Sejarah penggiliran di negeri Sabah adalah sejarah paling memalukan aku sebagai rakyat Sabah. Pada zaman penggiliran itu terlaksana, apa yang boleh dilihat sebagai kemajuan?
Pastinya, hanya 1 sahaja yang ketara dan jelas dimata aku sebagai rakyat biasa yang pendapat ini tidak akan mengubah apa apa pandangan dan pemikiran kelompok yang dikategorikan pemimpin negeri Sabah, iaitu semua parti komponen BN di Sabah mengutamakan peluang memegang kuasa bagi parti masing masing dan kononnya berjuang atas nama bangsa masing masing.
Kenapa harus bergilir?
Hanya orang cina saja kah faham tentang masalah orang Cina? Adakah hanya orang kadazan sahaja yang faham masalah orang kadazan? Orang Bajau saja kah yang tahu keperluan orang bajau?
Buktinya? Perkongsian kuasa ini diilhamkan oleh pemimpin hebat yang mereka agungkan yang telah membeli Labuan dari pemimpin Sabah yang materialistik.
Pemimpin ini saya ibaratkan seperti Nazgul didalam film Lord Of The Ring.
Sehingga Ketua Menteri Sabah yang baru, beliau sangat bijak dan mengetahui betapa Nazgul Nazgul yang lain ini boleh dikuasai dengan hanya memiliki ‘CINCIN’ kuasa iaitu berkuasa dan hapuskan sistem tersebut.
Meskipun beliau bijak dalam aturan sistem ini, beliau masih kurang bijak kerana sebenarnya beliau juga sedang dikuasai oleh kuasa jahat CINCIN yang mengutamakan kekuasaan dan kekayaan.
Para Nazgul yang sedang mabuk kuasa, masa kalian semakin hampir. Kuasailah dunia semahu mu.
Yakinlah, ada kuasa lebih kuat dan sedang menyatukan semua yang yakin pada ALLAH dan JANJINYA. Mereka yang yakin tidak perlu punya kesatuan, namun bila tiba masanya. Semua mata pasti melihat, bumi ini ALLAH yang punya. Bukan kalian yang punya.


