Soalan yang pertama harus berlegar difikiran apabila melihat laman web setahun jagung yang konon wartawan dan tidak diiktiraf di Sabah dan tidak mewakili mana mana suara masyarakat Sabah adalah,
SIAPA ADMIN dan SIAPA dibelakang tabir web ini? Dan siapa membiaya WEB ini?
Sesiapa pun boleh melihat yang web ini diilhamkan dari web MalaysiaKini yang sudah beroperasi sebagai blogger jalanan dan memberi maklumat semasa tanpa ada penulisan berat sebelah samada menyokong pembangkang atau menjadi kaki ampu kerajaan.
Berbeza dengan SabahKini. Kepada mereka yang mampu menilai dan membaca setiap penulisan didalam SabahKini, setiap kali penulisan dengan nama ADMIN ia menyembunyikan penulis sebenar dan bersembunyi disebalik SABAHKINI dan Persatuan Blogger Sabah. Kemudian orang yang menulis sebagai ADMIN ini boleh melarikan diri bila bila masa dan menjadikan Persatuan ini dan Web ini sebagai boneka beliau untuk baling batu sembunyi tangan.
Sekiranya saya menjadi penilai bagi penulisan sebegini dan memaparkannya untuk tujuan TRAFIC dan HITS yang banyak agar menjana iklan yang lebih tinggi masuk ke web ini, SABAHKINI tidak boleh dikategorikan web rujukan Masyarakat Sabah dan Luar Sabah sebagai web yang mewakili orang Sabah.
Sekiranya didalam ilmu hadith, penulisan sebegini adalah seperti Hadith yang tidak diketahui sumber rujukannya dan tiada sumber yang tepat dan secara langsung ia akan dikategorikan hadith yang lemah dan maudhu atau tertolak. Status hadith yang lemah sangat rendah disisi Islam dan sebolehnya dijauhkan dan dielakkan.
Orang yang bertanggungjawab dalam penulisan yang tidak bernama ini dan melempar maklumat yang tidak diketahui asal usul sumber penulisan adalah presiden bagi web ini. Tidak lain dan tidak bukan Saudara Mutalib MD. Hairan bagaimana beliau boleh mengizinkan artikel sebegini dipaparkan.
Bagaimana sebuah web yang menggunakan nama SABAH dan menulis perihal negeri sabah boleh menulis sesuatu penulisan dan akhirnya apabila dilihat penulis yang menghantar penulisan adalah ADMIN. Siapa kah admin ini?
Adakah Admin takut dengan peruntukan undang undang dalam bidang penulisan? Sekiranya web Sabah kini benar benar berasaskan
Membongkar Kebenaran Mempertahankan Kejujuran.
Sejauh mana para penulis dan blogger didalam web ini yakin yang mereka membongkar KEBENARAN? Saya sebagai ISLAM, yang benar sudah pasti AL-Quran dan Hadith. Dan sekiranya penulisan tidak bernama menjadi kekuatan dan sandaran kepada web ini, saya mengingatkan diri saya dan juga para penulis SabahKINI yang muslim agar membaca surah Al-Qalam. Ada sumpah Allah atas penulisan. Dan setiap penulisan itu akan dituntut.
bagaimana Mempertahankan Kejujuran sedangkan ada artikel yang ditulis dengan nama ADMIN?
Jujurkah?
Pada saya, jujurlah dalam penulisan tanpa nama samaran atau pun bersembunyi disebalik persatuan dan juga ahli politik.
Saya bukan apa apa.
IRWAN IDRIS




Salam…
Saya bersetuju dengan apa yang saudara Irwan katakan. Pada saya blog tersebut langsung tidak berkredibiliti, apatah lagi untuk menjana pemikiran rakyat Sabah.
Kebanyakan artikelnya kelihatan lebih untuk mengangkat diri penulisnya, selain untuk mencari kelemahan dan keburukan orang lain.
Apa yang lebih teruk, beberapa artikel dari media lain ‘diciplak’ dan ‘diplagiat’ oleh si penulis web tersebut, tanpa menyatakan di manakah sumber artikel itu diambil.
Kemudian, artikel itu menyatakan pula ‘written by admin’. Amat melucukan..!
Sikap sedemikian sebenarnya adalah bertentangan dengan Etika Kewartawanan Kebangsaan, iaitu :
‘Wartawan akan menganggap perbuatan-perbuatan ini sebagai kesalahan paling besar: plagiat, mengumpat, fitnah lisan (slander), fitnah bertulis (libel) dan tuduhan-tuduhan tidak berasas.’
Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang ingin saya komen di sini kerana saya rasa pembaca sendiri bijak menilai matlamat dan tujuan sebenarnya web yang menggelar dirinya ‘media’ itu diwujudkan.
Oh ya! Seperkara yang saya musykilkan, kenapa agaknya di dalam web SabahKini itu terlalu banyak artikel positif sehingga kadang-kadang ia seakan-akan mengagung-agungkan Ahli Parlimen Silam, si Haji Salleh Kalbi tu?
Saya bertanya bukan apa, cuma hairan kerana kebanyakan artikel di dalam SabahKini berbentuk menghentam kepimpinan pemimpin dan kerajaan BN lain, tetapi tidak pula kepada seorang ahli parlimen ini.
Saya yakin, YB Salleh adalah seorang pemimpin yang baik. Dan saya juga amat yakin, ‘ada pihak’ yang cuba untuk mengambil kesempatan di atas kebaikan YB terbabit.
Tepuk dada, tanya selera!
Oh ya! Saya terbaca tentang artikel ‘Jangan Terpedaya Dengan Dakyah Palsu Pembangkang’ di dalam Sabahkini.net.
Saya rasa ucapan tahniah perlu diucapkan kepada Saudara Irwan kerana akhirnya abang Hussin tu dapat juga sebuah rumah. Itupun kalau bukan janji palsulah.
Kepada Saudara Chong, saya tidak menyebelahi sesiapa. Tetapi jika benar apa yang tertulis di dalam SabahKini itu adalah kata-kata anda, ternyata anda adalah seorang yang beremosi.
Anda tidak seharusnya beranggapan yang tindakan saudara Irwan itu adalah bertujuan untuk memburuk-burukkan kerajaan.
Seharusnya anda menerima apa juga komen, baik yang membina atau sebaliknya, jika anda dan pemimpin anda adalah seorang yang rasional.
Apa yang penting bukanlah menghentam kembali si penulis, sebaliknya menyelesaikan masalah rakyat dengan segera.
Cabaran agar saudara Irwan memberikan tanah juga adalah sesuatu yang tidak logik. Saya rasa lucu apabila ada pemimpin anda yang mengeluarkan kata-kata sedemikian.
Pesan saya, jangan mempersalahkan rakyat spt abang Husin yang sudah menderita begitu lama, atau mempersalahkan penulis seperti Saudara Irwan yang mendedahkan masalah ini.
Anda dan YB anda yang memilih untuk mentadbir kawasan P. Silam dan membantu rakyat. Terima sahaja pahit dan manisnya.
Lagipun, penderitaan abang Husin dan keluarganya masih belum berakhir kerana rumah baru mereka belum lagi terbina.
Kalau mau menyentuh tentang dakyah pembangkang, saya rasa dakyah-dakyah terbabit juga jelas kelihatan di dalam SabahKini.net.
Kepada pemilik SabahKini.net pula, saya harap anda dapat buka ruangan komen di setiap artikel agar anda mendapat pandangan telus dari masyarakat.
Itu pun jika anda benar-benar adillah dan bukan ‘pandai cakap tak serupa bikin’.
ya betulll..
saya setuju, sabahkini tidak relevan bah…
Kita tengok sejauh mana…
Terima kasih saudara Irwan kerana membuat teguran. Admin adalah kru Sabahkini.net dan bukannya penulis hantu. Sabah kini bertanggung jawab di atas semua berita yang ditulis oleh admin. Saudara tidak perlu gelisah kerana berlainan pendapat dengan saya dan kru sabahkini.net. Siapa yang membiayai atau di belakang tabir tidak penting kerana sabahkini.net adalah akhbar portal yang memuatkan semua sahaja berita yang ditulis rakyat Sabah. Jika saudara tersinggung atau terkesima, Sabahkini.net tidak dapat berbuat apa-apa. Soal baru atau lama sesebuah laman web itu tidak timbul kerana web 1Malaysia juga baru. Maaf kerana saya tidak berkesempatan membuka blog saudara. Teruskan mengkritik saudara Irwan.
MUTALIB TIDAK MENJAWAB
Pengunjung Blog Irwan Idris akhirnya bersyukur,Penulis sensasi Mutalib MD bertandang masuk ke Blog Irwan,Malah berkesempatan pula menulis.cuma saya rasa ada yang tak kena dengan komen mutalib md ni..
Soalan dan tanda soal
Maaf kalau saya tersilap.Tulisan irwan di atas banyak terdapat soalan-soalan yang sebaiknya dijawab oleh mutalib md.bagaimana tahu ianya soalan? pemilihan perkataan oleh irwan dapat kita fahami bahawa ianya pertanyaan,perkataan Siapa? bagaimana? jelas adalah permulaan kepada suatu pertanyaan untuk itu saya minta mutalib md menjawab apa yang disoal oleh irwan.Mungkin juga pada mutalib tanda soal itu terlalu biasa,sehingga yang bukan soalan pun letak juga tanda soal.macam sabahkini.net.asyik tanda soal saja.
Kalau mutalib md menjawab pun,jawapannya lucu…sebab beliau menerangkan bahawa ADMIN itu adalah KRU…adakah KRU itu nama individu atau sekumpulan individu.Jika ADMIN itu sekumpulan individu maka mereka mesti punya nama.Atau mereka berselindung dibalik nama ADMIN.Lantas mudah melepaskan diri dari sesuatu peruntukan undang-undang.inilah sebenarnya soalan Irwan.Kalau mau bercakap tentang kebenaran bertindak secara berani dan terhormat.jangan bila ada sesuatu berlaku,mereka pun menjawab”tidak pasti siapa yang tulis,sebab ADMIN tu KRU sabahkini.net…Ramai kami yang KRU ni ”
Mutalib Md ni nyanyat sama HANTU…dari Pengundi hantu dia Main,sampai Penulis hantu pun Dia cakap.Lucu Plak.
Dalam tulisan irwan,jelas tiada unsur gelisah,tersinggung dan terkesima pun.Tulisan itu ditulis dengan penuh kewajaran.Berlainan pendapat adalah BIASA pada kami disini.Saudara Mutalib md baca lah komen kami dalam blog ini..alangkah meriah dan terbukanya kami semua.siap bergaduh2 lagi..tapi mungkin di Sabahkini.net lain suasananya.tau lah kita kalau dah Portal tu,macam berita jak lah….yg paling best,tengok Lubang Hidung pakcik Hj Tu…macam gua simpan bekal tentera Jepun…
Sebelum berhenti,Mau bagitau abang Talib ni…Baru dan lama portal abang Talib pun tiada tanda soal ya…jadi rasanya ndak payahlah mau diterangkan lagi.
SALAM BUAT YB SALLEH KALBI
Ulasan yang jujur dan bernas. tahniah tuan
saya sedikit rasa terpanggil untuk memberi pandangan atau ulasan mengenai topik yang dibincangkan, khususnya buat saudara MUTALIB MD… dan saya amat berharap beliau ada membaca tulisan ini…
saya mula mengenali Mutalib MD lewat 2001, yg pastinya melalui suatu yg bersifat negatif… Mutalib telah banyak menghasilkan “karya” baik melalui tulisan ataupun ‘wayang kulit’, namun yang nyata apa yg beliau cetuskan adalah suatu yang tidak berasas dan tidak bermoral….
apa yang menghairankan kita, Mutalib adalah seorang yang beragama islam, namun dari tindakan yang diterjemahkannya mendorong kita (yang mengetahui kebenaran fakta) untuk menganggap beliau seorang Munafik, Yahudi atau Musyrikin… Kerana hasil karya beliau kebanyakannya berbaur FITNAH serta menyeleweng, dan apa yang lebih menyedihkan lagi beliau dengan sombong dan lantang berani menggunakan “Kalamullah” serta memutarbelitkan kata² Rasul demi untuk menyokong karya (fakta) beliau…. cuma kita terkesima kerana masih ada manusia JAHIL yang percaya serta menyokong beliau, baik dari segi wang ringgit ataupun sokongan ‘budaya…
sedikit ingin saya tambah; mungkin agak keterlaluan, Allah dan hukum Islam meletakkan manusia seperti Mutalib serta penyokong sebagai MUNAFIK, AHLUL BID’AH kerana beliau bukan sahaja menggunakan Kalamullah untuk tujuan negatifnya, malah beliau telah memecah-belahkan bangsa dan agama serta merosakkan minda anak bangsa, dan apa yang paling utama, beliau telah dengan terang² menabur FITNAH, dan hukuman utk penjual maruah bangsa ini atau TUKANG FITNAH ini adalah terlalu berat, sehinggakan Allah “MENGHALALKAN” untuk muslimin DARAH pemfitnah, sama seperti KAUM MUSYRIKIN yang menentang Islam, kerana perbuatan fitnah ini boleh dan pernah menyebabkan perang sesama ISLAM… dari perbuatan yang dilakukan Mutalib serta sekutunya, kita boleh katakan mereka ini sebagai orang² yang JAHIL, MUNAFIK, sahabat Iblis Laknatullah dan sekiranya mereka tidak insaf dan bertaubat, maka mereka² ini adalah “Finnaari Jahannam”….
Al-Baqarah : 191
Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan
At Taubah : 73
Wahai Nabi, berjihadlah melawan orang-orang kafir dan munafiqin, serta bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat tinggal mereka adalah jahannam, dan itu sejelek-jelek tempat tinggal
Al-Humazah : 1
Celakalah mereka yang mengumpat dan memfitnah
An-Nur : 19
Orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Allah mengetahuinya, sedang kamu tidak mengetahui.
Al-Buruj : 10
Orang yang memfitnah orang mukmim, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar.
Al-Imran:
Akhirnya kami jadikan laknat Allah atas orang-orang pembohong.
As-Shaf : 2-3
Hai orang beriman, mengapa engkau ucapkan apa yang tidak engkau lakukan? Besar dosanya disisi Allah jika engkau mengucapkan apa-apa tetapi tidak engkau lakukan.
Dari Imam Ghazali
“Mengumpat itu dosanya sama dengan berzina 30 kali.”
Dari Imam Al-Mawardi
“Orang yang biasa mengumpat, isi batinnya kotor”
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”
Hadis riwayat Abu Hurairah
“Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.”
Mutalib dan sekutu, insaflah selagi pintu taubat masih terbuka…. Takutlah kalian kepada hukuman Allah…. Sekiranya kalian masih dengan ego menyangkal atau menidakkan ini, sesungguhnya kalian adalah begitu keji disisi Allah… kerana MUKMIN YANG SEJATI ADALAH MEREKA YANG MENGAKUI KESILAPAN…. fikirkanlah… sekiranya dalam tulisan ini ada kesilapan, apa yang buruk dan cela itu datangnya dari saya, dan segala yang baik itu datangnya dari Allah Ar-Rahman….
Terima kasih saudara Irwan kerana membuat teguran. [Bagus]
Admin adalah kru Sabahkini.net dan bukannya penulis hantu. [Kru tu siapa? yusri? adri? bilang aja la Saudara Mutalib sendiri bukan apa2 pun]
Sabah kini bertanggung jawab di atas semua berita yang ditulis oleh admin. [sikap bertanggung jawab ini bagus, nah siapa yang mau saman.. peluang ni hehehe tapi bermaafan lagi bagus kan hehehe]
Saudara tidak perlu gelisah kerana berlainan pendapat dengan saya dan kru sabahkini.net [enak-enak nuduh orang gelisah.. buat2 cool aja semua
]
Siapa yang membiayai atau di belakang tabir tidak penting kerana sabahkini.net adalah akhbar portal yang memuatkan semua sahaja berita yang ditulis rakyat Sabah. [soal biaya itu memang peribadi. sebagai akbar portal itu harusnya tidak banyak huraian beremosi.. biar emosi d ruang komentarnya nanti]
Jika saudara tersinggung atau terkesima, Sabahkini.net tidak dapat berbuat apa-apa. [bisa mohon maaf kan.. ndak d bayar tu maaf hehehe]
Soal baru atau lama sesebuah laman web itu tidak timbul kerana web 1Malaysia juga baru.[ini bukan pokok persoalan.. cuma bunga2nya aja]
Maaf kerana saya tidak berkesempatan membuka blog saudara. [bisa d maafkan ya Irwan? insyaAllah..]
Teruskan mengkritik saudara Irwan.[iya untuk kebaikan bersama supaya kita bisa "mengkoreksi" diri masing-masing.. saling bernasihat la kita kan]
Dienull kau ini mesti hensom bah kan?
aduii ayat-ayat mu itu power bah…mutalib marah itu kalau baca..sia mimang tenguk Mutalib panas ni kamu sama lidah palsu antam dia..
sia selalu jalankan,selalu sia nampak si Mutalib sama Yb Silam tu.Nama dia Salleh kah itu..durang be-ging bah ini kan? sebab durang tulis sama saja dia punya bunyi.Selalu mau makan orang.Kadang-kadang sia nampak,durang pandai ooo,cuba kamu tinguk tulisan yg pasal kg.Pendising.gambarnya ada masalah tau…mula-mula gambar 1 tiada tu jamban,bila gambar yg seterusnya cerita pasal jamban..aikkkk ada sudah tu jamban sannaaaaa…atukkk..atukkk..katawa sia karaja gila durang ni…nah dienull,ini bukan saja carita buhung…perbuatan pun tipu…jadi apa macam ini YB..HJ lagi baru suka buat ini macam…tapi carita samua masuk surga.
Ini SabahKini jangan lah kamu heran….mimang karaja mutalib ni cari makan..cuma dia macammana jak mau buat.kadang jadi upahan urang,kadang jadi suruhan urang,kadang pandai juga takut bapa orang dihantamnya,tapi anak kasi angkat pula..sekarang angkat semua lah…pandai ni urang..pandai kasi masuk urang dalam dia punya lubang…jaga jak kau dienull..mutalib ni handal punya urang,ada belajar kuntau..kau ada kah? kalau tiada datang kau sini sama sia…sia kasi mandi kau ilmu pangeras…