
Agak lama aku tidak menjengah blog untuk menulis buah fikiran aku. Byk waktu dihabiskan dengan membaca buku tulisan Sulaiman Noordin yang bertajuk Sejarah Pemikiran 1. Sulaiman Noordin merupakan pensyarah aku semasa aku menuntut di UKM. Beliau bukan lah seorang yang asing bagi pelajar UKM yang mengambil subjek ZT iaitu Tamadun Islam.
Dipendekkan cerita, Sulaiman Noordin merupakan ayah kepada penyanyi Yasin yang merupakan mentor ku semasa aku aktif di pentas hiburan.
Sukar aku memulakan penulisan apabila mengetahui satu perkara yang baru melangkaui Politik, Agama, Bangsa dan Bahasa.
Ini adalah antara sebab aku tidak menulis bagi satu waktu yang panjang. Disebalik perbezaan fahaman agama, sebenarnya ada tangan tangan ghaib yang menjadikan ia berlaku begitu.
Disebalik perbezaan idealogi politik, ada tangan tangan ghaib yang menjadikan ia demikian. Selagi ia membezakan antara satu dengan lain, ia sudah mencapai misinya.
Misinya yang jitu adalah memecah belahkan semua anak anak ADAM a.s. Misinya adalah mengajak seramai mungkin pengikut menuju ke lembah abadi iaitu Neraka yang diciptakan khas buat Syaitan dan sekutunya.
Hakikat yang pasti, seluruh umat Yahudi, Kristian dan Islam berkongsi 1 keyakinan iaitu Allah adalah TUHAN sekalian alam.
Yahudi meyakini pemimpin agung mereka Nabi Musa a.s adalah utusan Allah.
Kristian meyakini pemimpin agung mereka Nabi Isa a.s adalah datang dari Allah.
Islam meyakini bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah utusan Allah dan tidak pernah menidakkan kenabian ke2 2 nabi besar Yahudi dan Kristian. Dan Hakikatnya, kita berkongsi 1 Tuhan, 1 keyakinan dan 1 iman.
Kita lebih dari 1Malaysia. Kita adalah manusia yang tercipta dengan 1 kelebihan.
Kelebihan yang tiada pada Syaitan dan tiada pada Malaikat. Juga tiada pada semua yang ada dimuka bumi ini. Kelebihan itu adalah…
PILIHAN.


1 Malaysia?