Akhirnya Lahad Datu menjalankan kerja kerja penaiktaraf jalan raya, janakuasa elektrik dan streamyx.
Bermula pada 21 Julai 2008, Tenaga Elektrik yang dikawal selia oleh SESB mengalami gangguan demikian juga dengan talian streamyx yang terputus putus dan terhenti sejak 22 Julai sehingga (seawal pagi) sehingga 23 Julai (lebih kurang jam 7 malam). Gangguan streamyx selama hampir 33 jam menghentikan semua aktiviti blogging, PPC dan Forex.
Melihat suasana kehidupan masyarakat Lahad Datu yang begitu sabar dan tenang menghadapi cabaran ini, memberikan aku buah fikiran. Mungkin orang lahad datu faham yang Lahad Datu sedang menjalankan kerja kerja penaik taraf iaitu RM9 (ya laaaah tu). Sekiranya benar, tahniah! Sekiranya ia adalah sebuah drama berepisod yang masih panjang, diharap tuan pengarah bagi drama ini dapat memikirkan idea baru untuk merakamkan episod terakhir.
Apa yang boleh dilakukan oleh masyarakat disini selain fikir tentang periuk nasi masing masing? Sudahla miskin, takut, dibuli pulak. YB yang ada disini pula… hmmm. Apa lah yang boleh dilakukan sebagai YB? Selain janji pada rakyat, ampu pada PM.
Ini adalah gambar gambar diambil sebelum pilihanraya.
gambar ini sesudah pilihanraya.
sebahagian dari gambar tentang aktiviti dan keadaan kubu kuat BN yang maha hebat dan tidak akan dapat dilihat di kaca tv atau surat khabar arus perdana. Masih ada rumah kedai yang sudah usang, mungkin untuk dijadikan bangunan sejarah seperti di Singapura (mungkinlaaa…), Lori sampah yang uzur, dan jutawan senyap yang menjual rokok rokok tanpa cukai (seludup la dari seberang) bebas berniaga di bandar Lahad Datu bersebelahan bank yang paling sibuk di bandar ini Maybank. Mungkin, yang meniaga rokok tu tiada MyKad, mungkinlaaaa.
Irwan Idris






dalam hidup ini ….
kita tidak berhak mngata orang bodoh, bangang..
kerana kita manusia biasa….
bukan Tuhan yang Maha Sempurna.
penggunaan perkataan Maha Hebat juga telah memesongkan akidah anda si irwan idris.
kerana Dia sahaja yang berhak.
Bertaubat lahhh…
Kubu kuat BN Maha Hebat boleh merosakkan Aqidah? Lucu lucu bah kau ni? wahahahahaa
org juAL rokok tu sapa yg patut bnteras??? mcm la ko tidak tau polis2 di ld tu mcm mn???? lu pk la sdr irwan……………………ko pun bekas anak polis kn………….
saya cadangkan supaya kita berhati-hati dengan org PATI & PADI,memandangkan dorang tu ada misi dan visi yang mahu melihat bangsa bumiputera sabah jatuh dan merempat di negeri sendiri..
Menjaga peradapan bangsa adalah tanggungjawab kita sebagai anak bangsa…..tetapi mengapa kita hanya bercakap kosong dan tidak menyertai aktiviti pembangunan dan memartabatkan bangsa. Ayuh saya seru semua orang lahad datu yang cintakan tanah air ….masuk rela…. ikut aktiviti penangkapan pati…bukan susah….saya ada di kawasan ini memerhati…..tapi yang datang orang dusun yang bukan dari bandar lahad datu tapi nun jauh….tungku dan sewaktu dengannya. Cuba dapatkan list aktiviti penangkapan yang dibuat…..mesti anda terkejut dengan jumlahnya…percaya saya kadang2 dengan hanya kurang 100 anggota rela mampu menangkap 1000-2000 pati. Jadi apa masalah kita sebenarnya…..itupun x cukup lagi ke
sitaklukjabat? kelakar sungguh bicara tuan. hingga tahun 2008 saudara masih bicara soal rela dan penagkapan PATI? saya hormat niat saudara. Tapi kenapa beban menangkap PATI diletakkan pada rela? kenapa saudara tidak lihat tujuan politik itu sendiri? Kenapa tidak wujudkan sistem yang lebih sistematik dengan menyelaraskan undang undang di jabatan kerajaan Majlis Daerah dan PDRM serta Imigresen? Mudahkan pengurusan pasport dan rendahkan kos pengambilan PATI bekerja di Sabah? Kenapa harus dipersulitkan? Dinaikkan kos pengambilan buruh asing? Adakah ini suatu yang asing di bumi lahad datu? Rokok merata rata? ini yang saudara banggakan dengan tugas rela yang belum tentu RELA melaksanakan tugas mereka? Hehe… kalau ini zaman 1990 – 1999, saya tak kisah. Tapi, sekrang 2008. Dulu Lahad Datu, begini. Kini begini, dan saya tegaskan! Tidak selamanya Lahad Datu begini. Saya generasi pelapis yang mahukan perubahan. Nda Mau Barisan Nasional!
wah..bersemangat betul ko ni wan..aku nda sokong sapa2 di sini k..tapi aku memang mharapkan Ld ni terus maju. Bukan nda boleh tp permainan politik di Ld betul2 licik bah. Yb berapa org sudah btukar, tp Jln Silam dan Jln Sandakan (Bt 1)yg mjadi laluan utama ke bandar masih lg begitu rupa. Pagi sama petang mesti jammed..aduii…bah, seseorg mesti kasi bangun warga Ld ni..p ketuk tu rumah Yb..tanya sumbangannya sama Ld. Nda kira dia baru atau lama jd Yb, sepatutnya time dia terima jawatan tu, dia sudah pikir apa perancangan utk Ld. Bukan sekarang br mau pikir..tu pun, bikin pertandingan karaoke…apa kes?
uik, btol la wan pa ko ckp tue..! aku sukung..!
irwan..teruskan pemerhatian anda… mungkin kita senada…
aku sokong kau wan..teruskan permerhatian anda terhadap LDU. tapi penggunaan “maha” hanyalah merujuk kepada “yang esa”..
Terima kasih atas ke prihatinan atas penulisan dan penggunaan perkataan yang saya gunakan didalam BLOG ini. Teguran tuan tuan amatlah saya hargai. Namun sekadar penggunaan perkataan MAHA yang menjadikan saya rosak akidah, itu satu kesilapan. Perkataan MAHA didalam kamus DEWAN mukasurat 974 bermaksud yg teramat, sangat, amat.
Dalam konteks ayat yang saya gunakan ia juga bermaksud “Sangat Hebat” atau “Teramat Hebat”.
Sekiranya penggunaan perkataan MAHA hanya untuk yang ESA, bagaimana dengan perkataan MAHASISWA? Bagaimana dengan MAHASISWI?
Berapa juta pelajar universiti yang rosak akidah kerana menggunakan perkataan ini?
Saya tidak pandai, tapi saya cuba menulis dengan fakta dan bukti yang nyata.
Bahasa Melayu itu mudah, tapi tidak semudah yang kita semua rasakan.
Weina ok gak tajuk ni hahahahaha..
aih, ini biasalah bah, lepas pilihan raya, janji tinggal janji jak…