Ini adalah pembongkaran tentang cerita yang paling dipercaya didunia, tentang Jesus versi Bible dan Agama Kristian.

Video ini bukan hak milik Irwan Idris.
Video ini adalah tentang Persamaan Tarikh lahir iaitu 25 December, Ibu yang dara, Mukjizat, 12 orang anak murid, mati disalib, mati selama 3 hari, diangkat kesyurga serta gelaran anak tuhan dan banyak lagi.
Mereka adalah
1. Krishna : Tuhan masyarakat Hindu.
2. Horus : Tuhan masyarakat Mesir purba.
3. Attis : Tuhan Greek 1200 sebelum Masihi.
4. Dionysus : Tuhan Greek 500 sebelum Masihi.
5. Mithra : Tuhan Parsi 1200 sebelum masihi.
6. Jesus (versi bible) : Tuhan orang Kristian.
dan banyak lagi…
Kesemua Tuhan tuhan diatas mempunyai biografi yang sama dari sudut yang disenaraikan diatas. Kesemua mereka disembah hanya pada hari Ahad.
Video ini bukan dibuat oleh orang Islam.
Saksikan video ini untuk menambah pengetahuan tentang perbandingan agama.






hye, menyentuh tentang Twelve Olympians seperti kenyataan di atas cukup menarik, apa yang saya kaji semasa membuat pos basic psy di ulu kinta tanjung rambutan di mana hasil kajian saya mendapati bahawa:
seseorang manusia yang dalam delusi akan berilusi tentang dunia lain, tetapi pemakaian orang di dunia yang dia ilusikan tersebut sama seperti dia,
Monsiau juga telah mengalami keadaan ini, beliau berilusi lalu melakar lukisan yang mengambarkan keadaan twelve olympians,
Monsiau ini seorang yang sama kehebatanya seperti Steven Spielberg.. harap anda memahami metafora ini..
Aku ni asalnya orang Islam yang jahil serta dah pun terjebak dengan ajaran Buddha (bercampur Hindu) akibat aku tak baca kitab aku senirik walaupun ibu bapa aku orang Muslim. Aku tinggal di sempadan Malaysia-Thailand semasa aku kecil dulu dan aku memang terdedah kepada agama Buddha dan Hindu (Hindu Brahman yang bercampur dengan Buddhism).
Ada seorang wanita asalnya Muslim keturunan Melayu yang menganuti ajaran Buddha semasa kematiannya itu berasal dari kampung yang berdekatan dengan kampung aku. Dia dikebumikan berhampiran Wat Kampung Kok Khlang (Perlis). Sepatutnya orang Buddha mesti dibakar jika meninggal, tapi dia meninggal akibat umur tua, ikut adatnya orang yang mati kecelakaan (tai hong), umur tua, dan anak-anak kecil xperlu dibakar, hanya disimpan di bumi saja untuk dilindungi oleh Phra Mae Thorani (Ibu Pertiwi).
Aku ada simpan mantera-mantera bersama aku yang dibaca ikut waktu tertentu dan aku belajar bahasa bali-sanskrit sendiri serta mendengar ceramah agama Buddha di radio Chanak sebelum ini. Aku mula disedarkan Allah SWT melalui pelbagai kejadian yang menimpa serta menyebabkan aku banyak berfikir dan kemudian aku naik haji di Mekah 4 tahun lepas sewaktu berusia 19 tahun.
Semuanya ketentuan Allah SWT. Aku dah bertaubat kepada Allah SWT dan akan bersungguh-sungguh belajar agama Islam selagi termampu, moga diizinkan-Nya. Syukur sebab aku diberikan petunjuk oleh Allah SWT, aku xboleh bayangkan apa akan jadi kepada aku jika aku mati sebelum bertaubat. Hidup hanya sekali, kita harus pilih betul2. Aku xmau sentuh apa-apa pasal agama yang juga dianuti British penjajah di kawasan ini. Orang semua boleh kata macam2 kepada agama Islam dan Muslim, misalnya menceroboh tanah orang bukan Islam atau pengganas, tapi orang yang menganuti ajaran cinta kasih itu pun menceroboh tanah nenek moyang aku di semenanjung nih dan menyebabkan setengah anak-anak Muslim di-Buddhakan (termasuk aku) atau dipesongkan dengan cara keji.
Buat pengetahuan saudara2 ku orang Islam semua. Aku paparkan serba sikit apa yang aku tau pasal krishna. Dia ni ada banyak gelaran seperti krishna murali, krishna govinda, mukundha krishna, gopala, vasuthep dan sebagainya. Dia tu legenda sejarah yang kata orang Brahman (Hindu), wujud sebelum Christ Era lagi. Kemudian dimuliakan dan diberikan kedudukan sebagai jelmaan si vishnu sebagaimana juga rama, laki kepada si sita dewi tu.
Vishnu ni kepala kedua dalam triniti Hindu yang bersifat memelihara. Kami panggil vishnu sebagai phra narai di sini, dari nama narayana yang membawa maksud yang menunjuki jalan. Sebutan mengenai krishna ada dalam kitab yang terkenal sekali iaitu Mahabharata yang korang boleh jumpa dimainkan dalam tradisi wayang kulit di Selatan Thai, Bali atau Jawa. Sumber lain korang nak rujuk kalau faham bahasa sanskrit adalah, hariwongsa, bhagavadgita, vishnupurana, dan tak ketinggalan buku cerita orang buddha iaitu phra chadok (jataka).
Dalam kepala dewa bertiga itu si brahma atau phra phrom ni sudah kurang praktikalnya namun di kampung aku masih ada orang sembahnya untuk tujuan memberi ilham dan belajar sesuatu ilmu. Aku xpasti pula bagi penganut Hindu orang India. Mungkin sama atau mungkin berlainan? Lantaklah. Tujuan si brahma ni untuk mencipta dan memberi ilham sahaja.
Masa kini orang Buddha mahupun Hindu panggil sebagai zaman Kaliyug. Zaman hampir pecahnya kiamat. Maka yang selalu disembah tu cuma si vishnu dan si siva. Si siva ni tujuannya menghapuskan dan menciptakan semula “dunia baru.”
“Dunia baru” ni aku pernah pula dengar ceramah agama buddha dalam radio oleh bhikkhu besar dari Songkhla pd satu hari. Katanya yang dimaksudkan dgn dunia baru tu adalah “dunia yang tiada lagi kecelaan dari segi kata-kata atau segala bentuk.” Umat buddha percaya akan kelahiran semula. Sama saja lah dengan hindu pun. Jika kita tidak mengikut peraturan yang betul dalam pengamalan moral, maka kita tidak dapat lepas dari putaran kelahiran. Akan tetapi dalam tempoh putaran kelahiran itu, ada juga penghapusan dan penciptaan semula kosmik baru. Sesiapa yang dilahirkan pada zaman kaliyug akan berisiko menghadapi hari kehancuran sebelum masuk ke “dunia baru” tu. Oleh itu banyaklah cara umat buddha lakukan, bagi tradisi theravada seperti di tempat aku, orang masuk ke kebiaraan dan buat pahala untuk capai pari-nibbana serta jadi phra arahant (yang dicerahi). pari-nibbana ni maksudnya roh akan masuk terus ke “dunia baru” tanpa perlu masuk putaran kelahiran. Jadi sami atau bhikkhu menjamin keselamatan dan sapa yang jadi sami perlu capai nibbana (macam bebas dari ikatan keduniaan). Biasa orang kata, sami tua-tua saja capai nibbana, dan kemudian jadi buddha.
Harus diingat, orang buddha percaya kamma (hukum perbuatan dalam kehidupan lepas) akan menyebabkan roh berpindah2 masuk atau dilahirkan di neraka sebagai setan atau diseksa, dilahirkan di sorga sebagai dewa-dewi, atau dilahirkan dalam bentuk manusia dengan darjat mengikut kamma (perbuatan dalam kelahiran sebelumnya), dan haiwan. Bab ketuhanan tu, kurang jelas sikit dan majoriti penganut buddha xpercaya kuasa Tuhan, semuanya bergantung kepada perbuatan diri senirik, jadi, ada setengah penganut buddha pindah pula kepada ketuhanan hindu di samping mengamalkan jalan 8 lapis mulia tu.
Kata bhikkhu tu dalam radio, masa zaman hampir hancur bumi ini, perang besar akan melanda. Pelik juga, sebab aku pon xtau benda ni wujud dalam ajaran buddha sebelom ni. Aku terjemahkan dalam bahasa Melayu, “ketika mana darah manusia tidak dapat lagi diserap oleh bumi dan ukuran ketinggian banjir darah itu 11 jengkal, maka bumi (kosmik) ini akan hancur bagi memberi laluan kepada “dunia baru”.
Baik, kembali kepada krishna tu, kelahiran krishna ni orang panggil sebagai janmasthami. boleh bukak kitab tenung yang orang brahman panggil sbg suryasiddhantha kalo nak tau pasal tarikh2 ni. Tapi skang ni aku xminat lagi nak bukak kitab tu. Aku cerita apa yang aku ingat saja. Kelahiran dia ni pun org sambut macam kelahiran jesus lah jugak. Ada nyanyi2 lagu segala bagainya malam kelahirannya krishna tu. Ikut kalendar bikram, janmasthami krishna ni berlaku pada bulan bhadra atau srawant (tgh bulan 8-tgh bulan 9) sekitar 3000 SM. Aku xpakai kalendar buddha, tapi pakai kalendar hindu la sebab tokoh ni hindu punya.
Kalau orang kata ajaran tokoh yang dikatakan disalib itu sebagai ajaran kasih sayang, maka ajaran krishna dalam aliran vishnu ni pun kata dia orang mengutamakan kasih sayang. Orang buddha pun ada puja dia jangan terkejut ya. Dia ni dianggap sebagai penghapus dosa.
Nak tau pasal krishna atau ciri2 manusia yang dituhankan oleh manusia ni lebih lanjut bolehlah cari lagu-lagu bakti yang terkenalnya bertajuk “radha sameta krishna” atau “mukundha krishna” dua2nya dalam basa sanskrit. Tapi aku nasihatkan untuk orang yang kuat iman ja la cek kalau berminat dengan perbandingan agama. Kalau xkuat iman, xyah la.
Benda ni banyak pasal jelmaan tuhan lah segala bagai. Astagfirullah, korang boleh tgk bahawa drpd imaginasi akal manusia yang xseberapa boleh merosakkan kesucian zat Tuhan, sepatutnya Dia xsama dengan sebarang benda pon dalam jagat raya ni. Dia Pencipta, benda dalam jagat ni makhluk saja, kalau tuhan tu berupa manusia, matahari, bulan, planet, roh, dan sebagainya maka dia bukanlah Tuhan.
Zat Tuhan tidak tercapai dengan akal rendah manusia kalau kita belajar Tauhid yang asas dan juga kalau kita baca kisah nabi Ibrahim (as), nabi kita yang kita selalu baca selawat semasa tasyahud akhir lepas kita baca selawat kepada nabi kita juga iaitu nabi Muhammad (saw). Kisah anak israel nak lihat zat Tuhan pun, kita pernah dengar, dan Dia xtunjuk pun zat-Nya, tapi hanya sikit hijab-Nya. Benda tuhan jelma2, menitis dalam manusia, rasuk badan manusia, masuk dalam rahim manusia, berubah jadi dewa-dewa (malaikat), ni kasi pening saja dan bagi aku boleh bawa kepada syirik dan keberhalaan. Kita manusia hanya lihat benda sekeliling kita dan bayangkannya sebagai Pencipta? (Nauzubillah, minta dijauhkan, jangan kita hina Allah SWT). Belajar dulu kitab suci kita sendiri dan amalkan sebaiknya ajaran Islam saudara-saudari sekelian, jangan jadi macam aku sebelum ni yang jahil xbelajar agama sendiri.
Terima kasih kepada saudara Irwan Idris kerana membenarkan aku berkongsi pendapat di ruangan saudara. Aku suka post saudara tentang mekkah.