3 February 2009 jam 2.30 ptg aku sangkakan adalah tarikh terakhir aku berada di atas muka bumi ini. Ketika itu, aku tidak tahu siapa yang mampu selamatkan aku lagi. Keadaan yang sangat menakutkan. Aku terperangkap didalam air dan tiada orang yang boleh selamatkan aku.
Sendirian dan tiada kata kata lain dihatiku kecuali mengakui yang Hanya Allah sahaja lah yang boleh selamatkan aku ketika itu.
3 minit berada didalam kepungan air dan enjin keretaku juga sudah terpadam. Tiada apa lagi yang boleh aku lakukan, sedangkan jarak antara aku dan tempat tinggi hanya lebih kurang 20 meter. Orang ramai hanya melihat. Keadaan bertambah menakutkan apabila aku lihat air mula masuk kedalam kereta ku.
Aku bertambah takut, semakin kuat hati ku bicara LaHau La Wa La Quwwata Illa Billahil AliyilAzim.
Tiba2, cermin keretaku diketuk oleh budak budak hampir 15 orang sambil menjerit jerit, “REVERSE BANG!”
Aku terus kata pada mereka, sambil membuka tingkap sedikit “Enjin dah Mati!”.
Mereka terus menjerit, “Enjin dia Mati!, Tolak ke atas! Cepat!”
Mereka menolak ke atas darat beramai ramai. Entah siapakah mereka. Bila aku berada di tempat tinggi, aku terus keluar dan bersyukur pada Allah atas bantuan ini. Aku sempat mengajak mereka bergambar didalam keadaan yang cemas itu.
Syukur. Terima kasih warga Lahad Datu.

Mereka yang menyelamatkan aku didalam air.

Di sini lah tempat kereta ku tenggelam. Sama di tempat lori putih yang berada didalam air.

pemandangan di Batu 1 Lahad Datu, semua tenggelam

dari sini dapat dilihat tempat aku tenggelam tadi.

Lori pun tak mampu lalu jalan ini.


syukur la tuan selamat.
Syukur lah kerana di daerah kita yang tercinta (Nota : Lahad Datu, bukan Beaufort ya. Hehehe…) masih ramai lagi insan yang berhati mulia.
orang Lahad Datu memang baik hati. Walaupun dia di KK. Huhuhu
Saya pernah ke sini dulu…………orang LDatu memang bagus-bagus. Terutama orang tempatannya. Batu 1 kg. Bugis ke yang banjir?
Irwan…
Sudah ko overhaul kereta ko? Teruk ka rosak kena tenggelam dalam banjir?
Nda kena overhaul pun. Selamat kereta ku.. cuma cdi jak yg basah. Lap pakai tisu.. sudah kering. HIdup suda kereta ku. Huhu…
Assalammualaikum…irwan,
Mimang ada jak bah yang baik hati & berhati mulia. Namun, penyampaian & cara seseorang jak yang berbeza..makanya, kita perlu hormat menghormati & tolong menolong..bukannya saling jatuh menjatuhkan….
KuSayang Lahad Lahad & warga Malaysia..
Semoga kita dapat menyumbang sesuatu meskipun sedikit cuma…
gudlak untuk semua pembaca…by!
Oh ya..sebelum kupergi..aku jua ingin mengucapkan terima kasih kepada warga LD yang baik hati…
Aku masih teringat sewaktu aku pertama kali jadi pegawai pemantau harga..banyak jenis ikan yang tidak kukenali apa lagi barang-barang lain yang tidak kuperlukan sebelum ini..warga LD yang baik hati inilah yang telah membantuku…
Aku bukan sahaja mampu mengenali beberapa jenis ikan namun aku jua mengenali & mendapatkan ramai sahabat..Aku sedih meninggalkan kalian namun aku perlu belajar terima hakikat…jauh disudut hati, aku amat sayang kalian..aku mahu berkhidmat untuk kalian tetapi kuasa aku terhad..pintaku sedarilah hak anda sebagai pengguna..dekat sahaja bah KPDN & HEP..meskipun tidak semua masalah dapat diselesaikan namun sekurang-kurangnya sedikit masalah dapat dileraikan.
Apapun, terima kasih atas segalanya..sebelum ini…
“Semoga kita berjaya mencapai setiap impian meskipun
terpaksa melalui perjalanan yang amat sukar. Ingat!
siapapun kita, kita mempunyai rezeki sendiri! berusaha
sahaja! gudlak!”
Irwan, tahniah atas usaha awak selama ini….perniagaan (FOREX, tuisyen…), penulisan (bb topik & lantang bsuara ttg politik..awak perlu jadi begitu sbb tlalu ramai yang pnakut dengan pemimpin kn? haha…teruskan! kiranya berlandaskan yang benar), lakonan, nyanyian, berdakwah secara online..mgkin suatu hari politik…meskipun sebahagiannya adalah hobi namun hidup kita lebih beerti dapat merasainya.
– Aku; Mantan Pegawai Pemantau Harga
Terima kasih atas sokongan. Doakan semoga ditemukan dengan rakan rakan yang baik dan bakal bersama dalam perjuangan.
Ya…terima kasih jua atas nasihat awak sebelum ini..
Sememangnya..tiada antara kita yang tidak mahu dipertemukan dengan insan yang mahu bersama dalam perjuangan. Namun, kita sudah berpuas hati kiranya sudah ada yang mendengar kata-kata & perjalanan kita walaupun tanpa dipertemukan…
“Apapun yang Berlaku Perjuangan / Perjalanan Perlu
diteruskan!”…usaha jak! tq, by!
assalamualaikum,makasi la kerana m’hrgai p’tolongan kami….
kmi berbangga kerna tlah mnabur bakti kpd encik irwan,smua 2 hnyalah kbetulan dan adalah kewajipan kta sesama insan utk tlg mnolong,HIDUP BATU 1!!!!! LAHAD DATU!!!!!!!!,KTA BERJMPA DI masa yg akan dtg,jgn mlu dan jgn segan jika memerlukan bantuan,hahaha……?????????
uuuuuuuuiii check Harga!!! (huru hara lagi penjual2 ikan simpan harga2 sementara) nah datang la kamu LDU ni hujan emas di sini hahahahahahaha