Skip to content

Amalan Ibadah Islam dan Kristian

August 14, 2011

Seorang pemberi komen ada meminta agar saya menulis perbandingan antara ibadah Kristian dan Islam. Pada peringkat awal, saya tidak mahu menulis tentang perbandingan tersebut kerana ia hanya mengundang rasa skeptikal kerana membanding amalan ibadah yang menjadi kerukunan bagi penganut agama Kristian.

Saya merasa keperluan perbandingan amalan ibadah ini menjadi perlu apabila kerja kerja Kristianisasi sedang bergiat cergas didalam dan diluar negara. Ini dibuktikan lagi apabila saya menonton J Channel (siaran TV yang tiada di Malaysia), iklan yang mengajak pendakwah pendakwah Kristian serta ummat Kristian utk memberi tumpuan pada umat Islam dan menyebut dalam iklan tersebut bahawa 80% umat Islam didunia tidak pernah mendengar Injil Jesus atau disebut didalam iklan tersebut Gospel of Jesus. Saya tersenyum sendiri apabila membaca perkataan Gospel of Jesus didalam kaca TV.

Baru saya tahu yang mereka sudah ada Gospel of Jesus. Namun sehingga hari ini, tiada pula di buat pengumuman rasmi bahawa Gospel of Jesus sudah ada. Maka terlupus lah Gospel berdasarkan Luke, Mark, John & Matthew. Bagaimana mungkin Gospel berdasarkan 4 orang penulis gospel yang terdapat didalam Bible terlupus, didalam Kristian keempat empat mereka adalah RASUL dan bukan sekadar penulis. Saya tidak mahu menulis tentang 4 penulis Injil itu disini, kerana kalau saya menulis tentang itu saya yakin ia akan menjadi satu topik lain yang akan berjela jela panjangnya.

Sebagai seorang ISLAM. Saya memahami perkataan ibadah datangnya dari AL-Quran. Perkataan yang pertama dan merangkumi semua jawapan kepada perbuatan seorang manusia dan yakin dengan ajaran ISLAM bahawa semua perbuatan itu adalah ibadah. Kerana didalam ISLAM, tiada satu perkara pun yang tidak dilakukan kerana Allah. Semuanya dimulakan kerana Allah. Itu jelas. Perkataan itu adalah dari ayat Al-Quran .

“ Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku, Aku tidak mengendaki rizki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak mengendaki supaya mereka memberi makan pada-Ku, Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pemberi rizki Yang mempunyai kekuatan Lagi Maha Sangat Kuat” (Adz Dzariat:56-58)

Apa itu ibadah? Ibadah itu adalah satu bentuk amalan yang akan merangkumi amalan hati dan perbuatan yang harus seiring dalam perlaksanaannya. Kerana itulah didalam amalan ibadah ISLAM terdapat satu syarat sah ibadah iaitu NIAT. Tidak sah amalan itu tanpa NIAT.

Ibadah tertinggi didalam ISLAM adalah SOLAT. Tiada yang lebih tinggi selain SOLAT. Bertudung, menutup aurat, bersedekah, berbuat baik pada jiran, membina masjid, berkahwin, berdakwah, azan, menhajak orang lain ke masjid adalah amalan ibadah yang termasuk dalam ibadah namun tidak sama darjatnya dengan ketinggian SOLAT. Kerana itu, seorang muslim yang meninggalkan SOLAT dengan sengaja harus menilai semula AKIDAHnya. Ini kerana amalan SOLAT adalah keistimewaan seorang yang mengakui Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Melaksanakan SOLAT adalah sebuah kelebihan.

Bagaimana pula seorang Kristian itu mengakui kerasulan 4 penulis Injil? anda tidak akan menemui jawapannya didalam BIBLE. Dan sekiranya anda seorang yang suka mengkaji agama, saya yakin anda akan terima apa yang saya katakan disini. Tiada tuntutan didalam BIBLE itu untuk anda percaya dan membuktikan kepercayaan anda terhadap 4 rasul itu. Malah, rasul rasul lain yang disebut didalam perjanjian baru juga tiada kitab mereka yang wajib diimani.

Perkataan Wajib juga saya tahu dari hukum hakam Islam yang menyusun rangka amalan darjat Ibadah didalam ISLAM.

Seperti yang saya katakan tadi, ibadah SOLAT adalah IBADAH tertinggi. Bagaimana pula dengan amalan ibadah tertinggi didalam Kristian? Anda tidak akan menemukan jawapannya. Dan besar kemungkinan tiada jawapan. Ini adalah kerana tiada darjat sedemikian didalam Kristian. Kalau ada pun, mereka menyebutnya sembahyang. Sembahyang yang disebut bukanlah SOLAT. Sembahyang adalah DOA yang dilaungkan setiap hari ahad didalam gereja.

Bagaimana mereka berdoa? Bacaan doa mereka sangat indah dan menyentuh jiwa seorang manusia yang rindukan tuhan. Namun, seperti yang saya sebutkan tadi ibadah Kristian tidak berdasarkan ajaran BIBLE. Doa doa yang digunakan didalam amalan juga di tulis dan tidak dipeti dari BIBLE. Berbeza dengan ISLAM, nabi Muhammad mengajarkan kita untuk mengerjakan SOLAT sebagaimana baginda melaksanakan SOLAT. Agama Kristian pula? Saya tiada jawapan bagi amalan sembahyang yang mereka lakukan. Saya yakin pemberi komen yang cintakan Kristian akan mempertahankan keyakinannya didalam ruangan ini. Saya harus nyatakan, saya tidak membenci Kristian. Namun ini adalah penulisan pemikiran yang mencari asal usul ibadah yang dilakukan agar membina IMAN yang akan menjadi asas pembinaan diri sebagai manusia ciptaan ALLAH.

Jika dilihat pada siaran TV yang saya tonton iaitu J Channel, tagline bagi channel tersebut ialah more than J expected. Ia memberi gambaran kepada saya bahawa siaran TV tersebut adalah melangkaui harapan Jesus. Melangkaui semua yang Jesus jangkakan. Dan sekali gus ia memberi gambaran kepada saya bahawa mereka melakukan segala galanya kerana Jesus dan mereka mahu lebih dari segala harapan Jesus. Sudah tentu mereka mahu segala gala yang hebat dan baik bagi Jesus yang mereka cintai. Inilah kelebihan Kristian, mereka bebas melakukan segala galanya atas nama kebaikan. Mereka boleh bernyanyi dan menangis didalam amalan iabadah di gereja asalkan ia atas nama Jesus. Selagi ia dilihat baik bagi penganutnya, maka ia baik bagi agama mereka.

Berbeza dengan ISLAM. Amalan ibadah itu terhad kepada apa yang diajarkan oleh nabi Muhammad s.a.w. Tidak boleh lebih dan tidak boleh kurang. Sekiranya amalan yang baik dan diniatkan kerana Allah, maka ia ada ganjaran disisi Allah. Sekiranya seorang ISLAM melakukan SOLAT maghrib 5 rakaat kerana merasa senang untuk berbuat ibadah kepada ALLAH, secara otomatik amalannya tertolak meskipun ia nampak baik disisi manusia. Alasannya adalah kerana ia terkeluar dari ISLAM. Ini lah kelebihannya. Didalam ISLAM tiada lebih dan tiada kurang. Semua amalan harus bersandarkan apa yang sudah diajarkan. Disinilah datangnya sebab kenapa untuk menjadi seorang ISLAM, perkara pertama anda harus mengangkat DUA KALIMAH SYAHADAH. Pengakuan kepada Allah itu tuhan yang Esa dan nabi Muhammad s.a.w itu adalah utusannya. Bayangkanlah, jika anda seorang manager bank. Hanya kerana anda sedang merasa segar dan lapang, tidak bermaksud anda boleh kerja lebih masa sehingga larut malam? Meskipun anda tidak ada niat jahat. Namun, anda tidak boleh melakukan perkara tersebut. Saya yakin anda tahu sebabnya.

Berbalik kepada amalan Ibadah Kristian. Bila kah anda pernah membaca didalam Bible yang JESUS menyanyi kepada BAPA? Atau rasul rasul yang disebut didalam NEW TESTAMENT itu menyanyi memohon kepada Jesus? Anda tidak akan menemuinya. Jadi? Dari mana datangnya amalan menyanyi didalam gereja? Saya harap ada jawapan dari komentator agar kami penganut ISLAM faham tentnag amalan ibadah anda.

Didalam ISLAM, hierarki itu sangat penting dan ia selari dengan kehidupan seharian. Kerana itulah ISLAM itu bukan sebuah amalan IBADAH ritual sahaja sebagaimana yang digambarkan oleh pemerintah Malaysia yang juga ISLAM. Islam adalah sebuah cara hidup. Didalam ISLAM, hierarki ibadah di susun mengikut hukum Wajib, Sunat, Harus, Makruh dan Haram. Inilah tunggak amalan Ibadah ISLAM.

Seterusnya, Didalam ISLAM telah menetapkan perbezaan antara DOSA dan PAHALA. Semua amalan ibadah itu ada ganjarannya dan setiap perbuatan yang DOSA itu ada balasannya. Disinilah keseimbangan yang akan dinilaikan bersesuaian dengan kehidupan manusia itu sendiri yang sentiasa dalam membuat pilihan dalam menjalani kehidupan. Bukan sekadar memilih agama, namun memilih untuk melakukan perkara yang perlu diutamakan pada hari hari yang dilalui.

Berbeza dengan Kristian, semua ummat Kristian tahu dan beriman bahawa Jesus mati ditiang SALIB untuk tujuan penyelamatan manusia terhadap dosa Warisan. Dengan itu, semua DOSA sudah terampun dan secara otomatik mereka yang ingin ke syurga tidak perlu memikirkan tentang apa yang BOLEH dan TIDAK. Semua sudah selamat.

Persoalannya, jika sudah selamat. Apalah gunanya berbuat baik? Bukankah akan ke syurga? Kalau pun berbuat DOSA dan akan ke neraka. Bukankah ia secara langsung menghalang anda menerima konsep penyaliban Jesus yang bertujuan menyelamatkan anda? Ini lah titik pemikiran yang harus dilihat. Bahawa Iman Kristian yang tidak bersandarkan BIBLE menjadikan seorang manusia itu keliru tentang hala tuju agama besar ini.

Meskipun demikian, rasa selamat Ummat Nabi Muhammad s.a.w pada zaman ini adalah bukti bahawa benarlah mereka sedang dilanda cintakan dunia dan sangat takut mati.

Saya menulis untuk mengajak pembaca berfikir. Segala kelemahan dalam penulisan ini adalah kelemahan saya dan saya mohon maaf sekiranya ada yang tersinggung. Sekiranya silap, betulkan saya. Kalau ada kebenaran, itulah kebesaran Allah.

Advertisement
19 Comments leave one →
  1. GETAQ permalink
    August 19, 2011 12:30 pm

    kupasan yang hebat. saya juga merasa amat berlapang dada dengan perbandingan ini. Ibadah Islam itu sendiri ada peraturannya, seperti yang telah diajarkan Nabi Muhammad.

    Saya ingin juga mendengar pendapat saudara Kristian kita berhubung soal ini. Ini kerana sehingga sekarang saya masih tertanya2 bagaimana amalan Ibadah Kristian itu? adakah hanya ari Ahad sahaja bersembahyang? ibadah puasa mereka juga inigin saya ketahui?

    ibadah2 selain yang dua ini juga ingin saya ketahui (jika ada) kerana saya hanya ingin tahu jika semua ibadah mereka ini ada tertib dan peraturannya supaya kita lebih memahami satu sama lain.

  2. aQ~ permalink
    August 19, 2011 4:49 pm

    umat kristian bkn shja hari ahad brsmbyg.di rumah pun hrus smbyg
    .lg stu.kristian pun da puasa 40hari,bramal,dll~

  3. advan permalink
    August 21, 2011 11:38 pm

    Terima Kasih saudara Irwan,
    Anda mengupas isu ini dengan amat baik . Amal ibadah umat Kristian ini seperti sembahyang pada hari Ahad adalah wajib. Kami menyanyi memuji Tuhan kerana melodi dan lirik menjadi luahan rasa dan dapat mendekatkan jiwa mengagungkan Allah dan pengorbanan Yesus. Aktiviti nyanyian diselang seli dengan doa dan dakwah. Umat Kristian perlulah berdoa setiap hari kepada Allah namun jangan lah sengaja menunjuk-nunjuk sembahyang sampai org nak memuji kita ni alim. Saya diajar agar menutup pintu bilik semasa sembahyang dan tak perlu beritahu org lain ….pada hari2 biasa.

    Pasal puasa, dalam Kristian ada puasa 40 hari. Syarat puasa itu diterima Allah. Jangan sampai orang lain tahu anda berpuasa. Jgn sesekali memberitahu orang lain yang anda berpuasa. Jgn tunjuk muka letih… kerja seperti biasa dan berpuasa ikut kemampuan,. Bagaimana berpuasa 1. Berpuasa dengan tidak memakan daging 2. Berpuasa dengan tidak makan namun boleh meminum air terutama org yang kerja berat. 3. Makan separuh dari yang biasa dimakan. Kalau anda kata itu bukan berpuasa, terpulang. Saya yakin yang umat Islam pun tak tahu org Kristian berpuasa. Dengan mengawal nafsu makan sedikit2 demi ALLAH dan pengorbanan Yesus akan mendapat balasannya.

    Beza Kristian dan Islam ini ketara. Kristian cuma nampak sembahyang hari Ahad saja namun tiada yang tahu umat Kristian berdoa dan memuji Tuhan setiap hari. Umat Islam gunakan speaker 5 kali sehari untuk memuji Tuhan dan semua org tahu. Org Kristian berpuasa org tak tahu tapi org Islam berpuasa seluruh dunia tahu. Tambah lagi yang tunjuk muka letih sebab tak bersahur.

    Namun demikian saya amat menghormati rakan2 ISLAM yang berpuasa namun nampak ceria setiap hari. Lain agama lain ibadahnya. Islam adalah agama yang baik

  4. GETAQ permalink
    August 22, 2011 9:24 am

    kalo bleh, terangkan lagi perihal ibadah itu adakah ibadah harian hanya sembhjyang sahaja. ini supaya sahabat yang lain faham.kalo terangkan speti ini saya pun x paham. perihal puasa 40 hari tu mmg kali pertama sy dengar, yang saya tau hny puasa Good Friday aja…

  5. September 14, 2011 3:02 pm

    Setiap kepercayaan ada cara ibadahnya..Islam ada caranya. Mungkin bagi orang bukan Islam, mungkin bertanya dalam Al-Quran, mana ayat yang mempericikan cara beribadah..Dahulunya sebelum era kristian dan islam, sumber untuk mengetahui cara orang beribadah kepada Tuhan ialah melalui kitab-kitab lama orang Yahudi..juga dalam Taurat Musa jika ada perincian. Upacara Korban merupakan acara ibadah kepada Tuhan yang salah satunya merupakan upacara memohon ampun segala dosa yang dilakukan. Nabi Daud memuji Tuhan dengan pukulan rebana setelah mencapai kemenangan dalam peperangann..saya percaya, aturan ibadah kita kepada Tuhan adalah pujian kita kepada pencipta kita..bukan setakat kita menyembah beberapa kali dan sujud dengan bacaan-bacaan yang sudah ditentukan setiap kali berdoa…Ritual-ritual yang sudah diatur dengan bacaan-bacaan yang sudah ditetapkan bagi saya tidak semestinya mencerminkan bahawa itu ketentuan hakiki untuk menyembah Tuhan..Kita beribadah kepada Tuhan dengan membawa hati yang berserah kepadanya dalam permintaan setiap hari agar kita diampuni dosa-dosa kita…Ibadah yang harus bagi saya ialah bagaimana kita memberikan pujian kepada Tuhan kita dan belajar tentang kuasa keagungannya dan kasih…

  6. advan permalink
    September 17, 2011 4:51 am

    Saya setuju dengan Abed Iskandar

  7. GETAQ permalink
    September 19, 2011 11:24 am

    saudara Abed dan Advan, check balik amalan yanganda post ini :

    Saya percaya, aturan ibadah kita kepada Tuhan adalah pujian kita kepada pencipta kita..bukan setakat kita menyembah beberapa kali dan sujud dengan bacaan-bacaan yang sudah ditentukan setiap kali berdoa…

    dalam bible mmg ada tertulis cara2 ibadah yang sepatutnya penganut Kristian itu sendiri ketika berdoa dan mengadap Tuhan a.k.a sembahyang, namun telah diabaikan atas berbagai alasan.

  8. September 19, 2011 3:08 pm

    Getaq, tolong berikan ayat-ayat yang engkau maksudkan.. Ayat dalam Bible dan juga dalam Al Quran yang menyatakan cara-cara beribadah kepada Tuhan..Tq

  9. GETAQ permalink
    September 20, 2011 8:40 pm

    untuk saudara Abed yang dihormati,

    berikut ialah petikan drpd beberapa potong ayat drpa bible,

    Tetapi apabila engkau berPUASA, minyakilah kepalamu dan CUCILAH mukamu, (Matius 6:17)

    Maka Ia (Yesus) maju sedikit, lalu SUJUD dan berdoa, kata-Nya: “Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-Ku, tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki.” (Matius 26:39)

    Musa dan Harun serta anak-anaknya MEMBASUH tangan dan kaki mereka dengan air dari dalamnya. Apabila mereka masuk ke dalam Kemah Pertemuan dan apabila mereka datang mendekat kepada mezbah itu, maka mereka MEMBASUH kaki dan tangan–seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. (Keluaran 40:31-32)

    Maka pergilah Musa dan Harun dari umat itu ke pintu Kemah Pertemuan, lalu SUJUD. Kemudian tampaklah kemuliaan TUHAN kepada mereka. (Bilangan 20:6)

    Aku akan mengadakan perjanjian antara Aku dan engkau, dan Aku akan membuat engkau sangat banyak.” Lalu SUJUDlah Abram, dan Allah berfirman kepadanya: (Kejadian 17:2-3)

    -inilah sedikit yang saya tau. sekiranya ada kawan2 yang lebih berpengetahuan bolehlah tambah. jika kasih sayang Jesus itu mau dituruti, maka wajarlah cara ibadah baginda turut menjadi ikutan. terima kasih.

  10. GETAQ permalink
    September 21, 2011 7:06 am

    ini pula sedikit tentang solat drpd al-Quran,

    Dan pada bagian dari malam, maka SUJUD-lah kepada-Nya dan berTASBIHlah kepada-Nya pada bagian yang panjang di malam hari. (AI-Insan: 26).

    Sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya; dan SUJUD-lah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan). (AI-Alaq: 19).

    tq.

  11. GETAQ permalink
    September 21, 2011 7:11 am

    dan ini pula berkenaan wudhu a.k.a air sembahyang(biasa disebut)

    Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan SHOLAT, maka BASUHlah mukamu dan tanganmu sampai siku, dan SAPUlah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka MANDIlah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka berTAYAMUMlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.” (QS Al Maa’idah [5]: 6)

    tq.

  12. September 21, 2011 3:40 pm

    Terima kasih Getaq, sepengetahuan saya, ini pengetahuan saya saja, minyakilah kepalamu dan cucilah mukamu, untuk apa? supaya orang tidak mengetahu bahawa kita berpuasa..sebab berpuasa itu bukan untuk di kasih tunjuk-tunjuk sama orang bahawa kita ini berpuasa..bukan kita mau khabarkan bahawa hari ini, atau minggu ini atau bulan ini kita berpuasa..Yesus berpuasa kerana ada sebabnya yang tersendiri dan tidak pernah dia mengatakan perbuatlah puasa ini sepertimana yang aku lakukan..jadi ibadah berpuasa bagi saya juga bukan ketentuan yang hakiki yang harus kita laksanakan..Puasa bagi saya ialah ibadah yang kita perlu lakukan apabila kita ada perkara-perkara khusus yang perlu kita mohon daripada Tuhan.
    Membasuh kaki dan tangan menunjukkan bahawa kita bersih semasa kita menghadap Tuhan.. bukan saja bersih kaki dan tangan tetapi bersih segala-galanya. Seluruh badan.. itu sebabnya apabila kita ke tempat sembayang kita perlu mandi supaya kita bersih, bukan setakat bersih kaki dan tangan. Di tanah Arab atau Timur Tengah, kurang air, jadi mungkin memadailah kalau cuci kaki dan tangan..tapi di tempat kita bukan sekadar cuci kaki dan tangan, sekaligus cuci segala badan..Bagaimana pula dengan baru bangun tidur..Kita bedoa sebaik saja bangun tidur..tidak ada ritual yang perlu kita ikut sebab Tuhan akan melihat hati kita yang ikhlas dan betul-betul bersyukur kepada Tuhan atas berkat penjagaan dan kesihatan yang diberikan…walau bagaimanapun itu bergantung kepada kepercayaan masing-masing..ada yang bebas berdoa mengikut kemahuan sendiri..mungkin ada yang doanya sudah ditentukan cuma perlu dihafal dan diulang-ulang,..mungkin ada pula yang seperti mentera dan yang lain-lain..apakah Tuhan hanya mendengar ayat-ayat yang sudah ditentukan sebab sedap didengar atau melihat hati yang betul-betul berserah atau yang betul-betul bersyukur dengan hanya berdoa 5, 6 atau sedikit perkataan..? Saya pun tidak pasti..Tuhan saja yang tahu.. Zaman Yahudi dulu, tempat mereka menyembah Tuhan adalah dalam bentuk khemah yang didirikan..kalau mau tahu lebih banyak baca dalam kitab perjanjian lama bagaimana mana orang Yahudi menyembah Tuhan..apakah kita perlu korban sebagaimana Yahudi beribadah dahulu..kita perlu mungkin kaji, apakah erti korban pada masa itu? Yesus pula setahu saya, tidak ada mengatakan perbuatlah sepertimana bangsa Yahudi lakukan.. kalau ada tolong nyatakan ayat itu..Tq

  13. Hyrul permalink
    September 22, 2011 11:37 pm

    Salam Semua,

    Terima kasih kepada saudara Irwan kerana mengupas topik ini. Ia adalah satu topik menarik utk dikongsi di samping menambah pengetahuan yg ada. Fungsi agama bukanlah hanya berdasarkan kepercayaan kita kepada Tuhan yang Maha Esa semata-mata tetapi ia juga melibatkan cara hidup kita dan cara kita beribadah kepada-Nya.

    Menarik sekali membaca ulasan saudara Irwan, Advan dan rakan2 yg lain. Di sini saya ingin memberi sedikit ulasan atas huraian Advan berkaitan amalan ibadah penganut Kristian & Islam. Untuk pengetahuan saudara Advan, di dalam Islam itu mengajar bahawa agama dan cara hidup tidak boleh dipisahkan sama sekali. Oleh kerana itulah anda akan melihat & berkata bahawa org Islam menggunakan speaker 5 kali sehari utk memuji tuhan (azan), org Islam berpuasa sehingga satu dunia tahu dan sebagainya, seolah2 org Islam ini ingin menunjuk2 cara ibadah mereka.

    Sebenarnya Advan, tujuan utama azan dilaungkan adalah utk memanggil org Islam bersolat dan bukanlah sekadar memuji2 tuhan. Sbg manusia, kami umat Islam mungkin terlupa atau tidak perasan bila masuknya waktu utk bersolat. Org Islam yg taat pada agamanya akan segera menunaikan solat apabila azan dilaungkan. Yang tidur akan segera bangun dari tidurnya, yang berniaga akan berhenti sebentar dari perniagaannya dan yg ikhlas terhadap agama akan merasa seolah2 masa itu berhenti utk bersama2 dgn mereka menunaikan solat. Saya tidak salahkan anda sekiranya anda kurang memahami tujuan azan tersebut. Anda mungkin hanya memandang ia dari sudut luaran saja. Bagi kami umat Islam, azan merupakan satu panggilan utk kami mengingati & menyembah tuhan kami walau sesibuk manapun kami pada masa itu. Jadi, tiada alasan utk seseorang Islam itu tidak bersolat sedangkan ada laungan azan memanggil mereka utk bersolat. Lagipun tempoh utk setiap azan biasanya dlm 5 minit saja dan saya tidak rasa ia lama. Begitulah Islam mengajar kami beribadah agar kami tidak lupa akan tuhan kami di saat susah atau senang. Walau siapapun kami, walau di manapun kami atau sesibuk manapun kami, solat merupakan ibadah wajib kepada semua umat Islam. Oleh sebab itu, azan adalah amat penting bagi kami dan penggunaan speaker dpt memudahkan panggilan tersebut ke semua tempat umat Islam. Ada hikmah (rahsia
    tersembunyi) di sebalik laungan azan tersebut. Mungkin saya akan ceritakannya di lain waktu jika ada kesempatan. Dengan penjelasan ini, saya berharap agar saudara Advan dpt lebih memahami perkara berkaitan azan tersebut. Islam dan cara hidup kami tidak boleh dipisahkan. Ia akan sentiasa bersama kami dan bukan hanya pada masa2 tertentu saja.

    Begitu juga dgn puasa. Saudara Advan tahu tujuan utama kenapa umat Islam berpuasa? Mungkin saudara Advan sudah tahu tetapi saya ingin berkongsi kepada yg belum tahu. Ibadah puasa ini tujuannya adalah supaya kami umat Islam dari seluruh dunia mengetahui akan adanya saudara Islam kami yg susah di tempat2 yg lain. Terdapat ramai umat Islam yg hidup senang tetapi ramai juga yg susah. Dengan berpuasa, ia akan membawa org Islam yg hidup senang merasai bagaimana hidup dlm kesederhanaan tanpa makan dan minum. Apabila org yg senang merasai kesusahan tersebut, ia secara tidak langsung akan membuatkan mereka lebih bersyukur atas rahmat & nikmat yg diperolehi dari Allah. Berlanjutan dari hal itu, mereka sendiri akan menolong org yg miskin dgn ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Hanya balasan dari Allah sebaik2 balasan. Jadi, soal seluruh dunia tahu atau tidak umat Islam berpuasa itu bukan masalahnya. Yang penting adalah umat Islam seluruh dunia perlu tahu bahawa terdapat saudara2 Islam mereka yg susah di tempat lain. Mereka harus bantu sebaik2nya. Tambahan pula, puasa di bulan Ramadhan itu adalah wajib ke atas umat Islam. Kami juga mempunyai puasa yg sunat di hari2 yg lain (sunat – tidak wajib tetapi akan mendapat pahala). Mungkin penganut agama lain melihat perkara ini dari sudut luaran spt saudara Advan melihat. Saya tidak akan salahkan mereka dan saya berharap umat Islam yg lain juga tdk akan salahkan mereka. Mereka tdk tahu dan menjadi tanggungjawab kita utk memberitahu mereka. Selain utk kesihatan, puasa bagi umat Islam bukanlah semata2 utk menahan lapar & dahaga saja. Ia meliputi seluruh anggota badan termasuk mata, telinga, mulut, amal perbuatan dan yg paling penting adalah hati. Kalau pada perut, kita akan menahan lapar, kalau pada mata pula, kita menahan diri dari melihat perkara2 yg tdk elok, begitu juga dgn telinga, mulut & lain2. Kalau hati kita bersih, insyaallah kita mampu menjaga keseluruhan anggota badan tersebut. Mungkin puasa umat Kristian spt ini juga, mungkin saudara Advan boleh jelaskan dgn lebih lanjut.

    Saya telah menyentuh 2 bahagian penting bagi umat Islam iaitu Solat & Puasa. Beribadah dalam Islam bukan semata-mata 2 bahagian tersebut sahaja, tapi kami mempraktikkan dalam seluruh cara hidup kami seperti makan, tidur, bekerja, bersosial, berpakaian, urusan jual-beli, perkahwinan, malah berhibur juga merupakan salah satu ibadah selagi ia tidak melanggar syariah (undang2 Islam). Sekiranya terdapat org Islam yg memberikan pelbagai alasan spt letih sbb tdk bersahur, menunjuk2 ibadah mereka atau sebagainya, ia merupakan masalah individu itu sendiri, bukan sebab Islam.

    Sebagai tambahan utk dikongsi bersama, saya ingin membawa penganut2 agama lain utk mengenal rukun Islam. Rukun Islam ini ada 5 perkara dan ia wajib diketahui dan dipraktikkan oleh semua org Islam. Wajib ini bermaksud ‘tidak boleh tidak’ atau ‘mesti’. Sesiapa yg tdk tahu & tdk mempraktikkannya, akidah Islamnya boleh dipersoalkan (kecuali kepada saudara2 baru memeluk Islam).

    Rukun Islam
    1. Mengucap lafaz 2 kalimah syahadat (makna – Aku bersaksi tiada tuhan yg disembah melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah).
    2. Menunaikan solat 5 kali sehari (dari pagi hingga ke malam mengikut waktu yg ditetapkan)
    3. Berpuasa pada bulan Ramadhan
    4. Membayar zakat (memberi sedikit harta kepada org yg memerlukan)
    5. Menunaikan haji di Mekah bagi individu yg berkemampuan

    Selain dari itu, terdapat Rukun Iman (kepercayaan) yg terdiri dari 6 perkara. Ia juga adalah wajib bg umat Islam utk mempercayainya, iaitu:-
    1. Percaya kepada Allah
    2. Percaya kepada Malaikat2
    3. Percaya kepada Kitab2
    4. Percaya kepada Nabi2
    5. Percaya kepada Hari Kiamat
    6. Percaya kepada Qada’ & Qadar (ketetapan Allah kepada takdir makhlukNya)

    Rukun Islam & Iman ini adalah syarat utama untuk ‘menempah kediaman’ di Syurga nanti. Oleh kerana itu, kami umat Islam membuat sebaik2 ibadah utk menunaikan kesemua Rukun Islam di atas di samping menetapkan kepercayaan yg tinggi kepada Rukun Iman. Bukanlah kami ingin menunjuk2 ibadah kami kepada agama lain tetapi bagi kami, Islam lah yg terbaik di mata & hati kami dan kami ingin membuat yg terbaik utk Islam. Saya juga percaya bahawa penganut agama lain juga ingin membuat yg terbaik utk agama mereka. Semoga perbincangan ini dapat diteruskan utk kebaikan bersama.

  14. GETAQ permalink
    September 23, 2011 3:44 pm

    saudaraku Abed, senang sekali mendengar bhws kamu menjawab persoalan mensucikan diri sebelum beribadah. bentuk ibadah yang mudah dan terus terang spt ayat-ayat (Matius 6:17) pun x nampak dilaksanakan sepatutnya walaupun diyakini drpd Yesus.

    berkenaan ibadah Islam yang selalu dikaitkan dengan negeri Arab itu sendiri adalah biasa sahaja namun saudara perlu lebih mendalami, selain air, debu tanah yang bersih dan suci juga digunakan oleh Muslimin utk mensucikan diri sebelum mengadap Allah dalam sembahyang. adakah cuci muka tangan dan kaki sudah dikira bersih?? pada mata kita mmg belum akan tetapi di mata Allah sudah memadai..kerana jika Allah menciptakan kita tentu shj Allah sj yg tau yang terBAIK utk kita dan telah dibuktikan bhw walau kita terperangkap/terttangkap dan apa jua keadaan tetap WAJIB melaksanakan ibadah kepada ALLAH. Nabi Muhammad adalah cth kami umat Islam utk diikuti dan dituruti terutma soal IBADAH, terlalu byk nak dihuraikan.

    Kembali kepada topik, jadi persoalan sekarang seharusnya saya yang bertanya, bgmn Jesus mengadap Tuhan Bapa, apakah beliau terlupa mengajar anak2 murid nya utk beribadah jadi bila suatu hari nanti mereka dibenarkan ibadah sesuka haiti menurt apa saja yang dirasakan boleh utk menghormati dan mentaati Tuhan asalkan niatnya kepada Tuhan.

    Soalan ini amat penting kerana saya pernah terbaca adalah kelompok Kristian lain yang sembahyang gaya org Islam dgn berdiri, ruku’ dan sujud spt org Islam!!

    Perihal Doa pula, ialah Ibadah yang luas kepentingannya pada org Islam, bila2 masa shj dan dlm stp keadaan boleh dilaksanakan, oleh itu perbuatan saudara bgn tidur dan berdoa itu mmg tiada masalah bagi kami. Allah Maha Mendengar lagi Mengetahui. dalam Islam tiada mentera , hanya doa-doa, baik yang dihafal dlm bhs Arab(menrut sunnah Nabi) ataupun dgn bhs yang biasa kita jadi tidak khusus doa itu dibaca dalam bhs Arab shj.

    Allah, hanya memandang Iman kita shj, bkn kepada pangkat, jantina dan apa saja yang membezakan kita di dunia ini. saya dan anda Percaya bhw Tuhan yang menciptakan kita dan kita saling setuju bhw Allah hanaya melihat Iman dan Amal kita shj.

    jangan kita persoalkan ibadah Yahudi pula, sepatutnya saya rasa itu di luar topik kita. Berkenaan Perjanjian Lama dan Baru Pula- saya tiada komen khusus cuma bila disebut demikian seolah2 kitab PL dan PB adalah tidak praktik antara satu sama lain. menerima PB sebagai pegangan manakala PL sbg kitab sejarah sahaja bukan utk dilaksanakan. sebab itulah saya tiada komen. mungkin sesuai dibincang di topik yang lain shj.

    tq juga kepada saudara Hyrull utk posting yang berguna utk diri saya. refresh balik:)

  15. January 4, 2012 10:48 am

    ini kali pertama saya membalas komen dari saudara. jadi kalau ada salah dan silap harap di maafkan.

    perihal amalan ibadah kristian…
    setiap aliran ada perbezaan ibadatnya.
    dan ini adalah perihal adat istiadat ibadat atau
    sembayang orang yang beragama kristian Katolik.

    pertama tentang ibadat yang terutama,
    bagi orang kristian katolik.. ibadat/doa tertinggi adalah misa kudus.
    ini kerana di dalam perayaan misa ini kami mengenang kembali perihal perjamuan kudus di antara Yesus dan para muridNya. “inilah tubuh dan darahKu”. terutama sekali selepas bertahun-tahun, beribu tahun Yesus Wafat di kayu salib(iman katolik, “Yesus telah wafat, bangkit dan akan datang kembali pada cara yang sama dia naik ke syorga”)
    perjamuan kudus ini adalah bahagian yang paling kudus di mana Roti dan Anggur di konsekrasikan para Paderi setelah di konsekrasikan,
    melalui iman, kami yakin roti telah bertukar menjadi tubuh dan anggur telah menjadi darah. inilah suatu misteri iman yang paling nyata dalam kristian katolik, perjamuan kudus ini adalah jantung utama gereja katolik seluruh dunia. cara sembyang/ibadat/doa kristian katolik dengan kristian lain banyak perbezaan kerana pemahaman yang berbeza.

    kristian katolik tidak hanya bersembayang pada hari ahad, tapi hari ahad adalah hari yang kudus dan hari untuk kami berhenti kerja untuk menguduskan hari ahad iaitu hari ketujuh atau sabath. kalau hari sabath itu hari sabtu takkan hari pertama penciptaan Allah adalah hari ahad melainkan hari isnin? di dalam kitab kejadian juga menyebutkan hari ketujuh dan bukan hari keenam hari yang kudus. kristian katolik tidak hanya brsembayang atau beribadat pada hari Ahad sahaja, dan bukan sekali dalam sehari dan bukan 5-6 kali dalam sehari melainkan setiap saat dalam sehari. cara doa yang saudara lihat dan dengar hanya pada luaran sahaja iaitu melalui gereja dan orang awam. saudara tidak melihat pada kedalamannya iaitu pribadi-pribadi yang berada dalam convent atau biara. mereka sentiasa di kobarkan dengan semangat cinta kepada Tuhan, mereka melakukan segalanya untuk Tuhan, beribadat bangun awal pagi sekitar 3-4 pagi dan istirehat seawal jam9-10 dan ada hari tertentu tetap terjaga sampai jam 1pagi dan bangun kembali jam 3-4 pagi, mereka tidak pernah bosan dengan pelayanan mereka bahkan mereka mencintai pelayanan mereka walaupun di mata kita kelihatannya seperti terseksa tapi kerna semangat pelayanan mereka, mereka tetap kuat dan bersemangat bahkan ceria.
    masa mereka belajar, masa mereka kerja amal(dalam biara saja seperti membina bangunan, taman, menghiasi dan sebagainya), semasa mereka makan dan tidur.. spiritual mereka sedang berdoa sebuah doa yang tiada hujungnya. kehidupan mereka adalah karya Allah sendiri dan mereka berkohtbah dengan cara hidup mereka bukan dengan kata-kata mereka walaupun ada masanya mereka berkumpul untuk mendengar, memuji dan berdoa serta belajar dan berkata-kata
    kehidupan seorang pribadi kristian sangat misteri sehingga mereka tahu misteri itu, mereka akan di kuatkan. misteri itu bukan berkaitan dengan dunia luar, dunia ghaib dan sebagainya tetapi misteri itu adalah cara Tuhan menggunaka kehidupan mereka untuk berkarya. paling ringkas “misi yang di berikan kepada mereka”. amalan mereka tidak pernah berhenti.
    kalau dalam gereja, sebenarnya setiap hari kami ada misa kalu tiada pagi pasti petang. kalau ada perayaan terbesar dalam gereja seperti good friday, natal yang kadang2 bukan hari ahad (good friday cuma hari jumaat)… pasti akan keluar Tv dan banyak yang menyaksikan…. dan tersebar…
    kalau orang awam, mereka yang rajin berdoa akan selalu ada waktu yang tetap bagi mereka untuk berdoa. tidak pernah di bantah atau di halang. contoh doa kerahiman Ilahi yang pasti adalah untuk jam 3 petang.. dan sebagainya…. itu adalah perihal doa.

    salam dari saya

  16. January 4, 2012 11:50 am

    then tentang pujian dalam gereja…

    gereja katolik hanya bernyanyi pada pembukaan misa/sembayang
    pada persembahan
    pada komuni (menyambut roti@tubuh dan darah Kristus yang telah di konsekrasikan)
    pada akhir misa…
    pada lagu pengantar injil iaitu ALLELUIA…
    lagu kemulian..
    doa yang di ajar Yesus.. “Bapa kami”
    iman gereja..
    dan sebagainya…

    kami bernyanyi bukan untuk sesuka hati, semua itu akan mengenang, mengagungkan, memuji dan bersukacita. semua bahagian lagu itu ada maksudnya..

    pada permulaan nyanyian sebelum misa, adalah pujian kami dan undangan kami akan Yesus di tempat itu bersama rombongan paderi dan pelayanan Altar ke meja Altar. pernah suatu hari saya menangis sebelum misa bermula, Tuhan mau saya luahkan segalanya tanda syukur dan meyakinkan yang Dia benar2 ada pada awal sampai habis. saya menangis masa itu bukan di sengajakan, seperti Kristian yang lain saya menangis tanpa sedar dan sukar untuk di hentikan. tanpa di paksa. Tuhan juga menyatakan yang doa saya terkabul walaupun saya tidak jelas melihat jawapan itu “pernah sebelum itu saya berkata dengan Tuhan, “Tuhan bilakah saya akan menangis melihat gerejaMu?” Tuhan menjawab dengan gambaran kasihnya…Gereja itu bukanlah berupa bangunan tetapi setiap manusia yang datang kepadaNya. itulah gereja yang sebenarnya. kalau gereja berupa bangunan di musnahkan, gereja yang kekal takkan pernah terhapus iaitu jiwa setiap kami. untuk lagu pembukaan inilah kami benar2 bersyukur, memuliakan, mengagungkan, memuji dan bersukacita kerna kehadirannya

    lagu persembahan pula adalah simbol kami menyerah seutuhnya dan menyerah dengan rela wang yang mampu di persembahkan kepada petugas koleksion. untuk membantu pembangunan gereja dan juga untuk sekitarnya.

    lagu untuk komuni pula adalah untuk pujian syukur kerna kami sekali lagi di satukan, di sedarkan dengan kematiannya di kayu salib untuk misi penebusannya… saya suka mahu nyatakan kepada saudara.. misi penyelamatannya bukan terhad kepada bani israel sahaja. israel adalah umat pilihan utamanya tetapi kemudian kerna israel sendiri yang menolaknya maka kami seluruh dunia di beri kad undangan ke pejamuan kudusnya di syorga sebagai israel yang kedua… bukan kami semua yang terpilih untuk kesana sebab pasti ada yang menolak dan pasti ada yang berdosa… itulah sebabnya Yesus bagi banyak perumpamaan dalam keempat-empat injil menurut santo lukas, matius, markus dan yohanes. injil Yesus adalah Yesus sendiri dan tidak pernah tercatat. sebab kehidupan Yesus sendiri adalah Firman Allah, para muridNya di beri kekuatan melalui Roh Kudus untuk mengingati semula seluruhnya tentang Dia… kata seorang muridNya, alkitab itu saja bukan sebanyak ini tetapi kalau di tuliskan lagi pasti tidak muat….

    lagu untuk akhir misa adalah untuk sukacita, kemuliaan kepada Allah dan sebagainya kerana melalui misa ini, Dia berkenan untuk bersatu dengan kami melalui damaiNya. damainya kekal untuk selamanya.

    lagu untuk pengantar injil adalah persiapan rohani untuk mendengar injil serta di titipkan dengan kata-kata atau ayat suci yang telah di sampai sebelum injil

    lagu kemuliaan adalah untuk memuliakan Tuhan.

    Doa yang di ajar Yesus adalah doa yang pertama di ajar Yesus kepada kami semua melalui Murid-muridNya. dan setiap kata2 dalam doa itu ada maksud sendiri.
    “bapa kami yang ada di syorga, dimuliakanlah namaMu” bukan bermaksud Allah bapa kami di syorga belum mulia tetapi kerna kemuliaanNyalah kami selalu memuliakan keagungan karyaNya. selalu di sinilah ada yang tidak faham, mereka sangka Allah belum mulia dan harus di muliakan. Tidak, Allah itu sudah mulia sejak awal dan kemuliaannya tidak berkesudahan. sebab Dialah Allah yang mulia maka seharusnya pantas di muliakan oleh ciptaanNya.
    “datanglah kerajaanmu di bumi seperti di syorga” bermaksud untuk kedamaian di bumi seperti kedamaian di syorga yabg langsung tiada penderitaan tiada peperangan dan sebagainya.
    “berilah kami rezeki pada hari ini” tidak bermaksud kami hanya berdoa kepada Tuhan untuk di beri rezeki tetapi doa untuk selalu Tuhan menolong kami untuk mendapat rezeki dalam usaha mencari rezeki.
    “dan ampunilah kesalahan kami seperti kami pun mengampuni yang bersalah kepada kami” seperti dalam satu petikan, kami harus mengasihi sesama, bahkan harus mengasihi kepada mereka yang membenci kami dan mendoakan mereka dengan kasih bukan membalas dengan kebencian atau dendam apa sekali pun. ada juga dalam satu petikan di mana kata Tuhan, kalau kamu tidak mengampuni dosa orang, dosamu tetap ada. jadi kami perlu sentiasa dalam posisi mengampuni. ingat peristiwa beato john paul II? dia di tembak oleh seorang pemberontak, orang yang menembaknya berjaya di tangkap dan beato john paul II dalam hospital, bila saja di sembuh, dia pergi melawatnya. tahu apa yang dia buat? dia mengampuni bahkan mendoakan dia. itu baru seorang paus/pope. ingat dalam petikan injil? masa Yesus di salibkan, banyak yang menghina, menghujat Dia.. tapi apa kata Yesus? “bapa, ampunilah mereka sebab mereka tidak tahu apa yang mereka perbuatkan”. owh ya cuba teliti kembali ayat-ayat ini dalam Al-kitab. menurut kamu siapa “BAPA” yang di sebutkan oleh Yesus? Josefh? bukan, tetapi Dia yang ada di syorga. kemudian masa Yesus di soalkan sebelum di salibkan, apa katanya?
    “kerajaanku bukan dari sini, kalau kerajaanku dari sini sudah tentu mereka sudah datang” jadi menurut kamu, kerajaan itu di mana? bukan di sini bermaksud dunia. jadi maksudnya adalah syorga.
    “janganlah masukkan kami ke dalam percobaan” maksudnya harapan untuk selalu di jauhkan dari percobaan yang berat sehingga kami masuk dalam keadaan yang sangat berat untuk di pikul. jauh membatasi kemampuan kami.
    “tetapi bebaskan lah kami dari yang jahat” saya yakin saudara faham maksud ini.

    lagu untuk iman gereja adalah seperti
    “KRISTUS TELAH WAFAT,
    KRISTUS TELAH BANGKIT
    KRISTUS AKAN KEMBALI”
    kami mengimani Kristus benar2 telah wafat. kalau kamu katakan dalam injil ada menyebutkan yang Yesus tidak wafat tapi di gantikan dengan yudas iskhariot. anda salah. yudas ishkariot mati kerna penyesalan akan dosanya sebelum Yesus wafat di kayu salib. injil yang anda baca adalah injil yang tidak pernah di perakui oleh kristian katolik bahkan kristian seluruh dunia bahkan segelintir umat islam. injil yang saya maksudkan adalah injil barnabas. dalam petikannya memang mirip dengan aliran islam tapi tahukah saudara yang dalam petikan injil ini ada yang bertentangan dengan kristian dan ada juga yang bertentangan dengan islam contohnya Yesus adalah mesias dalam kitab kristian dan di akui islam tapi dalam injil barnabas menyatakan Muhhammad itu adalah mesias. dan masih banyak terdapat banyak kesalahan geografi pada injil tersebut. adakah injil yang banyak terkandung kesalahan dan percanggahan adalah suatu yang baik di guna? dalam kandungannya memang mirip dengan aliran islam tapi ada isinya yang bercanggah dengan islam. jadi?
    kami juga yakin Kristus telah bangkit pada hari ketiga, jadi tentu ada yang bertanya selama tiga hari itu kemana Yesus telah pergi. selama waktu itu, Yesus berada dalam perut dunia iaitu neraka. Dia merebut kunci maut dan mengalahkan maut. bukan di hukum di neraka. kenapa dia harus ke neraka? untuk mengalahkan maut dan mengambil kuncinya.
    kami juga yakin Dia akan datang kembali. sebagai hakim yang adil. kedatangannya sering menjadi tanda tanya sehingga ada kumpulan di tubuhkan untuk meramalnya. Yesus sendiri berkata, supaya jangan menghitung hari sebab saat itu tidak satu pun yang tahu, Yesus sendiri pun tidak, para malaikat pun tidak hanya Allah Bapa saja yang tahu hari dan saatnya. sebab itulah dalam bible tidak pernah di nyatakan bila. hanya bagaimana keadaan kiamat sahaja.

    salam dari saya

  17. January 4, 2012 11:54 am

    walapun Yesus sudah wafat bagi kami di kayu salib dan menebus dosa kami. bukan bermakna kami sesuka buat dosa dan tetap masuk syorga. bila buat dosa, dosa itu tetap dosa yang memisahkan kami dari menerima rahmat kasihnya.

  18. January 4, 2012 11:57 am

    konsep penyalibannya hanya bermakna bagi mereka yang sedar, dan bagi mereka yang masih belum bertaubat Tuhan selalu menanti mereka sedar akan pengorbanannya dan sedia untuk menebus mereka. itu kalau mereka betul-betul bertaubat.

  19. January 4, 2012 12:05 pm

    petikan dari saudara:Namun, seperti yang saya sebutkan tadi ibadah Kristian tidak berdasarkan ajaran BIBLE. Doa doa yang digunakan didalam amalan juga di tulis dan tidak dipeti dari BIBLE.

    jawapan: ibadat kristian tetap berdasarkan ajaran dalam bible, contoh masuk dalam kemah/gereja dengan hati yang bersih, mengampuni saudara2 sebelum masuk ke gereja, mempersembahkan persembahan, merayakan perjamuan kudus.

    bible memang tidak mengajar doa yang khusus selain doa bapa kami.. tetapi setelah membaca keseluruhan isi Al-kitab, pasti tahu apa kehendak Tuhan. berdoa bukan menurut duniawi tetapi menurut hal kasih dan syorgawi. pernah masuk dan meneliti dengan sungguh2 dalam doa kristian? kalu tidak, memang sukar untuk memahami maksud sebenar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 48 other followers