Sejujurnya, saya mengharapkan pertukaran dan peralihan pemimpin pemimpin dari parti komponen Barisan Nasional untuk melangkah kearah Malaysia baru. Hanya dengan menyertai Pakatan Rakyat, Sabah boleh menuju ke satu era peningkatan yang lebih baik dari sebelumnya. Namun, jika dilihat pada kepimpinan Sabah dari Sejarah hingga sekarang.
Hanya ada satu kata kunci untuk mereka – DUIT.
Mereka berjuang demi duit dan keluarga mereka. Mereka tidak berminat untuk memajukan masyarakat dari segi ekonomi, politik dan yang paling penting pendidikan dan taraf hidup yang lebih baik berbanding sekarang.
Jika kita mengharap kepada YB Sabah melompat ke Pakatan Rakyat dengan jujur dan ikhlas demi kepentingan masyarakat… saya tidak percaya ada yang sanggup melakukan langkah demikian. Kenapa? Ya… kalau lompat, tiba tiba YB lain tak melompat. 16 Sept 2008 Pakatan Rakyat tidak membentuk kerajaan. Maksudnya… YB yang melompat tu dah salah langkah. Jadilah dia YB yang akan disisihkan oleh kerajaan pusat, tiada projek dan dipinggirkan.
tabik springlaaaah, kalau ada YB sanggup susah demi kepentingan rakyat Sabah.
Kalau ingin disenaraikan YB dan pemimpin yang sedia ada di Sabah. Bukan sahaja lantang berbicara hal elektrik. Sekarang dia kelihatan seperti HERO Sabah yang sebenarnya hanya mengambil kesempatan dalam kesempitan. Politik Sabah seringkali begitu, bak kata orang sabah, “ko ndak ambik, aku ambik.” yang memberi maksud kalau engkau tak mahu jawatan tu, aku ambik. Demikian lah yang berlaku selepas pilihanraya ke 12. Ada YB yang diberi jawatan menolak, dan kerana kesedaran yang mula lahir dari hati, YB lain melihat itu adalah peluang untuk jawatan dalam kabinet dan mulalah dia menjadi pembela Perdana Menteri dengan bercakap di kaca TV “Sabah tidak dipinggirkan!”.
Kalau inilah YB yang akan melompat ke dalam Pakatan Rakyat, baik tak payah. Lupakan sahaj mereka dalam senarai pemimpin masa depan. Sehingga hari ini, tiada seorang yang PRO UMNO di Sabah ini yang mampu memberi satu FAKTA dan BUKTI kejayaan UMNO dan Barisan Nasional meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah dari pelbagai sudut. Setakat buat JALANRAYA.. sesiapa bentuk kerajaan akan buat jalanraya.
Bagaimana dengan EKONOMI? Sabah dilaporkan merupakan negeri termiskin di MALAYSIA. Dan dalam masa yang sama, lihat saja rumah kediaman peribadi YB YB di seluruh SABAH. Besarnya rumah mereka mengalahkan masjid dikawasan mereka.
Beaufort merupakan sebuah DAERAH dimana terdapat 2 YB yang berjawatan cukup tinggi iaitu Dato Musa Aman dan Dato Lajim Ukin. Kedua dua nama ini tidak perlu dipersoalkan lagi kedudukan mereka didalam negeri Sabah. Dan siapa yang tidak kenal mereka di Beaufort. Tapi… malangnya beaufort yang merupakan kampung halaman mereka bukan sahaja jauh ketinggalan. Mereka hidup seperti ayam. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apa lah yang ada di beaufort? Sungai Padas yang deras untuk dijadikan aktiviti berkayak sahaja lah menjadi kebanggaan. Lain lain… DULU KINI DAN SELAMANYA. Demikian lah keadaan Sabah selagi slogan ini kekal di BUMI SABAH.
Sehingga Perdana Menteri meletakkan jawatan beliau pada 2010, Sabah akan kekal seperti hari ini yang seperti 20 tahun yang lalu.
IRWAN IDRIS


Antara faktor2 yg menyumbang kpd kedudukan insiden kemiskinan tertinggi di Sabah adalah:
1. muka bumi yang luas dengan penduduk tertumpu di bandar2 utama-(sukar untuk mengimbangi pembangunan bandar dan luar-bandar)
2. kedaifan infrastruktur asas seperti jalanraya, bekalan elektrik/air,prasarana pendidikan khususnya di kawasan luar bandar(peruntukan besar di perlukan agar liputan kemudahan asas lebih menyeluruh)
3. ketidak-stabilan iklim politik disebabkan kekerapan pertukaran kerajaan beberapa dekad yg lalu(kepimpinan politik/kerajaan asyik berganti yg menyebabkaan hilang fokus terhadap agenda utama membangunkan negeri serta rakyat)
4. Kegagalan mengurus sumber2 asli kekayaan Sabah dengan berkesan(contoh nya keteresan dalam pengurusan sektor pembalakan sejak zaman USNO,BERJAYA,PBS hingga lah BN, yg kalau di urus dengan baik sepatutnya mampu melonjakkan kepesatan ekonomi Sabah lebih dari negeri2 lain di Msia)
Demikian lah antara faktor/cabaran yg perlu di beri perhatian oleh sesiapa sahaja yg berhasrat menjadi kerajaan di Sabah . Wallahua’lam