
Apabila aku menonton TV1 semalam, rancangan yang merakamkan suasana PARLIMEN aku dapat melihat Bung Mokhtar menjadi topik berita malam itu, namun apa yang dipaparkan hanyalah ketidakpuas hatiannya En Bung Mokhtar Ahli Parlimen Kinabatangan tentang jumlah soalan yang dikemukakan oleh pembangkang.
Keadaan dan situasi tersebut sebenarnya lebih jelas dikalangan ahli parlimen yang berada di dalam dewan. Dan berdasarkan situasi yang dipaparkan didalam TV serta akhbar internet, beliau seolah olah mempertikaikan kemampuan Speaker yang mengendalikan sidang parlimen tersebut.
Sejurus kemudian, beliau dilaporkan membuat simbol mencarut dan beliau menyatakan seolah olah tindakan itu tiada bermaksud apa apa. Sekiranya ini lah sikap YB dan pemimpin yang ada, sudah terang lagi bersuluh. Satu lagi YB dari parti BN yang pandai berdolak dalih bila timbul sebarang persoalan yang sangat jelas tentang keperibadian mereka.
Apalah yang susah sangat, apa lah yang kurang kalau meminta maaf? Di tahun 2008 ini, tiada seorang pun di Malaysia yang hidup dalam masyarakat kita yang tidak faham dengan signal tangan yang dilakukannya.
Bukan sahaja tidak meminta maaf, malah beliau bertanya apakah masalahnya dengan perbuatan itu? Sepatutnya, soalan itu dijawab oleh dirinya yang melakukan perbuatan tersebut. Apa yang beliau maksudkan? Adakah itu satu signal yang baik? Sudah tentu tidak. Dan tindakan itu juga diakui oleh beliau sendiri disebabkan oleh perasaan marah terhadap pihak pembangkang.
Kehadiran Bung Mokhtar di Parlimen sepatutnya menjadi wakil kepada kawasan pentadbiran beliau di Kinabatangan yang jauh ketinggalan dalam banyak perkara, mungkin streamyx juga tidak ada. Saya merasakan sekiranya beliau sibuk dengan perihal di Parlimen sehingga lupa beliau adalah wakil yang diundi oleh masyarakat di Kinabatangan yang sehingga hari ini kelihatan seperti bandar persinggahan yang tidak akan menjadi pilihan pusat perhentian bagi mereka yang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tawau.
Kembalilah pada tujuan kenapa jadi pemimpin.
IRWAN IDRIS


Assalamualaikum Irwan
Indah sdh baca blog Irwan.
Senang politik ya?
^_^
hye irwan..1st time masuk ur blog..tertarik ngn entry awk psl pacik sorg ni..pacik ni ntah la asik bz pot pet pot pet kat parlimen je tp kwsn snirik tak gak nampak ada pembaharuan..nk kata maju..sket pon tak nampak kemajuannya..aku mmg tak ske sgt ngn sikap pacik ni..speak more than action..huhu..