Bagaimana menjadi seorang perfectionist?
Caranya mudah saja. Sekiranya anda seorang guru, apabila ada ujian. Pastikan semua murid murid mendapat keputusan 100% dan tiada sebab untuk gagal.
Sekiranya anda seorang polis, anda tidak punya ruang kepada pelaku kesalahan samada seseorang itu melakukan dengan sengaja atau tidak sengaja.
Sekiranya anda seorang penulis blog, anda akan mengkritik seseorang tanpa henti tanpa memikirkan samada penulisan itu baik untuk masyarakat atau baik untuk umum. Yang paling penting hits blog anda harus melonjak.
Aku ditanya oleh seseorang yang istimewa dalam hidup ku tentang makna Perfectionist hari ini.
Ini lah jawapan yang boleh ku huraikan. Sikap ini adalah sebuah sikap yang sangat dekat dengan sifat tuhan. Dan hanya layak pada Tuhan yang maha sempurna. Namun, sekiranya ia ada pada seorang makhluk yang bernama manusia. Ia akan bertindak lebih hebat dari Tuhan.
Sifat Tuhan adalah sifat yang paling disukai Syaitan. Dan satu sifat yang tiada pada syaitan adalah memaafkan.
Apabila manusia miliki sifat perfectionist ini, dia akan jauh dari sifat pemaaf.
Kenapa?
Sebab, Syaitan memujuk hati orang orang ini agar terus ego, bongkak dan sombong dengan kesempurnaan. Tiada ruang untuk mereka yang gagal.
Aku sendiri juga tidak terlepas dari kelemahan ini, namun semoga Allah selalu ingatkan aku seperti mana Allah bukakan hati seseorang itu bertanya tentang makna perfectionist.


“Perfectionist…”
Wan…
Jawapan kau ttng perfectionist sangat tepat… ia menyedarkan bahawa aku masih punya banyakkkkkk kekurangan rupanya, cuma yang aku sedar aku sorg yg praktikal bah…
dan setiap kali kau menulis… rasa kagum daku tidak dapat disembunyikan lagi… rasa sangat bersyukur kerana punya seorang pemuda yang sangat kuat jati dirinya yang berjuang di atas landasan kebenaran…
moga Wan terus diberi kekuatan dan dirahmatiNya selalu…
fnd, penulisan manusia sangat banyak kelemahan. Semoga kita sentiasa diberi kecerdasan minda memahami segala bentuk penulisan.