteri… tapi jika kita lihat kembali arus pembangunan ini hanya wujud dan nampak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja walaupun Umno telah bertapak disabah setelah sekian lama… Mengapa? kerana wujudnya sistem pemenggalan ketua menteri disabah sebelum ini… ketika itu boleh dikatakan langsung tiada pembangunan yang wujud disabah, sebabnya? tanyalah kepada ketua² menteri pada era (pemenggalan) tersebut…
jika kita sebut mengenai kekayaan dan hasil negeri, ianya sesuatu yang agak sensetif untuk kita bincangkan… cuma, saya ingin membuka minda semua dan mengambil contoh Sarawak… sarawak boleh dikatakan salah sebuah negeri yang amat kaya dimalaysia… keadaan harmoni dan kaum bumiputera dapat bersaing dengan kaum bukan bumiputera, baik dari aspek pendidikan mahupun ekonomi, dan hasil ekonomi dibahagi sama rata… saya telah melihat sendiri dan melawat beberapa buah rumah pembesar² (ahli parlimen dan ahli dewan negeri) disarawak, dan agak terkejut dengan kemewahannya, kerana kalau hendak dibandingkan rumah² YB² antara sabah dan sarawak ibarat langit dan bumi… dan boleh dikatakan sosio-ekonomi penduduk disana adalah seimbang dan taraf hidup adalah dalam kelompok berkemampuan keseluruhannya… mengapa terlalu banyak perbezaan sabah dan sarawak? Ironinya, UMNO tidak wujud di sarawak…
jadi, jangan sempitkan pemikiran sendiri dan hanya menjadi pak turut… buka minda dan buka mata, jangan hanya terperuk dalam kepompong sendiri…
Bila datang yang haq hilang yang batil?
Janji Allah?
Saya ketawa dulu aaa… Walkakakaakakakakaa…
Itu ayat Haq merujuk pada Al-Quran dan yang batil merujuk kepada Bible atau Al-Kitab. Itu yang dimaksudkan yang Haq dan Batil.
Ahli politik cari projek ka? Kekekekee..
Ok bah. Aku setuju juga dengan anak bandar, menang la bah umno dihatimu. Di hati mu saja.
Kekekekekekee..
berpesan-pesan la kita dalam kebaikan dan kebenaran.
harta atau kekayaan juga darjat/pangkat menjadi “rebutan” yang “merugikan”..
jadikan lah “ruangan maya” ini tempatnya kita berkumpul dan berpesan-pesan.. smoga Allah memberkati blog ini serta pengunjung-pengunjungnya.. Amin
*semua parti2 politik d negara kita mengajak kepada kebaikan bersama.. cuma terdapat pemimpinnya “memanipulasi” posisinya tuk kepentingan diri.. mari la kita memberi pesan kepada mereka.. jangan pula kita mpersalahkan “parti” nya.
Sekadar pesanan sesama Muslim…
Ingatlah teman2, memilih pemimpin & pemerintah adalah SOALAN ALAM KUBUR YG AKAN DIBANGKITKAN…
Bah, jadi jgn salah jawapan nanti. NDAK BOLEH UNDUR SUDAH kalau disoal di kubur 2.Pilihlah samada yg ingin MENDAULATKAN AL QURAN DLM PEMERINTAHAN @ pemerintah yg sebaliknya (ambil sebahagian buang yg lain).
Pilihan jawapan terpulang dengan anda.
saya setuju dgn penjual ikan, baik umno, pas ataupun keadilan, penubuhan parti itu adalah tetap sama dan hanya untuk satu tujuan, cuma yang memebzakan parti² itu adalah ideologi, kepentingan serta medium yg diguna pakai mereka… antara persoalan lainnya, kita letakkan pemimpin yang dipilih dan diamanahkan, kerana wujud trend masa kini pemimpin lompat parti, jd dlm parti manapun, klu baik pemimpin tsb, maka baik lah haluan yg di bawa oleh beliau, begitu juga sebaliknya… kerana ujian yg slalu d berikn Allah kpd pemimpin² ini adalah AMANAH, adakah amanah yg diberikn rakyat benar² d pikul dgn jujur atau sebaliknya…. kerana itu jugalah kita diberi pilihan untuk memilih siapa bakal pemimpin kita, jd kita gunakan peluang ini utk memilih siapa yg benar² dapat menjalankan amanah tsb, jgn pula kita menggadaikan maruah anak bngsa kita dgn hanya sedikit “gula²” diberikan oleh bakal pemimpin… Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah… jgn fikirkan “gula²” yg kita kecapi, tapi fikirkan nasib serta masa depan anak bangsa kita….
Bosan betul aku bah…ada kah sakit kepala aku ni ndak pandai ilang-ilang…mungkin kena hujan malam kelmarin….oiii teruk rupanya H1N1 sekarang ni arr..Baru orang macam aku ni yg ada Hampus bilang dorang paling bahaya…ndak aku tau napa lah dunia ni sudah teruk begini…susah juga klu difikir.
Aku sudah baca komen kamu semua,ndak aku sangka rupanya dalam sabah ni banyak orang campin pulitik juga.klu pun ndak main pulitik,kamu ni tukang analisa lah bah kunun….tapi yg aku setuju pandangan adik c inul goyang gerudi c DIENULL..disuruhnya jangan makan gula..nah ngam juga aku ada sakit kencing manis maka aku mimang setuju sama dia.Duktur bilang kalau ko ndak mau diputung,kau kuntrul makan tu gula…
bah ni bini ku ni pulak bawa aku pigi pasar ikan beli ayam tua kunun..nanti aku sambung lah..