
Hari Raya yang pertama merupakan peluang IRWAN IDRIS bersua muka dengan seorang pemimpin masyarakat Daerah Tungku ADUN N49 yang sememangnya berbeza dari tokoh politik yang kedengaran di daerah Lahad Datu. Saya mendekati YB Suhaili Hj Said yang juga dipanggil ustaz untuk mendengar sendiri dari mulut beliau tentang politik masakini dan keperluan masyarakat setempat.
Ini adalah catatan perbualan kami.
II : Assalamualaikum YB. Saya Irwan dan saya harap YB dapat luangkan masa sedikit untuk pembaca blog saya agar mereka dapat mengenal siapa YB.
YB : W’salam. InsyaAllah. Kita mau cerita apa ni Wan? Ilmu atau perkara semasa?
II: (Saya terdiam sekejap, seolah olah ada perbezaan antara 2 topik tersebut.) eeerrrr… ILMU YB.
YB : Baik. Sekiranya ini adalah perbincangan Ilmu, ilmu sifatnya benar. Dan kadangkala benar itu tidak popular. Namun, itulah yang benar. Saya bertanya antara Ilmu dan perkara semasa tadi kerana, zaman sekarang ramai penulis blog yang mementingkan populariti semasa. Ramai menulis untuk meraih sokongan keadaan semasa. Tetapi sifat ILMU itu tidak meraih populariti. Ia bersifat benar dan tidak berubah meskipun tidak popular. Kedua dua perkara ini sangat berbeza, sesuatu yang popular itu sering dilihat benar pada masa keadaan itu berlaku walaupun ia adalah sebaliknya. Oleh itu, saya harus memastikan keperluan penulisan anda.
II : Oh, begitu. Baik YB, soalan saya kepada YB ialah, kenapa tidak memilih untuk menulis blog disaat blog menjadi sumber rujukan ramai. Contohnya Perdana Menteri Malaysia sendiri menulis di 1Malaysia.com.my?
YB : Baik wan. Saya juga menyedari bahawa pengaruh blog sangat kuat dan luas pencapaiannya. Saya tidak menafikan blog digunakan secara meluas dikalangan ahli politik agar dapat menjelaskan sesuatu isu dan juga dapat menyampaikan maklumat dengan pantas kepada pengguna internet. Namun, sekiranya saya tidak memilih untuk menggunakan blog, tidak bermakna saya tidak up to date. Tidak semua perkara perlu kita ketengahkan kepada umum. Contohnya, sekiranya saya menulis sesuatu tentang daerah Tungku. Adakah orang Tungku membacanya? peratus penggunaan internet di Daerah Tungku masih rendah dan sebenarnya masyarakat Tungku boleh bertemu dengan saya bila bila masa di rumah saya yang terletak di Segangan dan sekiranya saya tidak ada, masyarakat Tungku tahu siapa yang patut mereka hubungi agar maklumat dapat sampai kepada saya. Berbalik kepada penulisan blog tentang Tungku, sekiranya orang didaerah Tungku masih belum menggunakan blog untuk mendapat maklumat, untuk siapakah saya menulis? Sekiranya penulisan saya menjadi bahan bagi orang yang tidak berkepentingan dalam kawasan pentadbiran saya, saya merasakan saya tidak perlu menulis blog hanya untuk menjadi wakil rakyat yang dilihat sebagai wakil rakyat yang juga memiliki blog. Namun, ini bukan bermaksud saya menolak keperluan blog. Blog harus digunakan dengan betul agar tidak menjadi bahan yang mampu memburukkan pihak lain hanya kerana perbezaan perspektif.
II : Adakah YB bermaksud, blog hanya untuk berhubung dengan masyarakat di bawah daerah pentadbiran YB?
YB: Benar. Sekiranya saya menulis sebagai YB. Sudah tentu saya akan menulis agar masyarakat didaerah Tungku membaca penulisan saya. Dan saya akan pastikan dulu, penulisan saya adalah untuk masyarakat saya dan bukan untuk meraih populariti dan kerana takut tidak up to date. Untuk apa menulis sekiranya penulisan itu hanya menjadi fitnah? Lebih baik tidak menulis daripada menambah mudharat didalam masyarakat. Kita bukan takut pertikaian. Cuma, biarlah pertikaian itu hadir atas sebab ia benar. Bukan kerana kekeliruan. Kekeliruan sering menjadi punca perpecahan kerana tiada kefahaman dalam sesuatu isu. Tetapi sekiranya saya menulis sebagai Suhaili, saya boleh menulis banyak perkara. Saya boleh menulis tentang buku kegemaran saya, penulis buku yang saya sukai, saya juga boleh menulis tentang haiwan kesayangan saya. Seperti saudara Irwan, juga menulis atas kapasiti blogger. Saudara menulis pelbagai perkara tentang minat dan pandangan saudara di blog saudara.
II : Saya faham. Tanggungjawab sebagai YB itu lebih besar daripada sekadar retorik didalam blog. Baik, boleh kah YB terangkan kenapa ilmu itu sangat penting.
YB : Ilmu ini sifatnya benar. Ia merangkumi semua perkara. Ilmu bukan sekadar sijil dan penghargaan yang diterima dari institusi pengajian. Setiap hari kita sering berhadapan dengan perkara baru. Ilmu adalah perkara yang tidak pernah cukup dalam kehidupan manusia. Seorang manusia yang menganggap dirinya serba tahu sering dipanggil bodoh sombong.
II : Bagaimana kita mahu mencari ilmu yang benar YB?
YB : Tadi saya ada katakan. Ilmu sifatnya benar. Benar yang saya katakan tidak lah saya katakan ilmu mencuri itu benar. Tetapi ilmu itu sifatnya benar, contohnya sekiranya seseorang mencuri akan hilanglah barang orang yang dicuri. Orang yang barangnya dicuri tadi akan merasa sedih dan kecewa. Mustahil dia gembira. Ini yang saya maksudkan sebagai benar. Tetapi perbuatan mencuri itu tidaklah benar disisi undang undang ataupun agama. Ilmu mencuri itu salah. Dan ia masih tergolong dalam kategori ilmu. Ilmu yang benar, tidak lain dan tidak bukan pastinya Al-Quran. Didalam Al-Quran mengandungi semua perkara tentang kehidupan, sifat manusia, keperluan manusia, kekurangan manusia, penciptaan langit dan isi bumi. Malah perkara perkara yang tidak kita nampak juga ada didalamnya. Al-Quran adalah buku yang diturunkan yang mengandungi cara hidup yang sepatutnya diikuti bagi mereka yang beriman dan bertaqwa. Al-Quran
II : Baiklah YB. Saya harap kita dapat berbual lebih panjang lagi dimasa akan datang. Semoga kita dapat bertukar pandangan lagi. Terima kasih
YB : Sama sama Wan. InsyaAllah, kita cerita lagi dimasa akan datang.
Kerana ramai tetamu yang datang, saya hentikan perbualan memberi peluang kepada orang lain bertemu YB. Selamat Hari Raya.







Salam…
Agak meluat membaca blog seorang ‘Yang Berkhidmat’ di Sabah ni yang dia rasa dalam dunia ni dia saja yang betul. Semua orang lain salah. Semua ‘Yang Berkhidmat’ lain salah. DO salah, Pegawai SDO salah, Pegawai Kerajaan lain salah, Ketua Cawangan Salah. Yang betul cuma dia dan kroni2 nya SAHAJA.
Pastu, buat kebaikan sedikit ja tapi canang satu dunia kunun jasanyalah yang paling hebat dalam dunia. Aiyo… ‘Yang Berkhidmat’, kalau kita tu ikhlas buat kerja kan ndak payah promo dalam blog bha. Setakat maklumkan sahaja memadai, buat info orang ramai kira ok la. Jangan la plak sampai tulisan yang mengangkat bakul sendiri tu memenuhi blog dan nampak seakan2 mendewa2kan diri sendiri. Actually, pengundi pun boleh nilai sendiri. Kalau setakat derma RM500 tapi kecoh panggil wartawan 1 Sabah utk buat coverage, panggil TV buat liputan, rasanya ndak perlu la bah begitu.
Tapi apa2 pun aku tau la bha, itu kan blog dia jadi dia punya suka la mau tulis apa kan. Hahaha… Alahai YB…
Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera,
Kepada pemilik dan para pelawat blog ini…
Lemparan kata-kata ‘meraih populariti’ tidak dapat dipisahkan dalam hidup ini kiranya ia dihebahkan. Ada pepatah mengatakan, “Lebih baik menutup tempayan daripada menutup mulut orang,” kita mengakui kebenaran itu. Walau bagaimanapun, apa yang dihiraukan? kiranya niat di hati tidak seperti itu.
Y.B yang aku hormati, abaikan sahaja fitnah itu kiranya kita ikhlas dan di pihak yang benar. Biarlah mereka dengan labuh-labuh mereka. Jangan pula, fitnah itu sememangnya berasas untuk ditujukan kepada kita.
Y.B, aku pernah mendengar luahan hati seseorang yang mahukan pendedahan tentang semua yang dilaksanakan oleh seseorang pemimpin. Aku juga memerlukannya. Kita akui bahawa tidak semua perkara memerlukan pendedahan namun pembangunan / sumbangan yang dilakukan perlulah dimaklumkan. Walau bagaimanapun, biarlah berita seiring dengan cerita.
Pasti terdapat rakyat / masyarakat yang akan mengatakan bahawa untuk apa menghebahkan sesuatu sumbangan yang TIDAK SEBERAPA. Walau bagaimanapun, 1 perkara yang harus kita akui bahawa antara pemimpin dan rakyat saling memerlukan. Justeru, untuk mengenali seseorang itu adalah 1 keperluan. Makanya, melalui hebahan ini sekurang-kurangnya kita mengetahui sejauhmanakah sumbangan yang telah diberikan oleh pemimpin yang kita hormati. Sama ada dia masuk lift tekan sendiri! itu terpulang kepadanya. Apa yang penting, kita mengetahui sejauhmanakah sumbangannya…semua rakyat boleh menilai.
Oleh yang demikian, meskipun penggunaan internet masih tidak berleluasa di daerah Tungku namun percayalah bahawa 1 insan boleh mengubah sesuatu kenyataan / perkara.
“Meskipun kita bukan Parti Keadilan namun biarlah kita berdiri dan berpegang pada perkataan KEADILAN … adil untuk semua lapisan masyarakat.
- Aku, masyarakat / rakyat / pemerhati ADUN N49,
Rufiah Binti Nurullah.