
Hari ini aku ingin menulis tentang beza antara berita bloggers dan berita yang di tulis di utusanonline. Terdapat beribu ribu bloggers di internet, salah satunya yang popular adalah Raja Petra dengan laman MalaysiaToday nya.
Jika kedua dua nama ini dibandingkan, sudah tentu mempunyai perbezaan yang besar. UtusanOnline adalah berita yang ditulis oleh wartawan yang diiktiraf kerajaan dan mereka dibayar untuk menulis berita berita yang bakal ditulis.
Blogger pula, tidak dibayar oleh mana mana pihak dan menulis dari sudut pandang mereka dan pembacalah penilai yang boleh menentukan samada blogger ini menulis dengan fakta atau hanya cakap kosong.
Satu lagi adalah… bloggers biasanya menulis sendirian dengan pendapat dan fakta yang mereka perolehi dari maklumat yang mereka percaya.
Manakala, utusanonline pula merupakan himpunan penulis penulis yang diberi nama WARTAWAN. Sebagai pembaca, aku hanya berminat untuk membaca sesebuah penulisan yang diketahui siapa penulis tersebut dan ketelusannya menambah keyakinan pembaca bahawa penulisan itu bukan fitnah atau cerita yang dibuat buat. Oleh itu, tidak kurang juga bloggers yang tidak diketahui latar belakang mereka. Atas sebab inilah bloggers yang tidak menyembunyikan identiti mereka menjadi pilihan pembaca internet seluruh negara. Siapalah yang mahu membaca penulisan tanpa tuan? Seperti BIBLE, sehingga hari ini tidak diketahui penulis kitab BIBLE yang sudah berusia 3000 tahun.
UtusanOnline pula mempunyai masalah dari segi penulis. Ini adalah suatu fakta yang boleh dilihat oleh sesiapa pun yang melayari internet. Apa pendapat anda? Sekiranya membaca penulisan yang tiada tuan? Anda akan mengatakan ia adalah SAMPAH! Dan fitnah semata mata. Inilah fakta yang terdapat didalam UtusanOnline, banyak berita yang ditulis mengenai kebaikan kerajaan Malaysia dan berkait rapat dengan kerajaan Barisan Nasional, anda akan dapat melihat dan mengenal pasti siapa penulis berita tersebut. Contoh:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
Bagaimana pula dengan penulisan yang mengaitkan dengan pihak pembangkang? Anwar Ibrahim? dan apa jua maklumat yang tidak pro kerajaan? Anda tidak akan dapat melihat siapakah wartawan yang menulis berita tersebut. Bukti dan contoh :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_08.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_10.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_11.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm
Sekiranya anda antara pembaca yang ariff dan boleh menilai antara yang benar dengan yang tidak. Elakkan diri dari penulisan yang tidak bertuan meskipun ia adalah dari badan yang diiktiraf kerajaan


Salam,
Tahniah!!. Satu kajian yang baik.
http://www.kerajaanrakyat.blogspot.com/