Salinan laporan perubatan oleh terhadap Saiful Bukhari Bin Azlan yang mendakwa bahawa dia diliwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim mula tersebar luas di ruang siber. Salinan laporan tersebut mencatatkan bahawa tiada kesan-kesan bahagian dubur Saiful yang boleh membuktikan bahawa dia diliwat.
Pemerhatian kepada salinan laporan tersebut didapati ianya adalah milik Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur. Pemeriksaan dibuat ke atas Saiful pada jam 2.14 petang, 28 hb Jun 2008. Laporan pemeriksaan itu ditandatangani oleh Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid, Pegawai Perubatan yang membuat pemeriksaan ke atas Saiful.Adalah difahamkan bahawa Saiful telah pergi secara sukarela ke Hospital tersebut dan mengadu mengalami kesakitan di bahagian duburnya. Bagaimanapun, jika salinan laporan perubatan itu disahkan tulin maka intipati laporan pemeriksaan oleh Doktor yang memeriksanya mengesahkan bahawa tiada tanda-tanda Saiful di liwat.
Bagaimanapun sehingga kini pihak Hospital tersebut belum membuat sebarang pengesahan terhadap kesahihan salinan laporan pemeriksaan tersebut dan juga penjelasan bagaimana salinan laporan itu boleh tersebar.
Dibawah adalah salinan laporan perubatan yang tersebar di ruang siber.


salinan asal artikel di ambil dari blog Dato Husam Musa


salam sdra. Irwan,
abang cadangkan tak payah salin artikel dari Blog orang lain tapi buat artikel sendiri yang Ori… Anda boleh menjadi penulis dan pengamat politik yang baik serta mampu membangunkan masyarakat dengan pandangan serta kritikan2 membina. Jangan terpengaruh stail Blogger lain yang terlalu emosi serta penuh rasa kebencian yang melulu. Sabah adalah negeri yang “delicate” dan perlu di urus dengan bijaksana andaikata “kesatuan dalam kepelbagaian” yang unik hari ini terus dapat di kekalkan… By the way, Irwan masih Nyanyi kah lagi?