Kenapa Pengundi Muda Tolak UMNO/BN Dalam Pilihan Raya?
Artikel ini adalah sebuah penulisan yang baik dan sebuah perspektif seseorang yang cenderung kepada penulisan politik.
Isi kandungannya menulis tentang Sebab-sebab pengundi muda menolak BN pada pilihanraya meskipun penulis bagi artikel tersebut bukanlah seorang yang didalam kategori ‘Muda’.
Meskipun demikian, saya menghormati pendapat Dato Halik Zaman tentang pendapat beliau. Namun, saya sedikit meluat dengan gambar yang digunakan. Saya yakin, ia dipilih oleh admin yang menyelenggara Web tersebut dan menggunakan gambar tersebut bagi artikel tersebut. Saya tidak fikir Dato Halik Zaman akan memilih gambar sedemikian untuk artikel beliau.
Kenapa harus menggunakan gambar sedemikian? Mengaibkan orang orang yang pada ketika itu tidak sedar keadaan itu dirakamkan. Ini adalah kerja mengaibkan orang dan ia tidak baik dilakukan samada ia dilakukan oleh parti yang disukai atau tidak.
Berlaku Adillah dalam apa pun jua dilakukan meskipun kita tidak menyenangi sesetengah kelompok.
Keadaan ini memberi gambaran pada saya, betapa busuknya hati yang memaparkan gambar yang membusukkan orang lain.
Artikel Yang saya maksud sila klik ini
Saya sekadar prihatin dengan pemilihan gambar dalam apa pun jua penulisan yang ‘mungkin’ mewakili orang Sabah.

