Tarikh 16 Jun 2009 adalah tarikh yang paling menggembirakan aku. Seorang kenalan yang aku kenal kurang setahun yang lalu, dengan pakaian yang agak segak dan sedikit berbeza dengan penampilan yang aku kenal dulu. Abg Husin Jaiman mangsa kebakaran yang mengeluh dengan ku tentang nasib dan keadaan rumah beliau yang terbakar pada tahun 2007.
Ucapan pertama yang keluar dimulut beliau adalah
“Kami tidak akan lupakan Irwan.”
Aku senyum gembira tapi masih belum faham apa yang beliau maksudkan.
“Rumah saya sudah hampir siap.”
Hati aku girang dan gembira bila mendengar rumah yang dijanjikan untuk beliau sudah hampir siap dan beliau akan membawa anak anak beliau pulang ke Lahad Datu untuk tinggal dirumah tersebut.
“YB Salleh Kalbi lah yang patut abg ucapkan kata kata ini.” kataku pada abg Husin Jaiman.
Syukrlah. Semoga kebaikan akan terus bersama kita semua. InsyaAllah.


Irwan, tahniah atas usahamu!
Memang benar En. Husin Jaiman perlu beri ucapan tersebut kepada YB Salleh Kalbi. Namun, awak yang telah berusaha untuk meleraikan masalah beliau.
Kadangkala, kita terkilan kerana usaha kita tidak berbalas seperti yang kita harapkan.. Walau bagaimanapun, kita perlu berfikiran positif bahawa seseorang itu ada alasan tersendiri.
“Apapun, semoga pemimpin sekarang & akan datang lebih prihatin ke atas kebajikan SEMUA masyarakat!. Tanggungjawab bukan sahaja terletak pada insan yang memegang jawatan P. 188 sebaliknya peranan pemimpin di pelbagai peringkat adalah PERLU”.
“Semoga tarikh 16 Jun 2009 bukan titik noktah untukmu”!
- Aku, ruf’s
He he irwan irwan. lain makan nangka lain pula terkena getah. Syabas irwan